𐙚 MikaelAisya : 06 .° ༘₊˚ෆ

69 8 0
                                    

SETIBANYA di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Irdeena lantas mengucapkan rasa syukur kerana penerbangannya baik-baik sahaja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SETIBANYA di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Irdeena lantas mengucapkan rasa syukur kerana penerbangannya baik-baik sahaja.

"Aisya.."

Langkah Irdeena terhenti apabila terdengar seseorang memanggilnya. Tiada seseorang pun yang panggil dirinya dengan panggilan Aisya selain daripada Mikael Ayash. Hanya dia, lelaki yang memanggilnya dengan panggil Aisya.

"Awak ikut saya ke?" Alis keningnya diangkat sedikit, bagaimana lelaki itu boleh ada di lapangan terbang? Bukankah lelaki itu tiada flight?

"Dimana ada kau, disitu akan ada aku." Dengan selambanya, Mikael menuturkan bicaranya sambil menguntum senyuman manis. Takkanlah dia nak berhenti separuh jalan lagi? Takkan dia lepaskan peluang emas ini!

"Merepeklah awak ni! Dah, baik awak pergi sebelum saya jerit!" Ugut Irdeena dengan cepat tanpa memikirkan hati lelaki itu.

Mikael mengerutkan pelipisnya, buat apa mahu jerit? Bukannya lelaki itu mengganggu privasinya! Mikael menarik senyuman senget, dia tahu itu adalah helah Irdeena untuk lari daripadanya.

"Kenapa pula kau nak jerit? Aku tak buat apa-apa pun dekat kau, Aisya." Mikael menapak langkahnya untuk mendekati tubuh Irdeena membuatkan Irdeena terkejut dengan perbuatan lelaki itu.

"Awak ganggu saya!"

Semakin lama, semakin menjadi-jadi perang antara Mikael dan Irdeena. Irdeena mencerlung tajam ke arah anak mata Mikael.

"Aku minta maaf, Aisya. Kau ni takkan tak nampak lagi effort aku nak lamar kau untuk dijadikan isteri aku?" Dengan tenang, Mikael melontarkan bicaranya. Mana nak cari kesungguhan Mikael yang sanggup membeli cincin di negara jiran ; Indonesia demi melamar gadis yang dimpikan?

Hening. Tiada suara diantara mereka berdua, masing-masing membisukan diri.

"Jom kahwin? Aku tahu kau dah lama tunggu akukan, Aisya?" Sekali lagi, Mikael melamar dirinya setelah lelaki itu melamarnya di pantai tempoh hari ketika dia pergi menenangkan dirinya di negara Indonesia.

Irdeena membisu. Dia tidak tahu apa yang mahu dibicarakan lagi. Hatinya juga ingin

"Lagipun, aku nak tunaikan janji aku lima tahun lepas, Aisya." Lima tahun.. lima tahun bukan tempoh yang singkat untuk mereka berdua.

"Saya ingat awak dah jumpa seseorang yang lebih baik untuk jadi pendamping awak."

"Kau tahukan.. aku sayangkan kau lebih daripada aku sayangkan diri aku sendiri..?" Irdeena mengetap bibirnya rapat lalu kepalanya dijatuhkan bagi mengiyakan kenyataan itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 09 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MIKAEL AYASH | OGWhere stories live. Discover now