Bab 36

2.8K 155 8
                                    

Haura bermalam dekat rumah Fayyadh, dia rasa lebih tenang sekarang.

"Kau ada ngidam apa2 ke?" Tanya Fayyadh.

"Ada...aku nak...hmmm" kata Haura dengan ragu2, ngidam dia ni macam2 tau.

"Cakap jee, aku belikan"

Haura tersenyum lebar"Okay, aku nak nasi padang!"

Senyum Fayyadh langsung hilang, mende nasi padang ni?

"Apatu?" Tanya Fayyadh, tak pernah dia dengar makanan nasi padang.

"Kau taktau? Tu makanan indonesia, aku dah lama teringin" kata Haura sambil muncungkan bibirnya.

Fayyadh menganga, mana dia nak cari kalau makanan tu makanan Indonesia?!

Haura mengedipkan matanya banyak kali, tekak dia dah lama nak nasi padang.

Fayyadh mengeluh, dia buka google, search mana nak cari nasi padang dekat Malaysia ni.

2 minit je dia cari, jumpa. Ternyata banyak dekat Malaysia, dia je yang taktau.

"Oklah, kau tunggu sini eh, aku belikan" kata Fayyadh sambil mengambil kunci motor dia.

Haura angguk, dia senyum lebar, tak sabar nak makan nasi padang!

Fayyadh keluar dari rumah dia. Haura pula buka tv, bosan, buka handphone lagi lah bosan.

Haura membelai perlahan perut kempis dia, perempuan ke lelaki eh, dia nak lelaki!

Haura senyum, tapi beberapa saat senyuman itu hilang. Dia lupa bahawa ini benih Adrean, anak Adrean. Adrean je yang tak percaya dia.

Sakit hati dia bila Adrean cakap ni anak Reza.

Haura mengeluh kuat, rasanya dia akan minta cerai dengan Adrean nanti.

Azren dan Arayyan memerhati je Adrean yang masuk dalam mansion dengan keadaan mabuk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Azren dan Arayyan memerhati je Adrean yang masuk dalam mansion dengan keadaan mabuk.

Arayyan meneguk air liur nya, Adrean betul2 berubah.

Seram dia tengok Adrean yang makin lama makin tak terurus ni.

Adira di jaga dengan Tengku Han Darwish, mereka berdua tinggal dekat rumah lain, Tengku Han Darwish taknak Adira tengok perangai bapak dia yang makin teruk ni.

"WeEhh, kAu nak miNuum kEEee?" Kata Adrean dengan nada mabuk dia tu.

Arayyan langsung menggelengkan kepalanya, memang taklah!

"Erghh...p-peNinG giLer" kata Adrean dan dia langsung rebahkan dirinya dekat sofa. Habis tumpah air haram dia tu.

Azren hanya diam, macam mana dia nak tolong keadaan Adrean ni?

Tengku Han Darwish tak kesah dah dengan Adrean.

Arayyan perlahan lahan cucuk bahu Adrean dengan pen, tidur ke mamat ni?

The sweetest husband: Tengku Ghibran AdreanWhere stories live. Discover now