CHAPTER 21

2 1 0
                                    

"Sakit gila tangan aku, dari minggu lepas melontar sampai hari aku masih tak lepas lagi," Adu Cahaya. Dia kini ada dalam bilik aku. Sudah hampir sebulan kami tinggal di sini. Dan hampir sebulan juga kami belajar menggunakan senjata tradisional.

Tapi ada satu perkara yang aku masih tak puas hati. Aku masih lagi tak boleh belajar menggunakan keris, yang lain semua macam dah boleh handle. Eijaz kata, keris senang nak handle so last-last baru belajar. Apakah? Tak salah pun aku nak belajar awal kan? Aku dah lah terpaling excited nak belajar menggunakan keris.

Dan lagi satu, sekarang Cahaya dah boleh terima kenyataan yang bilik aku lebih besar dari bilik dia. Mula-mula masa dia masuk dalam bilik aku, nak dekat tiga minit juga mulut dia ternganga. Lepas pada tu, dua hari aku dengar dia membebel sebab tak puas hati.

Bila aku pujuk dia kata yang dia boleh datang duduk dekat bilik aku bila-bila masa yang dia nak. Barulah dia berhenti membebel. Kalau aku tahu macam tu je nak kasi dia berhenti membebel, memang dari awal lagi aku dah kasi tahu.

Dan sekarang, setiap hari lepas berlatih dia akan datang bilik aku. Ada masa dia tidur dekat bilik aku, dan kadang-kadang tu mandi dekat bilik aku. Katanya bilik air lagi besar, senang dia nak buat consert. Yang tu aku memang tak tipu.

Setiap kali dia mandi dalam bilik air aku, memang satu jam lepas tu baru dia keluar. Tu belum lagi kalau dia bawa masuk speaker sekali, memang makan tiga jam. Aku pula yang kene pergi mandi dalam bilik dia.

"Nanti hilang lah tu, sini aku sambung urut," Sejak kami dah belajar melontar lembing ni. Setiap malam juga aku jadi tukang urut terjun. Kene mengurut Mak Jemah ni haa.

"Kau tak sakit tangan ke Rai? Aku tengok kau rilek je," soal Cahaya. Aku pun tak tahu, tak ada pula rasa sakit teruk macam Si Cahaya ni. Kalau lenguh-lenguh tu adalah sikit, tapi tak adalah sampai tahap kronik.

"Sakit juga, tapi tak ada lah teruk macam kau ni. Kau salah teknik ke?"

"Entah lah, aku dah ikut betul-betul dah cara yang Ammar ajar," Cahaya mengeluh. Kesian dia, ish, ish, ish.

"Ala, nanti lama-lama hilang lah ni. Lepas kau dah biasa," aku terus focus pada urutan aku. Kang salah urut, risau langsung tak boleh gerak tangan budak ni.

"Untung kan siapa yang dapat Eijaz tu," Cahaya mula berbicara bila aku dah selesai urut tangan dia. Aku pandang dia sekilas sebelum simpan minyak urut dalam laci meja sebelah katil.

"Kenapa pula?" soal aku walaupun aku dah tahu jawapannya.

"Yela, dia tu dah lah baik. Sejak kita datang sini, aku baru nampak sifat sebenar dia. Tak adalah annoying sangat dia tu. Eh, selama kau berlatih dengan dia. Takkan kau tak ada rasa suka dekat dia?" soalan Cahaya hampir buat aku tersedak air liur aku sendiri. Aku geleng kepala perlahan.

"Apa lah kau ni, Eijaz tu ciri-ciri suami idaman tau. Dah lah selalu ke masjid, jadi imam, selalu mengaji, bijak, hebat berlawan dengan guna senjata. Dan yang paling penting, dia tu bakal jadi pengganti walid tau untuk jadi penghulu dekat sini. Kau tak nak try dia ke? Kalau kau kahwin ngan dia, mesti kau jadi penghuluwati," ujar Cahaya. Mulutnya tak berhenti senyum, suka sangat lah tu.

"Kau jela pergi try dia, asal suruh aku pula?'

"Kau tak jealous eh kalau aku try Si Eijaz tu?" Cahaya menjungkitkan kedua-dua belah keningnya berkali-kali.

"Kenapa pula aku nak kene jealous? Aku dengan Eijaz tu bukannya ada apa-apa pun," aku geleng kepala. Walaupun sakit tapi aku tetap kene terima kenyataan.

"Kalau macam tu, nanti aku try si dia tu,"Cahaya senyum jahat.

"Kau tak takut Farriz marah ke?" Laju sahaja Cahaya pandang muka aku dengan riak muka menjengkelkan.

SIAPA? |OG| ~hiatus~Where stories live. Discover now