Part 12 🍓

118 12 0
                                    

SETELAH 15 minit, akhirnya mereka berdua tiba di sebuah shopping mall terkenal dan mewah yang terletak di Kuala Lumpur iaitu Pavillon Bukit Jalil. Memandangkan rumah mereka tidak berapa jauh dengan Mall itu . Mereka terus masuk ke dalam mall sebaik saja mendapat parking. Walaupun masih pagi namun mall itu sudah dipenuhi dengan ramai orang.

"So kita nak pergi mana dulu ni? Makan ke pergi beli novel adik dulu?" tanya Mikael sebaik saja melangkah masuk ke dalam mall.

"Ermm... kita pergi makan dulu lah. Adik dah lapar ni. Adik kan tak makan lagi pagi ni. Lepastu baru kita pergi beli novel adik." ujar Sara

Mikael mengangguk bersetuju dengan Sara memandangkan perutnya juga sudah lapar. Mereka berjalan menuju ke arah salah satu restoran yang ada di mall itu. Mereka masuk ke dalam Restoran MyeongDong Topokki. Suasana di restoran agak sesak walaupun masih pagi. Mungkin disebabkan restoran ini merupakan restoran yang terkenal disitu.

Sara memilih restoran khas makanan Korea. Dia memilih restoran ini kerana sejak kecil lagi dia suka makanan Korea namun berbeza dengan Mikael. Walaupun abang sulongnya tidak suka makanan khas Korea, dia tetap memilih untuk makan disini.

"Err... adik betul ke nak makan kat sini" soal Mikael sambil matanya memerhati restoran itu.

"Betul lah! Adik dah lama tak makan makanan Korea ni. Lagipun along cakap nak belanjakan. Kenapa along tiba-tiba tanya ni? Ke sebab harga makanan kat sini mahal?" tanya Sara dengan wajah tak bersalah.

"Ni bukan sebab harga mahal ke murah. Kalau demi adik mahal pun takpa, along tak kisah. Tapi ni sebab benda lain"

"Benda apa along," Sara buat-buat tak faham.

"Ish adik ni saja je kan nak kenakan kan along. Adik dah tahu along tak suka makan makanan Korea tapi adik tetap nak makan kat sini. Kalau adik nak makan makanan yang mahal, boleh along tak ada hal tapi bukan kat sini. Banyak lagi restoran lain adik."

"Lah sebab tu je ke? Ingatkan apa tadi. Sebab along tak suka makanan Korea lah adik ajak along makan sini. Tulah siapa suruh kacau adik tidur tadi. Padam muka!" balas Sara dengan ketawa kecil melihat wajah muram Mikael.

"Sampai hati adik buat along macam ni. Habistu along nak makan apa kat sini?"

"Banyak makanan along boleh makan kat sini. So tak payah nak buat muka sedih lah kat sini. Adik tetap nak makan kat sini. Kalau along tak nak makan kat sini, along boleh tunggu kat luar. Nanti adik dah siap makan, adik panggillah along." Balas Sara dengan tak ada perasaan.

Mikael diam dan merenung ke arah Sara. "Tahu lah banyak tapi semua tu along tak makan. Dah lah tak sedap."

"Ish along ni tak try lagi dah cakap tak sedap. Cuba along try dulu mana tahu sedap. Kalau tak sedap, adik pun tak makan lah. So just trust your little sister ni tau." pujuk Sara sambil menarik tangan Mikael ke meja.

Akhirnya Mikael mengalah. Nak bergaduh dengan perempuan memang takkan menang . Perempuan kan semua betul. "Erm... Yalah adik ku."

"Along nak makan apa?" tanya Sara sambil melihat buku menu.

"Along nak makan nasi. Kat sini ada nasi tak?"

"Mestilah ada. Along ingat orang Korea tak makan nasi ke? Kucing pun makan nasi tau inikan pulak manusia.  Along nak makan nasi apa,?"

"Order je lah apa-apa pun janji nasi"

"Kalau macam tu, adik order makanan yang sama macam adik lah."

"Ha. Ikut suka hati adik lah. Janji dapat makan. Along dah lapar ni."

Sara melambaikan tangannya menunjukkan isyarat memanggil waiter. Mikael hanya memerhatikan Sara. Dengan pantas seorang waiter perempuan berjalan menuju ke arah mereka sambil tersenyum manis.

Broken Promise [HOLD]Where stories live. Discover now