Part 21 🍓

105 7 2
                                    

"Sofea, jom pergi kat pantai nak? Aku tengok ada pantai kat sini. Dah lama aku tak pergi pantai." ajak Sara dengan manja. Terdapat pantai berdekatan dengan hotel milik mereka.

Sofea melihat jam di telefon bimbitnya. Sekarang jam menunjukkan pukul 5 petang.

"Jom lah"

Sampai saja di pantai, mereka hanya melihat suasana damai, tenang. Kedengaran ombak memukul air-air pantai.

"Tenangkan Sara" soal Sofea

"Haah tenang sangat. Rasa lapang dada ni. Semua masalah macam hilang"

Mereka menghirup udara segar di tepi pantai untuk menghilangkan stress dan masalah yang dilanda mereka.

Sedang asyik mereka menghayati suasana di tepi pantai tiba-tiba kedengaran suara tidak asing menegur.

"Sara, Sofea buat apa kat sini?" tegur Aish.

"Saja ambil angin. Awak buat apa kat sini?" soal Sofea.

"Sama la keluar ambil angin" balas Aish dengan senyuman.

"Sara! Aku nak cakap benda dengan kau sekejap boleh?" kata Aiden dengan serius.

"Ermm" ringkas saja balasan Sara.

"Sofea, jom kita pergi kat sana. Tinggalkan mereka berdua kat sini" ajak Aish sambil menunjukkan bangku yang terdapat disitu.

Tiada sebarang suara kedengaran, hanya kedengaran ombak dan bunyi keluhan saja.

"Kau nak cakap apa dengan aku?" soal Sara memecahkan kesunyian antara mereka.

"A-aku... nak minta maaf dengan kau. Aku tahu aku salah tapi please jangan jauhkan diri kau dari aku. Aku tak suka tengok kau buat-buat tak kenal aku. Dan tolong jangan rapat dengan lelaki lain. A-aku.. cemburu." luah Aiden sambil menundukkan kepala memandang pasir.

"Dah kenapa kau cemburu?" soal Sara sambil meneguk air mineral yang sempat dibelinya tadi sebelum datang ke pantai.

"Sebab... sebab aku sukakan kau."

Pft!!

Tersembur keluar air yang diminum oleh Sara mendengar ayat Aiden. Sara memandang Aiden dengan wajah terkejut.

"K...ka...kau cakap apa tadi?" soal Sara. Dia bagaikan tak faham dengan apa yang baru didengarinya.

Aiden melepaskan nafas sebelum mengulangi semula kata-katanya. "Aku suka kau. Aku cemburu tengok kau rapat dengan laki lain. Aku dah lama suka kau. Tapi jangan tanya bila sebab aku sendiri tak tahu bila aku mula sukakan kau."

"Kau dah lupa ingatan ke? Haritu bukan ke kau cakap aku ni bukan taste kau lah. Aku ni perempuan tak cukup satu laki lah. Harini tiba-tiba kau cakap kau suka aku. Hahaha lawak kau ni." ucap Sara namun dalam hati pelbagai perasaan hadir. Gembira? Sedih?

"Haritu sebab aku cemburu tengok kau dengan Rizq. Sebabtu aku terlepas cakap. Maafkan aku Sara"

Sara hanya mendiamkan diri.

"Awak suka pantai?" soal Aish sambil memandang wajah Sofea.

"Suka. Saya suka sangat" Sofea mengangguk kepala sambil tersenyum ke arah Aish.

"Awak ada masalah ke? Sebab selalunya perempuan kalau datang kat pantai dorang ada masalah dan kesedihan yang mereka lalui. Walaupun pantai bising dengan bunyi ombak-ombak , kedengaran angin pantai namun pantai tenang membuat semua negative feeling hilang. Maaf kalau awak rasa saya macam busybody."

Sofea tidak mengangguk dan tidak menggeleng. Takkan lah dia nak kongsi masalah dan kesedihan dia kat orang lain pulak. Jadi dia hanya memilih untuk mendiamkan diri. Cukuplah Sara sorang saja yang tahu.

Sofea mulakan bicara setelah mendiamkan diri .

"Pantai biasanya dianggap sebagai tempat yang nyaman dan damai untuk perempuan. Mereka boleh berasa bebas dan tenang, jauh dari tekanan dan kesedihan dan masalah . They love the feeling of the soft sand beneath their feet. They love the sound of waves crashing against the shore." Panjang Sofea meluah.

Aish tersenyum mendengar luahan Sofea. Dia mengangguk setuju.

"Yes, and one of the reasons why women like the beach because they feel a sense of peace and tranquility. Semua masalah mereka seolah-olah hilang apabila mereka melihat ombak menghempas pantai dan mendengar bunyi angin yang menenangkan. Pelik tak kalau saya cakap saya pun sukakan pantai? Awak nak tahu kenapa saya suka? Sebab bagi saya, sekuat mana pun masalah dan kesedihan yang kita ada, bila kita dengar ombak boleh buat kita tenang. Angin pantai boleh hilangkan isi fikiran kita walaupun sebentar. Air laut juga memang ada pasang surut tapi air laut tidak pernah berubah rasa." Aish turut meluahkan.

" Awak nak tahu something tak Sofea?" tanya Aish sambil menoleh ke arah Sofea.

"Apadia?" Sofea menjongket kening.

"Saya pernah dengar ada orang cakap macam ni tapi saya tak tahu la benda ni betul ke tak. Kalau betul awak boleh amalkan kalau tak betul awak buat bodoh je lah , Sofea .Hahahaha" sempat Aish mengurau.

"Memandang laut adalah sunnah, ketika kita sedang gelisah, stress atau depress, pergi ke laut dan zikrullah. Setiap gelombang dan setiap titisan air mempunyai malaikat yang melakukan zikrullah. Oleh sebab itu, ia adalah sunnah untuk pergi ke laut dan bahkan bila kita memasukkan kaki ke dalam air, malaikat itu akan datang dan membuatkan kita tenang serta mereka akan mengirimkan kebahagian kepada kita"
(as-sayyid mawlana syekh hisyam kabbani)

Sofea menilik segenap wajah tampan lelaki disebelahnya itu. Terukir senyuman di bibirnya. Gila kau tak suka, dapat duduk dengan crush sendiri.

"Kenapa awak tengok saya macam tu? Handsome? Saya tahu saya handsome. Malu lah saya." tanya Aish dengan nada mengusik.

"Ish perasan lah awak ni" Sofea memutarkan biji bola matanya keatas.

Mereka berdua tersenyum antara satu sama lain dengan mata memandang ke arah pantai.

Broken Promise [HOLD]Where stories live. Discover now