~A|A~Bab 00✿

38 1 0
                                    

Bilik aku diterangi oleh cahaya matahari yang sangat terang. Terasa penat dan sakit otot disebabkan semalam aku pulang ke rumah agak lewat. Ye,kerja sebagai pereka grafik bukannya kerja yang mudah tau.

"Adele Mikaila! Kau ni kan aku dah kejutkan kau dah lebih tiga kali dah ni". Bella Adilia kawan baik aku,ye dia ni memang tak boleh tengok aku tidur dengan tenang.

"Kau ni Bella memang tak boleh bagi aku tidur dengan tenang ke. Hari ni hari apa kau kejutkan aku pergi kerja". Kerja Bella memang asyik-asyik memekak pagi-pagi sebab nak kejutkan aku pergi kerja.

"Ehh kau ni banyak cantik muka kau,hari ni bukan ke hari jumaat?kau nak marah aku ni apahal". Aku dah faham minah ni dah buang tabiat,hari sabtu dia tukarkan jadi hari jumaat.

"Aduh Bella Adilia hari ni hari sabtu lah! Kau ni dah kenapa nyanyok dah ke? lebih baik Kau gi tengok kalendar tu sekarang! Jangan lah kacau hari cuti aku! Aku pun cuti je boleh tidur dengan lena". Bella jalan dan menuju ke arah kalendar yang terletak bersebelahan suis lampu.

"Hehehe sorry ye sleeping beauty, aku nak keluar pergi jogging nanti kalau kau nak makan boleh lah kau cari makanan kat dapur atau call je aku nanti sebelum balik aku belikan kau makanan ye". Bella terus keluar dari bilik dan turun ke bawah untuk menuju ke pintu utama yang ditempatkan di ruang tamu.

Yes dia dah keluar,bolehlah aku sambung tido.Baru pukul lapan pagi,dia kejut awal-awal pula...

Baru pukul lapan pagi,dia kejut awal-awal pula

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selepas bangun dari tidur yang nyenyak..

"Hm malasnya nak bangun tapi dah pukul 11 pagi dah ni,kalau tak bangun sekarang confirm mama call and mara sebab tidur sampai time macam ni". Aku terus bangun dari katil empuk ku dan terus berjalan ke arah bilik air. Selepas sahaja aku selesai membersihkan diri terus aku menuju ke arah almari pakaian untuk memilih baju yang sesuai untuk aku menggayakan ke rumah mama dan papa.

Mata aku tertarik dengan sehelai dress yang berwarna biru tua dan juga shawl yang berwarna putih. Terus aku mencapai dress itu untuk digayakan. Lepas aku memakai dress itu,aku melangkah ke arah pintu bilik. Aku menutup daun pintu dan turun ke bawah bagi menjamu selera.

"Bella oh Bella,mana kau ni?tak kan tak balik lagi,kau tadi keluar awal apa". Aku menjerit dan memanggil Bella kerana aku tidak dapat melihat bayangannya di sekitar ruang tamu rumah.

"Ye ye aku ada je kat dapur ni ha,kau dah bangun ke tu?Ha aku dah tahu,kau mesti takut mama call and mara kau kan?" Selepas aku mendengar suara Bella yang mengatakan bahawa dia di dapur aku terus berjalan menuju ke arah Bella.

"Sapa je tak takut mama,dia kalau mara tak habis tau. Bella,aku lapar lah,ada tak apa-apa untuk aku makan". Bella menunjukkan ke arah roti telur yang dia dah siap hidang di atas meja. Roti telur yang Bella buat selalunya sedap untuk dimakan.

"Kau buat untuk aku ke Bella? Sayang juga eh kau dekat aku". Aku terasa disayangi pula bila Bella masakkan untuk aku, dia bukannya senang nak masakkan untuk orang.

"Ye aku buatkan untuk kau,aku tahu kau kalau bangun lambat memang kerja lapar je cari makan kan? Jadi aku dah siapkan roti telur. Makan lah ye cik Adele Mikaila,aku nak pergi solat jap. Kau dah solat zohor ke belum?". Bella bertanya untuk kepastian sama ada aku dah solat ke belum. Benda ni yang tak boleh ubah dari Bella,dia caring sangat

"Aku cuti Bella, Memang aku cuti pun so kalau lampu merah mana boleh solat". Bella menuju ke atas selepas mendengar jawapan aku sebentar tadi. Selepas aku habis makan,aku pergi ke arah singki untuk mencuci pinggan dan cawan yang aku guna untuk makan dan minum tadi.

Tiba-tiba mama call dan memberitahu supaya aku segera pulang ke rumah kerana mempunyai hal yang penting untuk dibincangkan. Aku menuju terus ke tempat kereta dan memecut ke rumah mama dan papa.

TO BE CONTINUE>>>
STAY TUNED GUYS LEBIH BANYAK CERITA MENARIK FOR YOU🤍.

ADAM MIKAEL (OG)Where stories live. Discover now