Cinta Bersaksikan Langit (Bab 18)

71 11 0
                                    

_________.·:*¨༺ ༻¨*:·.__________
"Mama tak kira, pandai buat pandai la tanggung! Nanti apa pulak mak bapak dia mengata pasal keluarga kita. Dah anak macam tu, mak bapak lagi lah" Puan Sri Maryam menjeling Emery dengan ekor mata.

"Ya ALLAH, Mama! Em dah cakap Em tak buat apa-apa pun dekat dia. Em cuma nak selamatkan dia daripada Emin aje. Emin tu yang cuba nak rosakkan Orked. Kenapa Mama susah sangat nak percaya Em?"

"Selamatkan apanya?! Emin tak ada kena mengena dalam hal ni. Jangan babitkan dia!" jerkah Puan Sri Maryam.

"Em Dah agak dah, Mama takkan percaya kalau Em cakap yang Emin tu dah ramai perempuan dekat luar sana dia rosakkan." Emery meraup mukanya berkali-kali. Sebal! Tak ada siapa yang percaya cakapnya. Terkilan sungguh!

"Yang Em asyik nak salahkan adik tu kenapa?! Dia elok aje dekat luar tu. Dah buat, tak reti nak mengaku pula. Kalau Em ni bukan anak Mama, dah lama Mama halau Em keluar tau. Buat malu keluarga aje!" ujar Puan Sri Maryam pedas.

Emery terkedu. Sampai hati Mama. Apa lagi yang aku boleh buat? Mama dah tak percayakan aku. Ya ALLAH.. Bantu aku. Aku buntu..

Emery bangkit dari sofa dan melangkah menuju ke tangga dengan rasa kecewa. Dia mengalah. Membazir tenaga aje berdebat dengan Mamanya. Alih-alih, dia juga yang disalahkan.

"Emery Edrean" tegas suara Puan Sri Maryam memanggil namanya.

Langkah Emery terhenti. Dia menoleh semula memandang Puan Sri Maryam.

"Mama nak Em kahwin dengan dia. Minggu depan"

"Tapi Ma-"

"Dengar cakap Mama, atau Mama halau Em keluar dari rumah ni!" ujar Puan Sri Maryam tanpa melihat ke arah Emery. Tak sanggup melihat wajah Emery. Hatinya sebak mengenangkan nasib anaknya yang seorang itu.

Abang.. Mar dah gagal jadi ibu yang baik untuk anak-anak kita. Mar minta maaf, abang. Mar minta maaf.. Air mata yang jatuh pantas diseka.


_________.·:*¨༺ ༻¨*:·.__________

Taman permainan yang riuh dengan suara kanak-kanak itu direnung dengan riak wajah kosong. Angin sepoi-sepoi sejuk sesekali menampar wajahnya dengan lembut. Rasa nyaman.

Tiba-tiba dia teringatkan kata-kata Puan Sri Maryam. Aku.. kena kahwin dengan Orked? Hidup berumah tangga dengan dia? Boleh ke dia terima aku jadi suami dia?

"Hai.. jauh termenung?" Shahrul muncul dan mengambil tempat disebelahnya.

Emery sekadar tersenyum.

"Shah, aku nak tanya kau sikit," setelah sekian lama Emery mendiamkan diri, akhirnya dia bersuara.

"Hm, tanyalah"

"Macam mana kehidupan kau dengan bini kau?" Soal Emery.

Shahrul memandang lelaki itu hairan. Demam ke apa tiba-tiba tanya pasal rumah tangga orang.

"Alhamdulillah.. hari-hari bergaduh, kena tidur luar, kena kongkong, kena dera." Jawab Shahrul ikhlas sambil tersenyum.

"Brutalnya rumah tangga kau" Emery ketawa besar.

"Bukan, bini aku yang brutal. Lama-lama aku rasa fade up nak hidup dengan dia. Tapi, selagi aku boleh sabar, aku sabar."

Emery memandang Shahrul dengan perasaan serba salah. Dia tahu, Shahrul dipaksa kahwin dengan Lili sebab keluarga. Dari dulu kehidupan berumah tangga dengan Lili tak pernah tenteram.

Setiap kali dia keluar bertemu Shahrul, pasti ada lebam di sekitar anggota badan sahabatnya itu. Kesian.

"Kenapa kau tiba-tiba tanya pasal rumah tangga aku ni?" soal pula Shahrul dengan kening dijongketkan, masih menunggu jawaban.

"Mama paksa aku kahwin dengan Orked. Dan aku.. setuju" ujar Emery dengan suara mendatar. Jauh di sudut hatinya, itulah keputusan yang terburu-buru dia pernah buat.

Berkerut muka Shahrul. Dia bagaikan tak percaya dengan apa yang Emery tuturkan.

"Kau dah fikir masak-masak ke, Em? Kau buat keputusan ni macam ikut perasaan. Kau fikir baliklah, Em. Fikir betul-betul. Aku tak nak kau menyesal. Berumah tangga dengan orang yang tak cintakan kita ni susah, lagi-lagi kau dengan dia ada peristiwa hitam." Ucap Shahrul.

Emery menghela nafas panjang dan kemudian melepaskannya perlahan-lahan. Seolah-olah berat beban yang ditanggung.

"Lagipun bukan salah kau. Cuma yalah.. Kau dengan Orked berada di tempat dan waktu yang salah masa tu. Tapi nak buat macam mana, kan? Kau dengan dia terpaksa. Tak ada pilihan. So, takkan disebabkan tu kau buat keputusan nak kahwin dengan Orked kut. Kau bukan sentuh dia pun" sambung Shahrul lagi.

"Kau tak rasa apa yang aku rasa, Shah. Memang secara realitinya aku dengan Orked tak buat apa-apa pun malam tu. Tapi disebabkan peristiwa tulah aku takut dia pressure. Aku kesian dengan dia." Emery menggosok belakang rambutnya.

"Dan lagi satu sebab aku rasa aku kena kahwin juga dengan Orked.." Emery terdiam. Dia merenung semula tasik sambil melepaskan keluhan panjang.

"Sebab.. Sebab aku dah nampak tubuh badan dia."

Terbeliak mata Shahrul memandangnya.

"Bro, apa kau buat kat dia? Kau kata kau tak sentuh dia? Jangan macam-macam, Em."

"Baju dia basah. Malam tu kan hujan. Masa tu Orked tak sedar. Aku risau dia demam kalau pakai baju basah tu, jadi aku tukarkan baju dia. Dan.. dan aku nampak... semuanya. Tapi sumpah! Aku tak apa-apakan dia. Demi ALLAH." terang Emery sungguh-sungguh.

Shahrul terdiam lagi. Rasanya memang betul keputusan yang dibuat Emery. Emery kena berkahwin dengan Orked untuk menebus segala kesalahan dan menanggungnya sebagai tanggungjawab.

Emery memandang jauh ke langit biru yang terbentang luas. Dan sebenarnya aku cintakan dia. Hatinya berbisik. Kerana cintalah dia sanggup menerima gadis itu sebagai isterinya.

Cinta Bersaksikan Langit [Rest For A While]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن