Cinta Bersaksikan Langit (Bab 24)

61 9 0
                                    

_________.·:*¨༺ ༻¨*:·.__________

"Awak, tengok! kembar awak!" poskad dengan gambar orang utan ditunjuk Emery sambil tersengih lebar.

Poskad itu yang menjadi perhatiannya sejak mereka berjalan-jalan di sepanjang kedai cenderahati dari tadi. Yang paling menonjol!

Buk! Orked Haura menumbuk lengan Emery. Haa.. padan muka! Suka hati dia aje samakan aku dengan orang utan.

Orked Haura memasuki kedai cenderamata, berminat hendak melihat rantai-rantai yang dipamerkan. Emery hanya mengekori isterinya dari belakang.

"Awak tengok apa tu?"

"Rambutan" jawab Orked Haura loyar buruk. Tak nampak ke orang tengah tengok rantai ni?

"Ooo.. orang utan?"

Sekali lagi, lengan Emery menjadi sasaran penumbuknya.

"Adoi.. lembam lah balik nanti." Emery memuncung.

Orked Haura dengan muka tak bersalah, mencapai rantai tali putih yang agak nipis dengan buah bintang berkembar. Cantik!

"Suka ke?" soal Emery.

"Suka"

"Ambil lah, saya bayarkan"

Orked Haura diam seketika. Nak, tapi...

"Tak apalah, tak payah membazir." rantai itu diletakkan balik ke tempat asal.

"Awak tak beli apa-apa ke?" soal Orked Haura pula.

"Ada" Emery menunjukkan poskad orang utan tadi.

Orked Haura melirik sekilas. Ada juga yang makan kaki nanti.

"Awak tunggu kat luar kejap, saya nak bayar ni."

Orked Haura tanpa menunggu terus melangkah keluar dari kedai itu. Matanya memandang ke langit yang terbentang luas. Terasa nyaman.

Beberapa saat kemudian, Emery muncul dengan plastik di tangan. Entah apa isi dalamnya.

"Kita nak makan kat mana ni?" Emery memandang Orked Haura disebelahnya.

"Saya ikut je"

"Makan ikan bakar nak tak? Dah lama saya tak makan ikan bakar."

"Boleh juga" Orked Haura bersetuju. Dia mengikut langkah Emery ke kereta.

Sebaik sahaja memasuki perut kereta, Emery tiba-tiba teringatkan sesuatu.

"Awak tunggu dalam kereta ya, sayang. Saya nak pergi kedai depan tu kejap."

Belum sempat Orked Haura berkata apa-apa, Emery sudah keluar dari kereta. Orked Haura hanya mampu menggeleng.

Dia menyandarkan kepalanya pada kusyen kereta. Baru sahaja dia ingin melelapkan mata, dia terdengar bunyi dentuman kuat dari arah belakang. Tersentak dia.

Dia memandang ke luar tingkap. Tiba-tiba jantungnya bagai berhenti berdegup. Orked Haura sudah mula menggigil melihat Emery yang tertiarap di tengah jalan.

Dia bergegas keluar dari kereta dan mendapatkan Emery yang sedang berusaha untuk bangun itu.

"Ya ALLAH! Kenapa ni? Macam mana boleh accident?"

Di tepi bibir Emery berdarah. Lengan dan sikunya juga melecet. Seluarnya sudah terkoyak pada bahagia lutut. Mesti lututnya juga luka.

"Aduh.. Nasib baik sempat elak. Kalau tak, dah mati dirempuhnya." rungut Emery sambil mengelap darah yang mengalir di tepi bibir dengan tangannya.

Cinta Bersaksikan Langit [Rest For A While]Onde histórias criam vida. Descubra agora