Bab 8 : Sejarah

28.3K 271 45
                                    



"Wawa, esok ada job, tempat biasa" kata Cikgu Fatin berbisik di telinga Cikgu Salwa yang bertudung itu sewaktu mereka terserempak di bilik guru.


"OK kak, nanti wasap ye" angguk Cikgu Salwa senyum.


Kebetulan semasa Cikgu fatin berbisik pada Cikgu Salwa, Cikgu Siti berada di meja hadapan, sedang tunduk menanda buku, terlindung dek rak buku yang menghalang pandangan dari arah Cikgu Salwa berdiri. Terfikir di benak Cikgu Siti, apakah job yang dimaksudkan itu. Kalau la mereka ada buat bisnes, hendak juga dia join.


"Job apa tu Wawa?" tanya Cikgu Siti berdiri, membuatkan Cikgu Salwa sedikit gugup.


"Eh, Ti, tak perasan ada kat meja.." jawab Cikgu Salwa mengelak untuk menjawab.


"Ada je dari tadi, kau je yang tak perasan....hehehe"


"Hehehe....lindung rak ni kot"


"Ye la agaknya, errr.... job apa yang kak Fatin cakap tu Wa?"


"Alaaa, job kecik je, nak tambah income" jawab Cikgu Salwa cuba berselindung.


"Kalau ada kosong, Ti nak jugak, boleh ke?" tanya Cikgu Siti penuh minat, padahal dia tak tau bidang tugas job yang dimaksudkan itu.



"Errr...errr....." Cikgu Salwa kelu nak menjawab.


"Jangan la makan sorang.....hehehe.... " usik Cikgu Siti lagi.


"OK la, nanti Wawa try tanyakan, kalau ada kosong"jawab Cikgu Salwa lekas hendak menamatkan perbualan, risau lagi lama mereka berbual, nanti ada yang terbocor.


"Thanks Wawa...Ti ada kelas ni....nanti bagitau ya" jawab Cikgu Siti riang.


"OK...insyaAllah" balas Cikgu Salwa berlalu, dan Cikgu Siti pun turut mengambil buku, berjalan meninggalkan bilik guru menuju ke kelas.


Cikgu Siti mengajar matematik, berasal dari utara tanah air, di tempatkan di sekolah ini atas alasan mengikut suaminya yang bertukar. Datang dari keluarga kampung, suasana kampung, dan mengajar di sekolah kampung, membuatkan Cikgu Siti agak tercabar dengan kehidupan di kota raya. Usianya sebaya Cikgu Salwa, namun baru mempunyai dua orang anak. Anak yang kecil baru sahaja berusia 4 bulan dan masih menyusu. Tubuhnya tinggi, namun agak berisi di bahagian dada, dek kerana membawa susu yang perlu diberikan pada anaknya itu.


Sementara itu di bilik GK, tiga orang guru sedang berbincang, mereka kelihatan serius membawa isu yang perlu diselesaikan itu. Tiga orang guru itu, tidak lain tidak bukan ialah Cikgu Fatin, yang merupakan GK Bahasa, Cikgu Salwa dan Ustazah Raihan. Mereka berbincang tentang apa yang berlau di bilik guru tadi, tentang apa yang didengari oleh Cikgu Siti pasal job.


"Jadi macam mana kak?" soal Cikgu Salwa gusar.


SETIA KUKORBANKANWhere stories live. Discover now