PROLOG I

192 40 8
                                    

Insert song; Perfect by Ed Sheran

.

.

MATANYA meliar memerhati sekeliling dewan. Semuanya bergerak dalam kumpulan. Semuanya berbual bersama teman. Hanya dia yang bersendirian. Hanya dia yang berseorangan.

Dia hela nafas panjang.

Sunyi.

Tak ada yang mahu mendekat.

Tak ada yang mahu berkawan.

Dari bersandar ke dinding, dia tarik lututnya merapat merapat ke tubuh sebelum wajah dia sembamkan ke celah paha. Menghayati kesunyian yang membuatkan dia terasa bersendirian meskipun ruang riuh-rendah dengan suara-suara yang ada. Sekarang adalah waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) dan seharusnya mereka berada di padang, namun, mereka diberi peluang untuk buat kerja sendiri sementelah dewan utama digunakan untuk pelajar-pelajar tingkatan lima yang sedang mengambil peperiksaan percubaan untuk Sijil Pelajaran Malaysia.

Dan dia yang baru berpindah, baru saja masuk ke kelas barunya pagi tadi, terkebil-kebil dan hilang arah untuk buat apa.

Semuanya sebab mama dan papa. Kalaulah mama dan papa tak pindah ke sini, mesti dia masih di kelilingi sahabat-sahabatnya di sekolah lama. Mesti dia tak sunyi sebegini rupa. Mesti dia masih ada teman-teman untuk diajak berbual dan bergelak ketawa. 

Dahlah pindah bila nak dekat hujung tahun!

Bibir tercebik sendiri. Tak gunanya berkalau bila dia sudah selamat berpindah ke tempat ini. Dah lah seorang pun dia tak kenal!

Tap!

Hujung kasutnya tiba-tiba terasa bersentuh dengan sesuatu. Namun, dia hanya biarkan saja. Mungkin ada yang tersepak kakinya semasa berjalan melepasinya.

Tap!

Sekali lagi.

Dan sekali lagi dia tak endahkan.

Tap!

Dan lagi.

Dia mendengus. Dengan riak tak puas hati, dia angkat kepala. Bertembung mata dengan sepasang mata yang bersinar nakal milik seorang pelajar lelaki, sedang berpeluk tubuh. Lelaki yang tak ada hujan tak ada ribut, begitu seronok menendang hujung kasutnya. Entah apa yang pelajar lelaki ini tak puas hati, dia pun tak tahu. Dia bukannya duduk di tengah jalan sehingga mengganggu laluan orang lain pun!

Dialihkan iris sedikit, dia nampak ada lagi tiga batang tubuh sedang berdiri sedikit ke belakang. Bibirnya semerta mencebik. Satu geng lah tu!

"Budak baru?" Si tersengih nakal bertanya.

Dia diam tak menjawab. Angguk tidak, geleng lagilah tidak. Hanya mengerling sekali, sebelum kembali menjatuhkan pandangan pada ribanya.

Tak berminat.

Pelajar lelaki itu tanpa segan dan silu terus melabuhkan duduknya di sebelah dia. Tak selesa, dia mengengsot sedikit. Menjarakkan tubuh mereka semula. Bagaikan tak memahami penolakan dia, pelajar lelaki itu turut kesotkan tubuhnya, kembali merapat. Lagi tiga orang kawannya hanya bertindak sebagai pemerhati sambil tangan berpeluk tubuh.

"Tak ada geng ni, budak barulah, kan?"

Dia masih mengunci mulut. Tak ada mood nak beramah mesra.

"Tingkatan berapa?"

Diam. Namun, dia dapat rasakan pandangan lelaki itu tetap tak putus merenungnya.

"Aku bet, sama umur. Kau masuk kelas sebelah ke?"

Bet lah sangat. Tengok warna biru pada bingkai lencana pun sudah dapat diagak pelajar perempuan ini tingkatan berapa. Di sekolah ini, setiap tingkatan diberikan lencana dengan bingkai warna yang tak sama. Senang untuk membezakan setiap pelajar itu di tingkatan berapa.

Dia mendengus. Decitan kuat sengaja dilepaskan. Jelingan maha tajam, diberikan. Mengganggu ketenteraman dia sungguh!

Pelajar lelaki itu mencebik apabila dia menjeling. "Gawrang..." Komennya selamba. "Macam singa jadian." Sambungnya lagi.

Dia tak endahkan. Malas nak layan!

Kemudian, senyum nakal kembali berhias di wajah pelajar lelaki itu.

"Sebab kau macam lonely sangat..."

Kerlingan mata lelaki itu jatuh pada tiga lagi sahabat yang berdiri, sekadar menjadi pemerhati. Langsung tak buka mulut menyampuk. Kening dicunggit sebelah, meminta persetujuan.

Serentak tiga kepala mengangguk.

Bibirnya semakin melebar, sebelum anak matanya jatuh semula pada si 'dia' yang jelas tak mahu diganggu.

"Kau masuk geng kita orang lah."





And the rest is history...

.

.

We are still kids, but we're so in love
Fighting against all odds
I know we'll be alright this time
Darling, just hold my hand
Be my girl, I'll be your man
I see my future in your eyes

Aleyna NaufalWhere stories live. Discover now