PROLOG II

153 26 7
                                    

*SPOILER ALERT*


PANDANGAN matanya lurus ke bawah. Di tangannya, ada setangkai bunga larkspur berwarna biru yang kembang mekar. Bunga yang sama yang menghiasi permukaan tanah yang berada di depannya.

"Kau mimpi aku yang tinggalkan kau. But why..."

Dadanya berat dan sendat, seperti dihimpit sesuatu. Rengkungnya terasa sempit, membuatkan liur yang hendak ditelan terasa begitu payah. Bibir bawahnya digigit kuat, cuba menahan perasaan yang begitu pedih mencengkam.

Tuhan... sakit sangat rasa ini.

"Why it end up like this?" Sayu sambungan katanya keluar. Rasa sesak semakin berjejal-jejal menghimpit hati.

"Kenapa kau yang..." Suaranya semakin perlahan dan bergetar hiba. Sebu semakin kuat terasa. "Kenapa kau yang tinggalkan aku, sayang?" Hujung suaranya sedikit pecah, meskipun jenuh ditahan. Liurnya semakin berpasir.

Tuhan... sakit... 

Sakit sangat-sangat...

Kenapa pengakhirannya begini, Tuhan?

Kenapa tiada keajaiban?

Entah berapa kali persoalan itu bermain-main di minda. Sejak dia dihenyak dengan kenyataan, realiti hidupnya seakan hilang. Dia masih belum mampu percaya dengan apa yang sedang berlaku di dalam hidupnya sekarang ini, membuatkan persoalan itu tak pernah pudar dari diri. Cuma, tidak dilantunkan di bibir, sekadar bergema di dalam diri.

Bunga larkspur di tangan, diangkat setentang dengan matanya. Dipandang redup dengan renungan yang begitu kosong. Sekosong jiwanya sebaik saja nafas si bidadari direnggut pergi. Degupan jantungnya juga seakan terhenti, bagaikan turut mengekori jejak langkah si isteri.

"I love you too, sayang." Dia berbisik perlahan, dengan suara yang serak dan payau. Cukup-cukup untuk telinganya saja yang mendengar. 

Tangan jatuh lemah ke sisi. Mata dipejamkan sejenak, sebelum dibuka semula beberapa saat selepas itu. Kembali memerhati apa yang ada di depannya.

"Flowers look good on you." Nafas yang ditarik terasa semakin sesak. Kosong mata itu merenung timbunan tanah merah yang ditaburkan bunga di atasnya. Ada beberapa kuntum bunga larkspur kegemaran si bidadari yang pernah menjadi peneman indahnya.

Dan bidadarinya itu, barangkali sudah berada di syurga.

Matanya terasa hangat. Pandangannya tampak berbalam-balam. Satu senyum tawar ditarik. Senyum yang langsung... tiada perisa. 

Larkspur di tangan, dilepaskan jatuh menyentuh tanah, menyertai lakspur biru yang lain yang menghiasi kediaman kekal bidadarinya.

"Flowers... really look good on you, baby."


.

.

.


I found a woman, stronger than anyone I know
She shares my dreams, I hope that someday I'll share her home

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 15 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Aleyna NaufalWhere stories live. Discover now