Bab 2 (4)

10 4 0
                                    



Hari yang ditunggu telahpun tiba, Vivian tampil berpakaian gaun berwarna biru, digandingkan Bersama topi putih. Langkah dijejak penuh yakin, memasuki kediaman yang digelar istana Emerald, tempat dimana majlis yang penuh tegang dan menyesakkan itu berlangsung. Wajah cerita dipasang tanpa menampakkan kepalsuannya. Hujung bibir Vivian meleret ke atas, lakonan sempurna bagi seseorang yang membenci dalam diam.


"Salam kepada bulan kecil Esta. Lady Elizabeth memperkenalkan diri," Vivian menundukkan badannya dengan penuh elegen seperti yang diajar oleh Lady Alana.

"Salam perkenalan juga, Lady Elizabeth. Jemputlah menjamah makanan yang dihidang," Puteri Leah memulakan majlis dengan penuh semangat.



Beberapa jam sudah berlalu, wajah Vivian yang ceria sudah berubah masam mencuka. Akhirnya majlis tamat dengan limpahan ke sepuluh the dituang ke dalam cawan kosong Vivian.


"Puteri, izinkan saya berbicara secara peribadi bersama tuanku di laman bunga," Puteri Leah hanya mengangguk terhadap permintaan Vivian.


File peribadi milik Eshtar Casandrale dilambai perlahan terhadap Puteri Leah.


"Tidakkah puteri tertanya tanya mengenai kekasih hati?" senyuman sinis diukir perlahan. Tangan pantas menarik file itu ke sisinya apabila sang puteri cuba untuk merampas. Wajah merah Puteri Leah membuatkan Vivian tergelak kecil.



"Apa yang kau mahukan, Elizabeth?"

"Tawaran. Patik mempunyai tawaran yang mungkin memikat hati tuanku." mata sehitam gagal itu memandang Puteri Leah bagaikan jenaka. Siulan kecil dilepaskan, membuatkan bulu roma snag puteri menegak.


"Apakah ia?" Puteri Leah bertanya. Dia ingin pulang ke pangkal pelukan kekasihnya, Eshtar. Apa sahaja buat jejaka yang diusir keluar daripada negara atas tuduhan berkhianat terhadap sang raja.

"Mari bertukar identiti. Tuanku bakal dapat kebebasan dan patik bakal mendapat perkahwinan bersama raja alaric. Adil bukan?" perkara yang merangkumi segala keinginan kedua dua belah pihak.

"Tepat pada waktunya. Bahkan permaisuri Esta juga sedang mencari calon pengganti buat beta. Supaya anaknya ini tidak tersiksa dengan Raja yang pendiam seperti Raja Alaric." Leah tersenyum bangga. Menyetujui tawaran itu tanpa menunggu mahupun membantah.



File tersebut di baling ke arah Puteri Leah. Disambing dengan cekap oleh si wanita rambut merah itu.



Persiapan pertama sudah bersedia. Vivian berjumpa bersama permaisuri dan raja, bersekongkol dalam rancangan ini.

Kini, sekali lagi identitinya berubah.



Elizabeth 'trovi' Caroll kepada Eleah Catarine Von Esta.


Kini Vivian dalam perjalanan kembali ke Astria setelah 3 bulan bertungkus-lumus menyiapkan diri sebagai Puteri Leah.


Dengan bantuan Raja Kaiser dan Permaisuri Leona, identiti Elizabeth dan Leah ditukar sepenuhnya. Bahkan dokumen peribadi sehinggalah wajahnya ditukar sempurna dengan keahlian sihir milik kerajaan Esta.


Bergerak dengan wajah mulus sang puteri, Vivian kian merasa lelah yang tertanggung. Seminggu tanpa tidur hanya untuk memperlajari segala ilmu mengenai kedudukan permaisuri. Gaun pengantin yang berat dan kembang, sesuai dengan jawatan yang bakal disandang, terletak elok di tubuhnya. Mahkota yang menghiasi kepala, anting-anting yang tergantung indah, bahkan digandingkan bersama rantai pusaka milik Permaisuri Leona bagi menyempurnakan penyamaran.



"Salam kepada langit Astria," senyuman indah tercetak di wajah Vivian. Akhirnya, setelah penat lelahnya, dia berjaya berdiri di hadapan sang raja. Bakal raja di hatinya. Kepalanya menunduk dengan kaki bersilang, memberi hormat kepada


Raja Alaric, pemerintah kerajaan Astria.


"Salam kembali kepada bintang Esta. Beta harap bakal permaisuri beta telah bersedia untuk memaut tangan ini, Puteri Leah," ayat yang manis didengari tetapi bukan pada riaknya. Wajah Alaric ceria tetapi mata berkata sebaliknya. Iris hijau itu dipandang lama oleh Vivian.

"Puteri Leah?" suara lembut Alaric menyapa gegendang telinga, membuatkan wajah Vivian memerah. Huluran tangan itu dipandang sepi.

"Ya, saya bersedia, Tuanku!" Vivian mencapai tangan Alaric dengan pantas dan berjalan disampingnya.



Majlis megah diikuti perarakan diraja. Hiasan mewah berserta sorakan gembira daripada rakyat jelata. Karpet merah terbentang, serpihan kertas berwarna warni terbang melayang menghiasi langit Astria yang cerah.


Bagaikan syurga baginya. Untuk berarak di atas kereta kuda, disamping lelaki yang dia cinta.

AstriaWhere stories live. Discover now