Bab 08 - MR. PSYCHO HUSBAND SEASON (2)

1K 39 23
                                    

Waktu pulang kerja sudah pun tiba. Lydia mengemas semua fail-fail yang bertaburan di atas meja. Ada sesetengah diletakkan di belakang almari, ada sesetengah dimasukkan ke dalam laci.

Setelah memastikan semua siap dikemas. Dia berjalan ke arah suis. Lampu dan penghawa dingin ditutup sebelum melangkah keluar dari bilik.

Sedang Lydia mengunci biliknya, tiba tiba ada seseorang menepuk bahunya. Lydia menoleh.

"Ish! Terkejut la akak"

Nina menayangkan barisan gigi rapi yang berpagar itu.

"Akak! Nak tahu something tak?" ujar Nina dengan teruja.

"Apa dia?" respon Lydia. Pintunya sudah siap dikunci lalu mula mengatur langkah. Dituruti Nina disebelahnya.

"Ada pesakit Nina kan yang bilik 101 tu kan.. baik gila dia akak.. tapi Nina tengok umur dia dalam fail biodata dia.. dah 31 tahun" kata Nina yang bersungguh itu.

"Oh ye? Lelaki ke perempuan?"

"Perempuan.. dia suruh Nina panggil dia umi.. tapi Nina pelik la akak.. Nina tengok dia tak ada la macam ehem sangat" jawab Nina. Dia sengaja berdehem begitu kerana tidak sanggup mahu mengatakan pesakit yang dirawat itu 'GILA'.

Lydia yang faham apa yang dimaksudkan oleh Nina itu hanya tersenyum sahaja. Bilik punchcard melangkah masuk. Lepas sahaja punchcard mereka berdua keluar dari bilik tersebut.

Kini mereka sudah pun keluar dari pintu hospital. Kerusi yang telah disediakan tempat menunggu itu dilabuhkan punggungnya.

"Sesetengah orang ada yang baik, ada yang tak boleh kawal diri dia.. tapi kalau kita layan dia elok, baik, mesra, peramah apa semua.. okay la dia.. kalau kita layan dia macam paksa paksa dia buat itu ini.. emosi dia akan terganggu lagi lagi kita cakap kasar atau sebut perkataan yang Nina ehem tadi tu" jelas Lydia kepada Nina. Nina disebelah itu mengangguk angguk kepala.

"Jadi kesimpulannya, nak jaga pesakit mental ni bukannnya senang.. hanya orang yang kuat bersabar dan penyayang sahaja yang boleh.. kalau tak ada kedua tu dalam diri dia.. memang out terus" sambung Lydia lagi.

Kepala Nina tidak berhenti dari angguk angguk tanda faham apa yang disampaikan oleh Lydia. Memang kata Lydia itu 100/100 betul. Hanya orang kuat bersabar je boleh tahan semua ni. Hebat akak Lydia.

"Pastu kan akak di—"

Pip!
Pip!

Nina berpaling ke arah kereta yang hon tadi.

"Eh? Akak, mama Nina dah sampai la.. Nina pergi dulu ye?" pamit Nina sebelum tangan kanannya naik menghulurkan kepada Lydia untuk bersalaman. Lydia menyambut.

"Bubye akak! Jumpa esok!" Nina bangun dari duduk dan melangkah ke arah kereta ibunya. Masuk sahaja dalam kereta dia melambai kecil ke arah Lydia.

Lydia mengukir senyuman dan membalas lambaian Nina. Pergi sahaja kereta ibu Nina, kini Lydia keseorangan. Kepalanya menoleh ke kanan ke kiri melihat kereta Danish. Masih lagi belum sampai. Telefon yang berada di dalam handbag dikeluarkan.

"Haihh kesiannya dia sorang sorang je dekat sini eh?"

Lydia mengangkat kepala. Mampus aku!

"Sorang je? Nina mana?"

Lydia menelan air liurnya kasar. Dirinya sekarang ni sudah gelisah semacam. Kalau Danish nampak ni mampus la dia. Dah la pasal hari tu pun masih belum selesai lagi. Ni kan tambah pulak kes ni mampus aku!

"Kenapa awak nampak macam gelisah je ni? Macam nampak hantu je saya tengok?" kata Imran yang berdiri itu.

"Err.. saya.."

Mr. Psycho Husband 2 [✔︎]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz