Bab 17 - MR. PSYCHO HUSBAND SEASON (2)

1.2K 48 25
                                    

Sedang Lydia membasuh alatan masakan yang digunakan tadi itu terjeda apabila dia kedengaran kerusi meja ditarik. Dia menoleh ke belakang.

"Eh Laura? Awalnya bangun sayang?" tanya Lydia dengan peliknya. Kalau hari cuti sekolah macam ni dia la yang paling membuta sampai tengah hari. Ni jam baru pukul 7:30 dah bangun dah.

"Laura tersilap kunci jam.. lepas tu Laura cuba la nak tidur balik.. tapi tak boleh.. Laura pun pergi je la mandi" kata Laura yang sedang mencebok nasi goreng itu.

Lydia mengangguk. Dia kembali melakukan aktiviti membasuhnya.

"Good morning"

"Good morning daddy!"

"Awalnya Laura bangun?"

"Haish daddy ni.. Laura bangun awal pun salah.. lewat pun salah.. apa yang betulnya?"

"Ye laa selalunya kalau cuti sekolah macam ni Laura tidur lagi.. tu daddy pelik tu kenapa Laura bangun awal pulak hari ni" tutur Danish. Dia juga turut mencebok nasi dan letak dalam pinggan.

Manakala Lydia yang sudah selesai membasuh alatan masakan itu dia langsung memusingkan badannya dan berjalan mendekati Danish dan Laura.

"Awak cuti jugak hari ni kan sayang?"

"Hmm"

"Haaa bagus laa.. jaga Laura okay?"

"Okay."

"Eh? Daddy tak kerja ke?" pintas Laura dengan pipinya penuh dengan nasi.

"Takk.. daddy cuti"

"Yeay! Kalau macam tu boleh la daddy temankan Laura jalan jalan hari ni!" teruja Laura dengan senyuman riangnya itu.

"Itu je dia fikir.. homework dah siap?"

"Dah! Semalam dah buat!"

Danish hanya menggerling sahaja ke arah Laura sebelum dia kembali makan. Kalau bab jalan jalan hmm memang nombor satu la budak ni.

"Alaa sayang.. bukan selalu.. lagipun bila lagi awak nak spend time dengan dia" kata Lydia.

Danish merengus kecil.

"Ye laa"

"YEAY! SAYANG DADDY!"

Danish berdecit sinis.

"Sayang Laura jugak"

Laura sudah pun tersenyum lebar. Nasi yang dimakan tadi sudah pun habis.

"Dah siap makan dah?"

"Dah!"

"Minum air tu.. lepas tu tunggu dekat kereta.. Laura nak ikut hantarkan mommy kerja kan?"

"Mesti lah nak!"

"Haa minum air tu cepat.. mommy nak letak dalam singki.. nak basuh pulak"

"Okay." Laura mula menghirup teh panas itu sehingga habis. Setelah semuanya licin dia terus lompat dari kerusi dan berlari keluar ke ruang tamu.

"Mommy! Tunggu Laura kejap! Laura lupa nak tutup suis aircond!" jerit lantang Laura yang berada di tangga itu.

"Okay!" balas Lydia. Dengan itu, dia mula mengemas bekas makanan Laura dan membawa ke arah singki.

Mr. Psycho Husband 2 [✔︎]Where stories live. Discover now