Vol.5

220 2 0
                                    

"Betul ke ni kau punya awek? Macam tak betul je... Orang lain buat air lemon dengan tu buah lemon tapi awek kau ni.... Agak pelik.." Cakap Vexio sambil mereka berempat tengok CCTV melalui computer Feoral di bilik ruang kerjanya di dalam rumahnya.

Sambil mereka memerhati setiap pergerakkan Feria, tiba-tiba Zaxier ada idea dan dia mula bisik di telinga Chriss dan mereka berdua mula senyum tahan ketawa, mereka dua ni dah kenapa? Tetibe je tersenyum-senyum?

Feoral yang ternampak senyuman mereka berdua dah rasa lain, apasal ni mamat dua orang tetibe je nak senyum? Ada yang lucu ke? Feoral yang tak sedap hati mula bertanya kepada mereka berdua dengan nada tegas yang membuat Zaxier dan Chriss terkejut.

"Apa yang lucu kamu dua tetibe je tersenyum- senyum?" Tegas Feoral bertanya kepada mereka berdua yang membuat mereka berhenti tersenyum.

"Wehh... Kau ni dah confirm ke yang dia ni pregnant? Tak kan sehari kot?" Tanya Vexio dan mereka bertiga mula merenungnya dengan muka terkejut, belum sempat lagi Vexio nak cakap dah Zaxier mula tanya.

"Betul juga... Kau dah confirm ke??" Zexior bertanya sambil mula memandang ke arah Feoral dengan muka ingin tahu sambil kening terangkat satu dan tersengih.

"Kalau dia betul-betul jadi mama kepada anak saya? Apa kau bagi? Hm?" Tanya Feoral sambil besandar di belakang sofa.

"Aku bagi kau duit dengan nilai yang besar... Apa macam?" Cakap Vexio dan mata mereka berdua terbuka luas tetapi tidak dengan Feoral, dia masih tetap santai.

"... Kalau salah..?" Mereka berdua bertanya sambil pandang mereka berdua dengan mata terbuka luas.

"Aku bagi semua syarikat aku yang ada di luar negara.. deal, Vexio?" cakap Feoral sambil tersengih, Vexio yang terkejut dengan apa yang dia cakap tadi dia masih tidak percaya.

"S-serious!? Semua? Baiklah... Aku setuju..." Vexio cakap dengan nada teruja. Siapa je tak nak? Syarikat kot!

Zaxier dan Chriss masih tak percaya apa yang mereka berdua cakap tadi, pasal itu je pun nak letak taruhan masing-masing? Kalau angka itu duit sikit takpe lah tapi ni... Memang dorang dua ni dah gile...

Try to run? | og Where stories live. Discover now