[Flashback] Vol.6

250 5 0
                                    

"Wehh... Aku bosanlah... Takde kerja ke hari ini?" Tanya Vexio sambil dia bermain pisau dengan menghayunkannya ke sisi ke sisi lain sambil mengeluh. Chriss yang melihatnya, dia menjelingnya sebelum dia memejamkan matanya semula manakala Zaxier sedang sibuk makan takoyakinya.

"Kalau bosan makan bukan nak mengeluh... Feoral ada urusan jadi dia keluar sekejap..." Cakap Chriss sambil mengunyah makanan, Vexio yang dengar apa sahaja Chriss cakap hanya berkelip mata dengan pandangan kosong dan dia keluarkan keluhan lagi.

"Kalau makan jangan bercakap... Nanti tersedak," pesan Vexio yang sedang bermain dengan pisaunya, Chriss yang baru sahaja dengar perkataan dari mulut Vexio dan tanpa sengngaja dia tersedak sayur yang ada di dalam takoyakinya.

"B-bila masa kau pandai cakap macam tu? Kau gay ke?" Tanya Chriss dengan muka terkejut dan takut sebelum dia mula minum air, kalau lah kawan aku gay, confirm aku tampar muka dia... Bagi dia sedar..

Vexio yang terdengar perkataan dari Chriss mula tengok dia dengan muka terkejut, aik? Bagi pesan macam tu pun kena cakap gay? Mamat ni dah salahpaham..

"Uishh gile ke aku nak jadi gay? Aku tambah dosa je... Aku dah cakap bagus-bagus pun kena cakap gay..." Cakap Vexio sambil memandangnya dengan muka jijik.

"Tapi cara kau cak-" belum sempat Chriss menghabiskan perkataannya, Feoral dah datang sambil makan sebiji epal dan memegang computernya.

"Bilang sekejap? Kenapa lama?" Tanya Chriss dengan muka ingin tahu dan takoyaki yang tadi dia makan sudah pun habis, manakalah Zaxier yang masih lagi tidur dengan tenang di atas meja kerja milik Feoral. Takde yang berani tidur di atas meja kerja Feoral atau pun duduk di atas kerusi kerjanya, tapi ni mamat lain sikit...

Chriss dan Vexio yang melihatnya hanya diam, tidak berani bercakap kerana takut jika mendapat hukuman seperti dulu. Feoral mula menghampiri kerja mejanya dan berdiri di sisi Zaxier yang masih tidur nyenyak di meja kerjanya.

Sebelum dia menjerit, dia berdehem dan mula menjerit pada Zaxier dengan kuat yang membuatkan Chriss dan Vexio berasa lebih takut untuk bercakap.

"Oi! Bangun! Ada meja sendiri, kan? Pergi tidur di meja kau!" Zaxier yang terdengar jeritan Feoral, dah menggelabah bangun dari tidur dan terjatuh di lantai dengan kerusi kerja Feoral.

"Aduh... Sakit gile... Kalau nak cakap, cakap dengan betul! Bukan terus nak teriak orang!" Marah Zaxier sambil mula bangun dari lantai dan kerusi kerja Feoral dia bangunkan semula sebelum dia jalan ke arah mejanya.

Feoral menjelingnya dan mula meletakkan computernya di atas mejanya dan duduk di kerusi kerjanya, Chriss dan Vexio Merenung antara satu sama lain dengan muka bingung sedangkan mereka masih diam.

"Ummm... Feoral nak tengok awek kau yang kau cakap tu boleh?" Tanya Vexio dengan nada ketakutan, Feoral yang sedang membuka sesuatu pun, panggil dorang dua kemari.

Chriss dan Vexio mula menghampirinya termasuk Zaxier yang mula berdiri dari tempat duduknya dan mengikut mereka berdua dari belakang dan selepas mereka tiba di belakangnya, mereka kelihatan keliru. Video? Kami minta tengok gambar bukan video! Tapi biarlah, nanti kena marah.

"Nah... Tengok lah puas-puas sampai kamu bosan.." Cakap Feoral sambil bersandar di kerusi kerjanya, manakalah mereka bertiga di belakang Feoral.




Sorrylah kalau cringe 😭🙏🏻 sebab saya sendiri pun rasa cringe 😔..
Saya buat ni cerita sebab bosan masa cuti sekolah je... Jadi jangan kecam..
Ada sedikit perubahan hari bila saya nak post.. kalau nak tahu boleh check bio..

Try to run? | og Where stories live. Discover now