Vol.7

103 3 0
                                    

Semasa mereka berempat masih memerhatikannya di komputer Feoral, tiba-tiba Zaxier mula membuka mulut dan berkata "Weh, jom main satu permainan, nak?"

Chriss dan Vexio mula kelihatan ingin tahu apa yang Zaxier katakan sekarang manakala mereka bertiga masih berdiri di belakang Feoral yang duduk di mejanya sendiri yang masih memerhatikannya dari komputernya.

"Hah? Permainan?" Tanya Vexio sambil masih memandang Zaxier dengan wajah ingin tahu.

Ketika Zaxier ingin membuka mulut, tiba-tiba Zaxier menutup mulutnya semula sambil mula memikirkan permainan apa yang dia maksudkan sebentar tadi.

"Entahlah, aku pun tak tau..." Zaxier menjawab soalan Vexio sambil mukanya perlahan-lahan menjadi merah berasa malu, Chriss yang melihat wajah Zaxier tiba-tiba mula ketawa.

"Wehh!!! Muka dia merah! Dia blushing!" Chriss berkata sambil terus ketawa, Zaxier yang mendengar apa yang Chriss baru sahaja katakan tiba-tiba mukanya mula menjadi lebih merah dan dia mula menutup mukanya dengan tapak tangannya.

"Diamlah! Aku bukan blushing lah!" Kata Zaxier dengan nada tegasnya sambil terus menutup mukanya dengan tapak tangan.

"Dia blushing! Feoral! Zaxier blushing!" Kata mereka berdua dengan nada mengusik apabila Zaxier mula berasa menjengkelkan sambil terus menutup mukanya dengan tapak tangannya.

Feoral yang mendengar itu mula tergelak perlahan apabila dia mula menoleh untuk melihat mereka bertiga di belakangnya manakala Zaxier masih menutup mukanya dengan tapak tangannya apabila telinganya mula merah.

"Dahlah... Aku nak pergi minum air.." Kata Zaxier sambil cepat-cepat keluar dari bilik kerja Feoral dan pergi ke dapur untuk minum air, mukanya masih merah termasuk telinga.

Semasa Zaxier berjalan dalam perjalanan ke dapur, langkahnya tiba-tiba terhenti apabila dia secara tidak sengaja mendengar sesuatu dari dapur.

Memandangkan rumah Feoral sangat sunyi, bunyi kecil pun boleh jadi kuat. Dia hanya berdiri di sana tidak terlalu jauh dari dapur sambil dia mula terlalu berfikir dan sambil dia terus berfikir, semakin dia takut.

Zaxier menarik nafas panjang dan menghembus nafas panjang, semasa dia mula meneruskan langkahnya, tiba-tiba Arnold keluar entah dari mana sambil mula menyentuh bahu Zaxier.

Zaxier tiba-tiba merasakan seseorang menyentuh bahunya, dia cepat-cepat menoleh, kerana dia hanya ingin menampar orang itu. Arnold pantas memegang pergelangan tangan Zaxier sambil kelihatan keliru.

"Ish! Kau ni! membuatkan aku terkejut je!" Marah Zaxier sambil dia mula berdehem.

Arnold yang masih kelihatan bingung mula bertanya kepadanya "Hah? Kenapa aku pula? Bila masa aku terkejutkan kau?"

"Habis tu? kau keluar dari mana? Takde pun aku nampak kau keluar dari mana-mana bilik?" soal Zaxier sambil mula kelihatan keliru.

"Oh, aku baru je dari bilik air," kata Arnold sambil mula berjalan menuju ke dapur meninggalkan Zaxier di belakangnya yang masih kelihatan keliru.

Try to run? | og Where stories live. Discover now