Bab 49

102 4 0
                                    

"Abang?" Aariaz membukakan semula matanya yang baru saja ingin terlelap. Dia berdehem kecil.

Sesaat roh Aariaz keluar dari badan mencecet masuk semula ke jasad apabila dadanya dipicit-picit oleh Mia. Baru beberapa minit dia terlelap selepas menyelesaikan beberapa laporan untuk mesyuarat esok. Kepalanya rasa berpinar apabila bangun secara mengejut.

"nak dengar abang nyanyi please..." Mendayu-dayu suara Mia memujuk suaminya.

Berkerut dahi Aariaz. Barangkali tidak suka tidurnya diganggu.

"tidur sayang, esok abang ada meeting dengan khalish" pujuk Aariaz lembut selepas melihat kearah jam telefonnya. Pukul 2.30 pagi.

"sayang rasa tak selesa lah abang" jelasnya.

Ines selalu manjakan dia dengan kemewahan sebab tu dia tak biasa tidur atas katil kayu dengan tilamnya yang agak nipis sikit. Mereka berdua berada dikampung kawan Aariaz. Entah siapa namanya tadi. Suaminya kata, dia kena berubat. Dia pun tak tahu dia sakit apa. Em. Dan masalahnya sekarang bukan mahu sombong atau apa cuma dia tak selesa tidur dengan tiada penghawa dingin, tilam dan bantal yang kurang empuk, dan em sudah banyak kali dia menepuk kulitnya apabila nyamuk mengigit.

"abang Mia nak dengar abang nyanyi" suara Mia mula berubah parau.

Terus terbuka luas matanya apabila mendengar isterinya menangis tersedu-sedan.

"okey abang nyanyi. Sayang tidur semula okey" pujuk Aariaz sebelum menarik Mia kedalam pelukannya dan lengannya dijadikan bantal untuk Mia.

Dirasakan isterinya sudah selesa. Mulutnya mula terbuka.

"Ma'quulih habbaytak, Aazawqii laa aytak, Ba'yuunii fintaw bas" tenang rasanya dada Mia mendengar suara Aariaz dicuping telinganya.

Aariaz yang perasan dada isterinya mula berombak tenang kembali, tersenyum nipis. Rambut coklat isterinya digenggam lembut dan dibawa ke hidungnya untuk dihidu lama. Dia jatuh cinta berkali-kali pada gadis dipelukannya sekarang.

"Layaali layaali....A'm bishar layaali, Wisytaqlik min duun maa his....oooh, Albi ya albi, Triknii yaa albii, Misy waqta hellaq irjà hab, Hillaq maa fiyii....Wa mannab eedayyii, Maa ba'rif syuq shorluh hal-alb ...hal-alb"

"sedapnya suara abang" Aariaz hanya tersenyum nipis mendengar pujian isterinya itu.

Mulut ditekup apabila mulutnya mula menguap. Matanya yang terasa berat itu ditahan dari terpejam. Karang dia tertidur satgi ada awek mengamuk.

"selesa tak?" belakang tubuh badan Mia diusap lembut.

Mia menganggukkan kepalanya.

"dah sambung tidur balik" Mia memandang wajah letih suaminya.

Dia rasa bersalah tapi matanya memanah tajam kearah suaminya.

"Abang kenal Khalisha?" Tanya Mia tiba-tiba.

"kawan baru sayang?" soalnya sambil matanya terpejam.

"Bukan" dada lelaki tersebut ditepuk.

"Dia anak mak cik alang, adik kawan abang tadi tu" jelas Mia.

Geram juga Mia dengan perangai suaminya yang tak suka ambil peduli tentang orang lain. Bak kata Aariaz. Selagi bukan sayang, abang tak peduli, dia nak mampus ke, tersedak air liur ke, tersodok babi ke. Not my business! Tapi haish. Dia bencikan tatapan Khalisha layangkan untuk suaminya tadi. Tsk. Kau tunggu esok pagi minah.

The Beautiful Waiting[C]Место, где живут истории. Откройте их для себя