MASUK hari ketiga, luka-luka kecil telah sembuh termasuk luka di tapak tangan. Sedikit lega kerana tapak tangan tidak perlu dibalut lagi. Kalau tidak tergaru-garu kerana gatal. Namun luka besar di badannya mengambil masa untuk pulih. Kakinya yang terseliuh dah boleh jalan sedikit setelah diurut-urut oleh jiran kepada kawan baik arwah mamanya.
Sepanjang Darla duduk menumpang di dalam rumah tersebut, si kembar iaitu Jebat dan Hafiz melayannya dengan ramah. Ibu mereka pula melayannya terlebih kasih sehingga dia berasa segan.
Kelibat si anak sulong langsung tidak dapat di jejak.
Enriko.
“Darla? Awak termenung apa?”
Si gadis menoleh ke sisinya, senyum kecil.
“Hafiz, saya tengok kebun ibu awak. Nyaman sangat,” balasnya.
Benar, duduk di kawasan kebun bunga dapat menenangkan hatinya. Pukul lapan pagi tadi dia bergerak ke halaman tepi rumah untuk mengambil angin kerana mempunyai kolam ikan, kebun bunga dan sayur. Buat kali pertama hatinya rasa tenang.
Sebelum ini di rumah jahanam, pagi-pagi dia bangun dalam kelaparan. Luka yang tidak dirawat kerana disebat pakai tali. Kesalahannya? Dia sendiri tidak tahu. Setiap perbuatannya, ada sahaja kesalahan yang mengundakan sebatan, tumbukan atau sepakan. Siapa kata dia tak nangis? Nangis sehingga tiada lagi air mata terkeluar.
Darla geleng.
Meremang bulu romanya.
“Ibu memang suka berkebun. Semua ini saya yang susun sebab ibu tak larat nak angkat. Nak harapkan Jebat, memang lambet lagi jawabnya. Lepas itu, saya yang reka bentuk kawasan kebun ini. Yang awak tengok semua ini saya yang reka,” jelas Hafiz bersungguh-sungguh.
Darla tergelak kecil.
Hafiz sengih malu, menggaru kepalanya.
Pak.
“Adoi!”
“Banyaklah kau reka kawasan. Aku yang reka,” celah Jebat serentak menampar bahu kembarnya kuat.
Darla gelak lagi.
“Maaf ya, Miss Rapunzel. Saya yang reka kawasan kebun ini. Yang miss nampak kolam dua lubang besar ini inspired daripada lubang hidung besar dia ini,” sambung Jebat lagi.
“Ini sekali sedut udara, nyamuk pun lepas masuk.”
“Woi!”
Gelak sakan si gadis.
Jebat menjauhi kembarnya.
Hafiz menaikkan jari yang tidak sepatut ditunjuk ke arah kembarnya.
“Hafiz! Ibu nampak!” Puan Roslina menjerit dari dalam rumah.
“Ibu nampak saja,” gumam si kembar berambut kerinting.
Jebat menolak kembarnya kemudian memandang si gadis serius. Tiada lagi senyuman.
Darla menelan air liur.
“Riko nampak jumpa awak.”
“S-saya?”
“Yes. Dia ada dekat ofis, tingkat tiga.”
“Abang awak ada dalam rumah selama ini?”
Kedua-dua si kembar memandang antara satu sama lain kemudian mengangguk pelik. Kening mereka bertaut hairan.
“Ada. Riko sentiasa busy. Dia prefer bekerja dalam ofis rumah,” jelas Hafiz.
“Kenapa dia nak jumpa saya?”
“Kami pun tak tahu.”
Si gadis mula rasa berdebar.
Dia ada buat kesilapan besar ke?
Darla mengigit kukunya.
Bersambung...
18 MEI 2024
YOU ARE READING
Deceitful Gaze
Romance[⚠️TW : SA, Abuse, Violence, Self-harm.] Kawan? Tidak. Musuh? Ya. Mati? Ya. DARLA MAYISA tidak akan berhenti berlari, jikalau kebebasan bermaksud kematian maka kebebasan menjadi pilihannya. Tidak sangka masih dapat membuka mata setelah memikir keg...