H U D A N I A L L | 26

21 5 0
                                    

Huda terkebil-kebil melihat tangan yang menghulurnya satu bun. Tangan sahaja yang nampak. Muka orang tu samar-samar.

Tiba-tiba perut Huda berkeroncong tanda dia memang benar-benar lapar. Tanda membuang masa, laju sahaja tangan mencapai roti bun itu. Setelah dia mengambil roti bun itu, tangan tadi automatik menghilang.

"Aik? Mana dia pergi?" soal Huda sambil matanya melilau mencari pemilik tangan tadi namun tiada. Matanya akhirnya tertumpu kepada roti bun ditangannya.Dia menarik nafas sedalam-dalamnya.

"Hmm sedapnya bauu," gumam Huda perlahan. Basmalah dibaca sebelum dia mula menggigit sedikit roti. Terpejam matanya menikmati kesedapan roti bun itu.

''Hmm, roti kelapa!" Mulut itu sakan mengunyah roti bun kelapa itu. Huda membuka mulutnya luas untuk gigitan kedua dan...

"Argh!" suara erangan seseorang kedengaran samar-samar dipendengarannya. Huda terdiam sebentar.

"Bunyi apa tu?" gumam Huda perlahan. Malas mahu berfikir lebih panjang, Huda memutuskan untuk sambung memakan roti bun itu dan sekali lagi dia terdengar suara erangan seorang lelaki.

"Argh! Princess!!" Huda terus tersedar daripada mimpinya. Dengan muka yang masih mamai, dia menoleh ke sebelahnya dan figura suaminya sedang memegang perut memenuhi kornea matanya.

"Hubby...." Huda menyengetkan kepalanya.

"...kenapa?" Tengku Daniall memandang isterinya yang kelihatan masih tidak sedar akan perbuatannya.

"Princess, gigit perut hubby ke-kenapa?" soal Tengku Daniall dengan wajah yang berkerut menahan sakit diperutnya akibat digigit oleh isteri comelnya. Tahulah perut kita ada sixpack, janganlah main gigit-gigit. Nasib sayang!

"Hah?! Omo?! Sorry, saya tak perasan!" kalut Huda bergerak mendekati suaminya. Perut suaminya ditilik. Allahu, merah!

"Tadi saya mimpi makan roti. Sedap! Tapi itulah, hubby kacau. Saya baru nak habiskan sebab sedap." sambung Huda lagi lalu mencebik kecil. Kepala ditundukkan kebawah.

Tengku Daniall tergelak kecil melihat wajah isterinya. Hilang terus rasa sakit.

"Roti apa?" soal Tengku Daniall. Huda mengangkat wajahnya lalu memandang wajah tampan suaminya lama.

"Roti kelapa."

"Jom, siap-siap cepat. Kita cari roti kelapa nak?" ajak Tengku Daniall. Huda sudah bersorak keriangan.

"Terima kasih!"

***

"Sedap?" soal Tengku Daniall lalu mengerling isterinya disebelah. Huda yang sedang mengunyah roti bun kelapa mengangguk kepalanya laju.

"Sedap sedap sedap!" jawab Huda dengan mulutnya yang penuh dengan roti kelapa. Tengku Daniall menggelengkan kepalanya perlahan.

"Hubby," panggil Huda. Tengku Daniall menggumam perlahan.

"Jom pergi jumpa umi, saya rindu umi dengan budak-budak tu." ajak Huda dengan wajah yang sengaja dicomelkan. Mata bulatnya dikerdip-kerdip berkali-kali.

"Princess rindu diorang je? Tak rindu hubby ke?" soal Tengku Daniall sengaja mahu mengusik isterinya.

"Tak, sebab hubby ada dekat depan saya. Buat apa nak rindu?" jawab Huda selamba lalu sambung menggigit roti kelapa. Tengku Daniall mencebik kecil.

"Kalau macam tu, tak payah pergi jumpa umi lah." ujar Tengku Daniall dengan nada seakan-akan merajuk. Huda terkebil-kebil melihat suaminya. Aik? Pasal tu pun merajuk?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 18 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DANIALL'S PRINCESS  ||  OGWhere stories live. Discover now