Chapter 14

55 7 1
                                    

Mata bersinar-sinar melihat slip keputusan yang baru diserahkan oleh Cikgu Luqman yang merupakan guru kelas aku. Cikgu Luqman tersenyum melihatku yang masih terkedu.

10A+. Alhamdulillah Ya Allah..

"Tahniah Evara!" Ucap Cikgu Luqman dengan ceria, aku berterima kasih sebelum berlari ke arah Qhaleef yang sedang bersandar pada kerusi, matanya tak lepas menatapku.

"Qhaleef!!" Panggilku dengan nada teruja, aku menggoncangkan lengannya.

"Berapa?" Soalnya.

"Rm 10 ribu!!" Ucapku, Qhaleef telah membuat perjanjian yang dia akan memberi aku seribu jika aku mendapat 1A. Wajahnya berubah ceria. Badannya terus menegak.

"Congrats my lady!" Ucapnya. Aku menghulurkan tangan kepadanya, sebelah kening ternaik ke atas.

"Bak bak!" Ujarku.

"Kau gila nak suruh aku bagi cash kat sini?" Dahiku dijentik perlahan.

Bunga-bunga yang baru sahaja diterima kupeluk, membawanya ke mana mana di mall, time to hunting free food! Kebiasaannya banyak kedai yang akan memberi makanan percuma kepada pelajar yang baru mendapat keputusan SPM, akulah itu. Dengan bangga aku membawa sehelai kertas yang bertulis "Tahniah 10A+". Orang-orang yang lalu tak lepas menjelingku, sebetulnya melihat result SPM aku ini.

"Kau ni tak malu ke?" Soal Qhaleef di sisiku. Tangannya disilangkan ke dada seperti biasa.

"Malu kenapa? Dapat 10A+ kot nak malu apa?" Balasku dengan sombong.

"Ha kau dah dapat result, bila nak kawin ni?" Soalnya, kepala terus tertoleh ke arahnya.

"Gelojoh." Perliku.

"Memang pun, siapa suruh cantik sangat." Balasnya. Aku mengendahkan Qhaleef dan mendekati gerai Llaollao, Qhaleef membuntuti langkahku.

"Nak jumpa atuk aku?" Soal Qhaleef yang sedang memandu kereta.

"Buat apa?" Soalku.

"Kawin dengan dia." Usiknya, wajahku terus mencebik. Tidak puas hati. Qhaleef pula sudah menggelakkan tingkahku.

Sesampainya kami di perkarangan rumah datuk Qhaleef, aku sempat terkagum dengan kemewahan rumahnya. Banglo dua tingkat berwarna putih tampak gah dari segi sisi. Betul ke rumah atuk dia ini?

Terlihat seorang lelaki sedang menunggu kami di hadapan pintu masuk. Kami keluar dari kereta dan mendekatinya. Senyuman manis diberikan kepada kami.

"Assalammualaikum tok.." Ucapku.

"Waalaikummusalam, jadi ini Evara ya? Qhaleef selalu bercerita fasal kamu tahu?" Balasnya, aku tersenyum kecil. Pipi sudah berbahang, malu.

"Eh Tok, janganlah bagitahu!" Ucap Qhaleef dengan nada manja, datuk Qhaleef terus tergelak. Dia menjemput kami masuk ke dalam rumah.

"Atuk memang duduk seorang je ke?" Soalku. Dia menggeleng.

"Taklah, ada tokma dekat atas." Balasnya, aku mengangguk tanda faham, tak lama itu terlihat seorang perempuan menuruni anak tangga.

"Eh ini Evara ya?" Soalnya dengan nada ceria, tubuhku didekatinya. Aku mengangguk dan menyalam tangannya.

"Berapa umur kamu tahun ini?" Soal Tokma.

"18 tokma." Balasku dengan nada lembut.

"Muda lagi, macam manalah boleh sekat dengan Qhaleef yang dah tua bangka ini ya?" Usik tokpa, bahu Qhaleef ditepuk. Aku tertawa kecil

"Qhaleef yang paksa tok." Jawabku.

"Elok sikit eh, kau pun nak kan?" Bantah Qhaleef, sekali lagi bahunya ditepuk.

Evara Myrlana | OgWhere stories live. Discover now