"Our happy ending is everybody's happy ending." Evara Myrlana, seorang gadis lemah lembut yang baru sahaja berumur 17 tahun namun kehidupannya tidak seindah anak gadis pada umumnya, Evara seringkali dibelasah teruk oleh ayah tirinya Hazrul yang sedang dalam keadaan mabuk mahupun tertekan akibat kalah berjudi. Suatu hari tika Hazrul yang baru pulang dari bermabuk-mabukan bersama wanita telah melakukan sesuatu diluar jangkaan Evara. Dirinya trauma dengan apa yang sudah terjadi. "Kalau kau bagitahu polis tentang hal ini, aku takkan lepaskan mak dengan adik kau macam itu je, aku sendiri akan bunuh mereka, biar engkau merana seumur hidup!" Secara tidak sengaja, mereka bertemu semula setelah beberapa tahun berpisah. Qhaleef Al-Hendra merupakan musuh ketat Evara tika mereka berjiran dahulu, sikap Qhaleef yang seringkali menghina dirinya kerana ayah kandung Evara telah mati ditembak polis tika sedang melarikan diri bersama sejumlah besar kokain membuatkan Evara membenci lelaki itu. "Aku tak perlukan pertolongan engkau pun, Qhaleef. Kenapa kau baik dengan aku? Bukannya dulu kau paling benci aku? Kenapa sekarang kau tak hina aku macam dulu?" - Evara Myrlana. "Kahwin dengan aku Evara, I'll save you." - Qhaleef Al-Hendra. Untuk menyelamatkan dirinya daripada ayah tirinya, Evara terpaksa berkahwin dengan musuh ketatnya sendiri. Tidak disangka, kehidupannya selepas berkahwin jauh lebih baik daripada dikurung di dalam rumah keluarganya sendiri. Dikeranakan keputusan SPM Evara yang sangat memuaskan, Qhaleef menyuruh Evara untuk menyambung pelajaran diluar negara kerana tidak mahu menyia-nyiakan peluang yang ada. Setelah lama berdebat akhirnya Evara bersetuju untuk menyambung pelajaran di luar negara. 3 tahun kemudian... Satu persatu rahsia akhirnya terbongkar, mampukah Evara menghadapi kebenaran yang pahit itu?