31

133 7 0
                                    

Dua Bulan kemudian, kini Naufal hanya memerhati jam dinding. Jarum jam menunjukkan pukul 11:50 minit malam. Kini, Nayla tidak balik dari tempat kerjanya.

Rasa gelisah muncul di dalam hatinya. Tidak pernah Nayla balik terlalu lewat. Mesejnya tidak dibalas. Panggilan juga tidak diangkat.

"Love, Ya Allah angkat la call ni,"kata Naufal. Kakinya bergoyang tidak tenang. Tiba-tiba ada cahaya lampu menebusi sliding doors.

Naufal dengan cepat melangkah keluar dari rumahnya. Nayla keluar dari kereta. Nayla terkaku saat melihat Naufal tercegat dihadapan pintu masuk.

"Abang ... Tak tidur lagi ke?" soal Nayla. Kepala yang tidak gatal itu digaru. Aduh.

"Macam mana Abang nak tidur ha? Love pergi mana? Kenapa lambat sangat balik? Dan kenapa tak jawan mesej dan call Abang?" Naufal terus menanyakan soalan itu saat Nayla langkah masuk ke dalam rumah. Nayla keluh kecil.

"Jalam tadi sesak. Love nak mesej Abang tapi bateri habis. Nak charge tapi charge tertinggal dekat office," balas Nayla. Telefon bimbit yang sudah mati itu ditunjukkan kepada Naufal.

"Ya Allah, Abang fikir tadi ada apa-apa jadi dekat Love tau," kata Naufal. Lalu mengheret Nayla duduk diatas sofa empuk itu. Manakala, Naufal melutut dihadapan Nayla.

"Ala, maaflah ...." Nayla merenung anak mata Naufal sedalamnya. Sambil itu, mata dikedipkan berkali-kali.

Serta-merta hidungnya dicubit oleh Naufal. Nayla mengadu sakit. Lain pula, Naufal tertawa kecil.

"Dah tau Abang tak boleh tengok muka minta perhatian dia tu. Tunjyk juga. Ha itu makan dia, " ujar Naufal. Bibir dicebik. Nayla tersengih. Pandaikan aku.

"Jom masuk tidur. Penat sangat ni," ajak Nayla. Kepalanya direhatkan diatas bahu bidang Naufal. Naufal tersenyum nakal.

"Ini penat ke apa ni?" soal Naufal.

"Penatlah," balas Nayla sambil kepalanya digesellkan pada leher Naufal. Sengaja ingin menggoda. Aduh, sudah gila ni.

"Tolong angkat," kata Nayla. Tangan didepakan ke hadapan. Naufal senyum lebar.

Yaey!bini minta dukung. Kau ada? Tak ada, hm lemah!

Naufal lantas mencempung tubuh kecil itu masuk ke dalam bilik tidur mereka.

.

.

.

Nayla memandang satu alat Ujian kehamilan. Hatinya berdebar-debar ingin melihat keputusan itu. Alat itu diletakkan di atas sinki.

Hatinya cuba bertenang. Tidak boleh menggelabah. Tenang.

Alat itu dicapai semula dengan tangannya menutup satu kawasan. Matanya menumpu pada kawasan situ sahaja. Perlahan-lahan tangannya disingkirkan dari alat itu.

Alangkah terkejutnya dia, di alat itu tertulis Pregnant and 2 weeks. Jadi Nayla mengandung? Dah nama pun pregnant dalam bahasa melayu mengandung. Matanya mula rasa bahang. Ya Allah...

Perutnya yang kempis itu dipegang. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah. Hatinya yang tadi berdebar kini bertuka kepada teruja.

Teruja ingin menyambut cahaya mata yang pertama. Teruja ingin menjadi seorang Ibu. Teruja.

Tok...

Tok...

Tok...

"Love? Dah ke? Kalau dah Abang nak masuk ni. Nak buang air. Tak tahan, " kata Naufal. Telinga dilekapkan pada pintu tandas. Nayla menyimpan alat ujian kehamilan itu di dalam poket seluar.

Tangan dibasuh sekali dengan lantai tandas itu. Dijirus sedikt sahaja. Lalu dia membuka pintu tandas dna tersembul wajah tampan Naufal.

Nayla langkah keluar dari tandas. Tanpa cakap banyak, Naufal terus sahaja masuk ke dalam tandas. Sebaik sahaja pintu tamdas ditutup.

Nayla mengeluarkan alat ujian kehamilan dari poket seluarnya. Senyuman terbit dibibirnya. Perutnya diusap lembut.

Alhamdulillah...

.

.

.

Naufal merempuh pintu masuk rumahnya. Wajahnya sudah merah padam. Menahan amarah.

Kakinya berhenti melangkah saat melihat seorang gadis keluar dari bilik bersama seorang lelaki. Gadis itu ialah Aara Nayla. Hatinya bagai dihiris.

Telefon bimbit digenggam erat. Tadi dia mendapat gambar Nayla membawa masuk lelaki ke dalam rumah. Dia balik ke rumah ingin memastikan dan ia betul.

"Macam ni ke kerja kau?" soal Naufal menyentakkan Nayla. Dua orang itu mengalihkan pandangan ke arah Naufal. Air mata jantannya sudah bertakung.

"Abang ..." Nayla memanggil Naufal. Dia berjalan mendekati Naufal.

"Abang, buat apa dekat sini?" soal Nayla kembali. Jam menunjukkan pukul sembilan pagi. Awalnya Naufal balik.

"Kenapa Love bawa dia masuk rumah kita?" soal Naufal. Soalan Nayla dibiarkan berlalu. Nayla menelan air liur kesat.

Naufal menikam anak mata Nayla dan lelaki di belakang Nayla. Nayla memegang lengan sasa Naufal.

"Kaki Love terseliuh masa berlakon tadi. Zayn tolong hantarkan," sahut Nayla. Naufal ketawa kecil. Dia melabuhkan punggung di kerusi.

"Hantarkan sampai masuk ke rumah?" bidas Naufal. Nayla menelan air liur lagi sekali.

"Zayn, awak boleh balik dulu," ujar Nayla. Zayn menjatuhkan kepala lalu beredar. Nayla berjalan mendekati Naufal.

Nayla terus sahaja melabuhkan punggungnya di peha Naufal. Terkejut Naufal dengan tindakan tersebut. Nayla memegang kedua-dua belah pipi Naufal.

"Tadi Love tak beri dia masuk. Tapi dia kata yang dia nak hantar Love sampailah Love masuk ke dalam rumah. Love tak tahu pun yang Zayn tu masuk dalam rumah ..." jelas Nayla. Naufal melihat reaksi wajah Nayla. Mencari keikhlasan.

"Abang percayalah Love. Love tak ada niat pun nak bawa Zayn tu masuk. Dahlah kulit selekeh. Memang taklah. Bukan ciri-ciri suami Nayla ya," sambungnya lagi. Naufal sedikit terpujuk dengan kata-kata Nayla. Namun, dia masih tidak balas.

Nayla pandang wajah Naufal. Sambil itu, tangannya menguis rambut Naufal. Diteliti wajah tampan itu.

Dalam hati dia sudah meminta Naufal untuk percaya. Kalau tak percaya, dia merajuk setahun.

"Okaylah, Abang percayakan Love," kata Naufal. Bibirnya mencium dahi licin Nayla. Tangannya mengusap kening Nayla.

Nayla senyum lebar. Alhamdulillah, Naufal percaya terhadapnya.

"Abang jom kita tengok movie nak tak?" ajak Nayla. Sebenarnya dia tiba-tiba terfikir nak tengok cerita seram bersama Naufal.

"Nak tengok cerita apa?"

"Cerita seram?"

"Awal lagi lah Love," balas Naufal. Nayla membuat muka cemberut.

"Kita tengok cerita kartun ajelah," ujar Nayla. Senyuman masih terukir di bibirnya. Naufal menjatuhkan kepala sebelum tangannya mencapai remote Television.

"Yaey! Thank you Abang," ujar Nayla. Naufal senyum lebar melihat gembiranya isterinya ini. Semoga Nayla selalu gembira ya Love.

Bersambung

My Love (OG)Where stories live. Discover now