32

114 3 0
                                    

Tiba malamnya, Nayla memakan keropok yang disuap oleh Naufal. Sedapnya Naufal suap! Gatal.

"Abang," panggil Nayla secara tiba-tiba. Naufal mengumam kecil tanpa pandang Nayla. Nayla pusing menghadap Naufal.

"Abang nak baby tak?" soal Nayla. Tersedak Naufal mendengar pertanyaan Nayla. Cawan yang berisi air kosong dicapai lalu di teguk airnya.

"Mestilah nak," balas Naufal. Nayla sudah senyum malu. Dia sebenarnya ingin memberi kejutan untuk Naufal.

"Jadi tutup mata," usai Nayla kata, Naufal memejamkan mata walaupun dalam hatinya penuh dengan tanda tanya. Nayla mengambil sesuatu di bawah bantal sofa sebelum di tunjukkan hadapan Naufal.

"Open your eyes," Naufal perlahan-lahan membuka mata. Mata yang tadinya biasa kini membulat. Wajah Nayla dipandang ingin kepastian.

"Honey, is pregnant? " soal Naufal meminta kepastian. Nayla menjatuhkan kepala. Alat ujian kehamilan diserahkan kepada Naufal.

"Love tahu bila ni?" soal Naufal. Nayla berfikir sejenak.

"Rasanya dua hari lepas," balas Nayla. Naufal terus mendakap tubuh Nayla. Hatinya kini penuh dengan perasaan gembira.

Alhamdulillah.

Pelukan dirungkaikan. Telinga diletakkan di perut kempis Nayla.

"Baby?" panggil Naufal. Nayla ketawa kecil. Rambut Naufal diusap lembut.

"Thank you, Love. Thank you very much," kata Naufal lalu mendakap tubuh Nayla lagi sekali. Mereka tidak berhenti mengukir senyuman.

Tiba-tiba terdengar bunyi notifikasi dari telefon bimbit Nayla. Nayla menjenguk sekilas telefon bimbitnya sebelum tersenyum sinis.

Sudah masuk perangkap.

.

.

.

"Seriously? Nayla mengandung?" soal Datin Nurul. Mulutnya di tutup oleh tangan Dato Farez akibat menyoal terlalu kuat suara. Nayla menjatuhkan kepala.

"Alhamdulillah, dah berapa hari?" soal Dato Farez. Naufal memegang erat pinggang ramping Nayla.

"Dua minggu," balas Nayla. Sepasang suami isteri itu menguntumkan senyuman dan tidak berhenti mengucapkan kalimah suci Alhamdulillah. Naufal mencium sisi kepala Nayla.

"Ha Naufal!" panggil Datin Nurul secara tiba-tiba. Naufal pandang Datin Nurul. Terkejut titew.

"Kamu tu! Jangan biarkan Nayla buat kerja seorang diri. Kena ada di samping Nayla sepanjang masa tau. Makan Nayla kena jaga. Apa yang Nayla mengindam kamu kena tunaikan," pesan Datin Nurul tegas. Naufal terangguk-angguk.

"Ha kamu pun Nayla, jangan makan masam-masam. Jaga cucu mama tu. Jangan buat kerja berat-berat. Nanti yang berat tu bagi je dekat Naufal," pesan Datin Nurul kepada Nayla. Sempat dia berseloroh. Naufal terkejut mendengar namanya. Namun, direda juga bila dipesan begitu.

"Baik Mama, "ujar Nayla. Dato Farez hanya senyum nipis sebelum sambung membaca surat khabar. Datin Nurul memandang sekilas Dato Farez yang di sebelahnya.

"Ha yang Abang ni? Tak ada benda nak pesan dekat menantu dengan anak ni?" soal Datin Nurul. Dato Farez mengerut dahi.

"Lah, dah awak cakap semua tadi tu sudahlah," balas Dato Farez. Datin Nurul menjeling Dato Farez. Tak semangat langsung nak menyambut cucu.

Naufal dan Nayla mengukir senyum melihat ibu bapa Naufal menerima anak mereka.

.

.

.

"Uwekk!" bunyi muntah Naufal kedengaran dari luar bilik. Nayla membuka matanya untuk melihat sekeliling. Pintu tandas yang terbuka menghasilkan cahaya menarik perhatiannya.

"Abang?" panggil Nayla. Dia bangun dari pembaringan. Tandas di dekat.

"Ya Love?" sahut Naufal. Kaki melangkah keluar dari tandas. Nayla memegang lengan sasa milik Naufal. Membantu Naufal untuk bsring di atas katil.

"Maaf disebabkan Love .... Abang dapat alahan," ujar Nayla sambil kepala menunduk. Naufal senyum nipis lalu memegang pipi mulus Nayla. Menyuruh Nayla untuk balas pandangannya.

"Dengar sini ya, Abang tak kisahlah pasal alahan ni. Kalau Love je bawa baby lepas tu Love je yang dapat alahan. Tak adillah macam tu. Love bawa anak kita. Abang dapat alahan. Itu baru adil. Abang sanggup dapat alahan apa-apa janji Love dengan baby sihat je, " kata Naufal. Nayla mengukir senyum lebar. Dia memeluk tubuh Naufal sebelum dirungkaikan.

"Abang, nak ketam masak lemak boleh?" sampuk Nayla secara tiba-tiba. Mungkin rasa mengindamnya sudah tiba. Naufal membulat matanya.

"Love, sekarang pukul satu pagi. Mana nak cari ketam ni? Esoklah ya?" pujuk Naufal. Nayla membuat muka cemberut. Tadi kata tak kisah pasal alahan. Maksudnya mengindam pun tak kisahlah.

"Love ada belilah tadi ketam,"kata Nayla. Naufal lagi sekali membulat matanya. Namun hanya sekejap.

"Okay jom, ketam masak lemak ya? Abang paling handsome ni masakkan untuk Love," ujar Naufal lalu bangun dari pembaringannya semula. Tangan Nayla di tarik untuk mengikutinya. Nayla pula hanya mengikut sahaja bagai lembu di cucuk hidung.

"Sayang Abang,"

"I love you too,"

Bersambung

Macam pelik je cerita ni makin lama. Hm rasa nak buat ada penyondol lah. Lepas tu dah lah pendek. Hambar pula tu. Ish ish ish.

By the way, sampai sini okay ke story ni? Cer komen sikit jangan bagi sunyi je. Kalau ada salah tatabahasa tegur je :)

Sekian.

My Love (OG)Where stories live. Discover now