PROLOG

956 41 7
                                    

"Wanna be my boyfriend?"

3 kali jumpa, Hessa buat kerja gila. Dah tawarkan lelaki asing jadi boyfriend dia. Padahal selama ni, dialah yang paling jual mahal. Paling memilih. Walaupun sering kali direject, hakikatnya.. dia yang banyak reject orang.

Yang orang reject, cuma 4 orang. Yang dia reject, berpuluh orang. Boleh dikatakan memilih tahap gaban. Tapi, baru kenal 3 hari, dia dah ajak jadi boyfriend! Tak pernah-pernah dalam hidupnya.

Pertemuan pertama mereka, dekat sebuah cafe di lapangan terbang. Di mana, mereka sama-sama menikmati coffee setelah pulang ke tanah air. Masa ni, saling bermain mata.

Pertemuan kedua, dekat media sosial. Di mana, tak terjangka si lelaki follow dia dekat Instagram. Masa ni, semakin rapat. Setiap hari bertanya khabar.

Pertemuan ketiga, di parkir lot. Di mana, mereka bersetuju untuk berkawan dan berjumpa. Dan pertemuan itu, membawa ke sebuah kontrak. Idea gila tercetus tanpa sengaja.

Macam bisnes, kan? Main jual beli je...

"Sorry?"

"Be my boyfriend. For 6 months." Hessa ulang lagi. Mata ralit memerhati roman tampan si jejaka. Tampan sungguh!

Kulit putih bersih. Hidung mancung. Nasib tak setinggi KLCC. Mata bulat, bulu mata lentik. Kalah mascara perempuan! Bibir bak delima, okay! Merah-merah strawberry gitchu..

Tak payah cakap bab tinggi. Rasanya, 190 cm. Sebab Hessa cuma takat dada dia saja. Berjambang rapi, ala-ala Burak Ozcivit! Lelaki yang tepat untuk jadi kekasih contract dia! Niatnya cuma satu!

Nak show off dekat makcik-makcik bawang serta kawan-kawan yang selalu ejek dia tak laku. Yang selalu bising suruh dia cari pasangan. Dan lelaki asing ni, sangatlah sesuai untuk menyandang gelaran itu.

"Yes, or no?"

"No. Let's just be a friend. A bestfriend."

Hessa kemam bibir. Terang-terangan dia kena reject. Nampak sangat, stok-stok muka dia bukan taste lelaki kacak itu.

"No, thanks. You only have one choice. Be my boyfriend contract for 6 months. Take it or leave it." Hessa bertegas.

Kali ni, biar dia yang aturkan jalan hidup dia. Biar dia yang corakan apa yang dia mahu. Selama ini, dia biarkan lelaki yang memilih sehingga pada akhirnya dia bukan pilihan. Hanya luka yang menjadi teman.

Kali ni, biar dia pilih luka yang dia inginkan.

"We still don't know each other. So, how we can be a couple?"

"Take it or leave it." Hessa berkeras.

"Let's be a friend, first." Dia lagi berkeras.

"Then, today is our last day. I don't go out with friends. Male friends." Dia beranikan diri cakap macam tu. Walaupun hakikatnya, dia nak sangat lelaki tu setuju menjayakan plan dia.

Dia mencuba nasib pada dua kemungkinan.

Lelaki itu perlukan dia untuk hidup di negara asing ni.

Dan dia perlukan lelaki itu, untuk jayakan plan dia.

Mereka saling memerlukan. Dia bertaruh nasib pada harapan sekecil tapak tangan ini.

"I think, that silent is your answer." Hessa bingkas bangun. Putus asa.

"Wait-wait." Dan-dan si lelaki menghalang. Turut berdiri di depan dia. Hessa terpaksa melangut ke atas. Dia dah cakap dah! Lelaki tu tinggi! Sakit kepala nak kena mendongak.

"Okay. 6 months. Deal." Balas si lelaki bersahaja.

Hessa simpan senyum. Yes! Rasa nak melompat. Tapi, dia acah tenang. Kena nampak tenang. Tak boleh nampak desperate sangat.

"Any rules for this relationship?"

"Just be loyal. Don't cheat on me. If you really wanna have a lot of girlfriends, you can do that after 6 months."

"Just, that?"

"Yes." Hessa angguk. Saling berpandangan, dada berdebar halus. Bukan setakat mata je cantik. Renungan dia juga berbisa.

Macam mana perasaan jadi kacak dan cantik ni? Mesti selalu dapat perhatian orang ramai, kan?

"Okay. Deal. What should I call you? Baby?"

Mak aih! Advancenya. Menggelegak tahi telinga dengar ayat 'baby' tu. Dengan ex lama, kemain kena paksa dulu baru nak panggil.

"Or habibti?"

Arab? Hmm... tak pelik pun. Sebab rupa dia pun kearah tu.

"Just my name. Hessa."

"Okay, baby."

Hessa kemam bibir. Nama dia Hessa! Bukan baby! Belum apa-apa, dah tak dengar cakap orang. Lain yang dia suruh, lain yang lelaki tu buat. Ni spesies, suka melawan ni.

Saat yang sama, organ dalaman dah buat huru-hara. Jantung berdegup kencang macam tak hingat dunia. Rama-rama dalam perut dah mulai aktif. Ditambah lagi, perfume si dia, menyesakkan rongga hidung, buat jiwanya kacau.

Hessa syak, lelaki ni mandi dengan perfume. Bukan setakat sembur je. Sebab sebatu, dah bau perfume dia dari jauh! Sajalah tu nak pikat perempuan.

Huh!

Cebik bibir, Hessa peluk tubuh. Mulalah akal nak fikir.. betul ke apa yang aku buat ni? Kang tersalah pilihan, merana hidup.

"Don't look at me like that."

"Huh? Like what?"

"Like...you feel hungry. And you're thinking, it's nice to have me as your meal." Gabriel sengih sengit.

Nadi Hessa seakan lumpuh sesaat. Cepat-cepat Hessa pandang ke tempat lain. Berdeham kecil sambil control tenang. Walhal, gelabah mula menyinggah.

"It's getting late. I need to go now. See you next time." Hessa cepat-cepat larikan diri. Tak nak kantoi tilik anak teruna orang lagi.

Plan pertama dah selesai. Tinggal plan kedua pulak. Ajar dia jadi boyfriend idaman Hessa Rania!

Boyfriend Contract to HusbandWhere stories live. Discover now