BAB 2

374 19 0
                                    

"Tak cukup dengan kerja gila kau jadikan dia boyfriend, kau ajak dia menikah pulak? Kau ni memang saja cari pasal, kan?" Suara Mimie memekik dengar keputusan Hessa. Geleng kepala dibuatnya.

"Tak salah kalau kita mencuba, kan?"

"Cuba dengan orang yang tepat! Bukan lelaki asing yang kau sendiri tak kenal siapa dia!"

"Lelaki tempatan pun sama. Tiket kenal keluarga, bukan penentu kebahagiaan, Mimie. Aku yakin dia lelaki yang tepat."

"Yakin lelaki yang tepat, atau yakin yang dia mampu diamkan mulut adik tiri kau dengan makcik-makcik bawang semua tu? Kau pilih dia sebab nak tutup mulut orang je, kan?" Mimie serkap jarang.

Hessa diam sejenak. Tak ada yang salah dalam bicara Mimie. Itu yang sebenarnya dalam fikiran dia saat dia offer tawaran tu dekat Luth Gabriel.

"Maybe.." Cebik bibir. Dia balas bersahaja. Air milo dihirup sambil dia pandang televisyen.

Harini, dia dah mesej dekat group family yang dia bakal menikah. Dia call abah dan minta jadi wali. Semua orang terkejut. Setiap saat, ada orang mention dia dalam group. Malas nak buka. Kalau buka pun, dia dah tahu dah orang akan mengutuk.

"Kahwin ni, bukan perkara main-main, Hessa Rania. Kahwin ni, seumur hidup. Salah pasangan, kau yang merana nanti." Mimie datang dan goncang bahu dia. Nak bagi dia sedar dan waras.

Tapi, yang serabutnya.. dengan rambut-rambut dia sekali tak terurus.

"Sedarlah wahai Hessa Rania. Lelaki tu, bukan lelaki yang terbaik."

Hessa pegang lengan Mimie. Hentikan perbuatannya. Mata saling merenung. Mereka diam sejenak.

"Dia jawapan yang Allah SWT bagi dekat aku. Bukan aku tak istikarah. Bukan aku tak bertanya. Aku dah buat semuanya, Mimie. Dan hati aku yakin, dia adalah lelaki yang terbaik buat masa sekarang. Walaupun cara tak seperti orang lain. Siapa kita untuk melawan takdir-NYA?"

"Macam mana kalau kau tak bahagia? Macam mana kalau lepas kahwin, dia tunjuk perangai sebenar? Macam mana kalau dia cuma nak pergunakan kau?"

"Kalau kahwin dengan lelaki satu negara, kau yakin ke kau akan bahagia? Kau yakin ke dia takkan pergunakan kau? Yakin?"

Mimie diam.

"Bahagia ni, bukan pada negara. Bukan jugak pada tanggapan orang. Bahagia ni, bergantung pada individu. Tak kira siapa pun dia, dari mana asal usulnya.. bahagia itu, kita yang cipta. Kenapa harus ada tanggapan yang tak elok pada orang? Ex boyfriend kau.. siapa namanya? Hazim, right? Orang satu negeri dengan kau, kan? Kenapa boleh pergunakan kau? Sedangkan dia Melayu. Bukan bangsa asing?"

Mimie telan liur. Setepek kena atas batang hidung. Terus dia tarik muka. Duduk dilabuhkan disebelah Hessa. Dia tampar bahu si teman. Geram!

Dia nak nasihat, dia pulak yang kena setepek.

"Atleast, bangsa Melayu ni, kita dah kenal baik buruknya. Bangsa asing ni, kita langsung tak kenal. Potensi untuk ditipu, love scammer tu.. tinggi. Aku risaukan kau je."

"Ya, aku tahu. Aku tahu kau risaukan aku. Aku jugak tahu, kau tak nak aku terluka lagi. Dipergunakan lagi. Aku tahu niat baik kau. Tapi.. kali ni jangan risau. Doakan aku bahagia, doakan keluarga aku terima dia seadanya." Hessa tepuk bahu si teman.

Orang tahu dia nak kahwin je. Orang tak tahu apa yang mereka plan. Hanya dia dengan Gabriel saja yang tahu. Rahsia mereka berdua.

"Keluarga kau tak setuju ke dengan perkahwinan ni?"

"Entah. Aku tak baca lagi whatsapp dorang." Hessa mengerling sekilas pada skrin telefon yang masih bernyala setiap saat.

"Abah kau macam mana?"

"Dia setuju. Cukup wali aku setuju, yang lain aku tak ambil port."

Tarik nafas, Mimie sentuh jemari si teman. Bibir mengulum senyum segaris.

"Aku harap, pilihan kau kali ni, pilihan yang tepat. Aku tak nak kau merana atau bersedih. Aku tak nak tengok kawan aku sedih lepas kahwin."

"Terima kasih, Mie. Doakan aku bahagia," ujar Hessa perlahan. Sejujurnya, dia sendiri tak tahu nasib dia lepas kahwin.

Dia sendiri sedang baling dadu. Kalau mengena, bahagialah dia. Kalau tak mengena, deritalah dia.

"Aku sentiasa doakan. Cuma, hadap jelah makcik-makcik toxic kau nanti. Mesti akan mengata macam-macam."

"Aku dah get ready." Hessa sengih. Tayang muka bersahaja. Yelah! Dia buat baik pun orang mengata. Inikan pula kahwin dengan orang berbeza negara. Mahu bising satu kampung nanti.

"Sengaja aku pilih dia. Aku nak tengok sejauh mana orang akan mengata."

"Kalau aku cakap kau gila, tak salah rasanya. Sebab hanya orang gila saja buat benda macam ni. Pertaruhkan hidup sendiri." Mimie geleng kepala. Tak sangka yang Hessa akan ambil keputusan tak masuk akal sampai macam ni sekali.

Mencebik, Hessa ketawa kecil. Buat masa sekarang, dia rasa ini keputusan yang terbaik. Terbaik untuk tutup mulut orang.

Boyfriend Contract to HusbandWhere stories live. Discover now