BAB 5

323 21 0
                                    

Keluar je bilik, mata terus mencerlung pandang Erin.

"Kau jangan nak simpan niat goda abang ipar sendiri, eh!" Hessa terus warning. Dari air muka Erin pun dia dah tahu apa yang perempuan tu rancang.

"Hello, sorry sikit! Tak kebulur lagi aku nakkan suami orang. Dahlah warga asing. Muka macam penoreh getah. Lambat lagi aku nak tergoda." Erin laung kuat-kuat. Semua orang pandang mereka.

Hessa dah ketap bibir. Dia kemain control volume.

"Kenapa pulak ni? Bising-bising macam ni.. malu dekat tetamu."

"Anak mak nilah.. duk tuduh orang nak goda laki dia. Sikit pun tak hinginlah! Kalau kaya, boleh tahan jugak. Ini.. makan pun bini tanggung. Ada hati nak cakap orang kebulur nakkan laki dia."

"Betul ke, Rania?" Mata mak dah mencerlung pandang dia. Kalau usik anak tiri dia, kemain marah.

Walhal, dia anak kandung.

"Rania cuma pesan je, mak."

"Pesan ke tuduh? Kau ingat, Erin tu lapar sangat ke dengan laki kau? Kau ingat, laki kau tu kacak sangat ke? Setakat kahwin dengan warga asing, tak payah nak bangga sangatlah, Rania! Kau tahu tak, kau dah memalukan aku! Semua orang bercakap pasal kau. Terdesak sangat nak kahwin, sampai kahwin dengan pelarian!" Suara mak, bergema kuat di ruang tamu. Semua orang dah berkumpul.

"Aku tak restu perkahwinan ni. Tapi, kau degil. Kau nak jugak dengan jantan entah datang dari mana. Melayu dah pupus ke sampai kau pilih pelarian tu?" Kuat suara mak melantun. Hanya kerana dia sentuh Erin.

Mak sedar tak, anak kandungnya, adalah dia! Hessa Rania.

Erin Damia, adalah anak tirinya! Langsung tak ada pertalian darah.

"Dia bukan pelarian, mak. Kalau tak suka sekalipun, hormatlah majlis ni, mak." Sendu suara Hessa. Dada seperti dicucuk-cucuk.

Sebak mula datang bertandang.

"Sejak bila mak kena hormat anak? Kau tu yang kena hormat dengan aku! Dari kecik sampai besar, tak habis-habis menyusahkan aku! Bila dah besar, malukan aku dekat orang kampung."

"Apa yang malunya, mak? Haritu mak beria-ria suruh Rania kahwin. Mak cakap mak malu Nia tak kahwin-kahwin. Mak cakap Nia anak dara tua. Dan bila Nia dah kahwin, mak cakap Nia malukan mak dekat orang kampung. Apa saja yang Nia buat, semua tak kena di mata mak. Kenapa, mak? Kenapa?" Suara Hessa bergetar halus. Kelopak mata terasa hangat.

Selama ni, dia boleh kawal dirinya daripada menangis. Boleh pekakkan telinga. Tapi, kenapa saat ini dia rasa macam nak menangis. Hatinya, dipalit rasa sedih. Dicucuk seperti sembilu.

"Aku suruh kahwin dengan orang melayu! Bukannya orang luar yang tak tahu asal usulnya!"

"Dia pun orang melayu! Apa yang mak tak faham?"

"Mana orang tua dia? Kalau dah Melayu, kenapa orang tua dia..."

"Dia anak yatim piatu! Puas hati? Dia takde keluarga. Atau mak nak suruh orang pergi gali kubur keluarga dia, dan bawak rangka dekat sini? Macam tu baru mak puas hati?" Dek kerana geram, Hessa menjawab.

Bersama linangan air mata.

"Sebab tu aku cakap kau memalukan aku. Aku suruh kahwin dengan Ziyad anak orang kaya sebelah kampung, kau tak nak. Nak jugak kahwin dengan anak yatim piatu! Bodoh punya anak!" Marah mak seraya merengus. Masuk dapur sambil heret tangan Erin.

Dengan bangganya adik tiri dia peluk mak. Sedangkan dia?

Sedang dianak tirikan oleh mak kandung sendiri.

Boyfriend Contract to HusbandWhere stories live. Discover now