BLURB

127 5 0
                                    

Tajuk: LELAKI YANG KAU PILIH
Penulis: ZAZA QRY
Harga: RM31 / RM34
ISBN: 978-967-2902-73-7

Perkahwinan dengan rasa cinta itu tiba-tiba putus di tengah jalan. Kalau meraung pun sudah tidak berguna kerana si suami sudah melafazkan talak. Bukan satu, tapi tiga sekali gus!

Apabila tersedar, Nafis tidak dapat buat apa-apa lagi. Hidni sudah diceraikan dengan talak tiga!

Kerana cinta yang masih mendalam, Nafis buat rancangan gila. Mencari cina buta!

"Awak nak tengok saya merana ke?" - Nafis
"Awak baru terfikir, kan? Bukan senang nak cari cina buta yang betul-betul tak tahu apa. Nak cari orang gila tak sah pula nak kahwin?" - Hidni

Selepas puas dipujuk, Hidni bersetuju kerana dia juga masih cinta kepada Nafis. Walaupun mendapat tentangan daripada kawan baiknya, Isya, dan mama Hidni sendiri.

Nafis mengambil kesempatan dengan seorang lelaki yang melanggar belakang keretanya. Lelaki bernama Aydeen yang disangka seorang mekanik. Aydeen bersetuju kerana tidak mahu terlibat dengan polis. Tiba hari perkahwinan, mereka semua terkejut kerana Aydeen itu tidak seperti yang diceritakan oleh Nafis. Hidni membayangkan lelaki yang diceritakan oleh Nafis kurus kering, tapi yang muncul berbadan sasa.

"Tapi, ni hanya kisah cina buta, kan? Kau tak boleh paksa-paksa macam ni. Aku nak balik!" - Hidni
"Memanglah kisah cina buta saja. Tapi, aku tak paksa pun kau kahwin dengan aku. Kau terpaksa ke?" - Aydeen

Memang benar, Aydeen tidak akan lepaskan Hidni. Tapi, siapakah Aydeen yang sebenarnya? Macam mana Hidni nak lepaskan diri daripada Aydeen si cina buta?


Untuk melanggan & pertanyaan:
https://shopee.com.my/kedaibukudn​
http://www.wasap.my/+60132588069

LELAKI YANG KAU PILIHWhere stories live. Discover now