BAB 1

66 0 0
                                    

HIDNI melangkah masuk ke dalam rumah. Dia mencari Nafis sehingga ke dapur. Geram kerana tidak menyangka Nafis menggunakan duit yang dia simpan. Tidak sedar bila Nafis mengambil kad banknya itu.

Dia mempunyai dua akuan bank. Satu akaun untuk kegunaannya dan satu lagi untuk simpanan, bagi membeli apa saja yang dia mahukan.

"Nafis!" Hidni menjerit nama Nafis.

Dia tahu Nafis sedang mandi kerana dia dengar bunyi air daripada shower. Hidni menanti di muka pintu bilik air sambil memeluk tubuh.

Nafis keluar dari bilik air dan tersengih memandang isterinya yang sudah serupa nak menerkamnya.

"Nini baru sampai ke?" tanya Nafis sambil mengukir senyuman kepada Hidni.

Dia menghampiri Hidni.

"Awak guna duit tabungan saya buat apa?" tanya Hidni.

Dia masih kaku walaupun Nafis sudah dekat dengannya.

Nafis berdehem.

"Alah, saya guna sikit aje," balas Nafis.

"Sikit?!" Hidni mengetap giginya. Dia menjegil Nafis.

"Nanti saya bayarlah semula." Nafis masih selamba.

"Awak buat apa?" tanya Hidni lagi.

Geram kerana Nafis memandai guna duitnya.

"Buat kereta. Mekap bagi cantik lagi."

Hidni menjerit. Bukannya benda yang berguna pun. Memanglah kereta itu dapat buat mereka berlindung daripada hujan dan panas, tapi tak payahlah nak mencantikkannya. Dah serupa alien saja kereta Nafis.

Macamlah boleh bawa naik ke bulan kalau mekap bagi cantik pun. Argh! Geramnya.

"Tu kereta aje, Nafis. Kalau tak cukup duit, tak payah buatlah. Ni tak, sanggup awak ambil duit saya. Dalam diam pula tu," kata Hidni.

"Alah, duit isteri saya juga. Bukannya saya curi daripada orang lain."

"Nafis! Duit tu saya simpan tau."

"Alah, saya tahu awak simpan sebab nak beli beg tangan baru, kan?"

Hidni mengetap gigi. Memanglah dia simpan nak beli beg tangan berjenama, tapi dia tak pernah ganggu duit Nafis pun. Nafis tak patut ambil duit dia!

"Kereta tu untuk kita berdua. Tapi, beg tangan tu untuk awak seorang saja. Relakslah. Nanti saya bayar balik." Nafis masih rasa tidak bersalah kerana menggunakan duit Hidni tanpa pengetahuan Hidni.

"Awak cakap relaks? Tu duit saya. Kalau nak, beritahulah." Hidni mengetap giginya.

"Awak nak beri ke kalau saya minta?" tanya Nafis.

Dia sudah tak tahan kerana Hidni tidak berkompromi dengannya. Tetap menyalahkannya.

"Nafis, janganlah jadi macam ni. Saya bencilah."

"Oh, awak bencikan saya?" Nafis bertanya dengan muka memerah.

Geram kerana Hidni mengatakan benci kepadanya.

"Awak ambil duit saya, tak beritahu saya. Awak salah. Tapi, awak tak minta maaf pun." Hidni sedih.

"Kita suami isteri, Nini. Takkanlah berkira sampai macam tu sekali?"

"Awak curi-curi ambil."

"Awak tuduh saya mencuri?!" Nafis naik angin.

Hidni diam sambil menggigit bibir. Dia sakit hati kerana Nafis tetap tidak mengaku salah.

LELAKI YANG KAU PILIHWhere stories live. Discover now