"Make sure you check everything. I don't want to hear any complaints from them. For now.."
*Kringg.... Kringg
Nama Steven yang tertera di skrin telefonnya itu terus menarik fokus Raess. Dia tidak suka menjawab panggilan di dalam bilik mesyuarat kerana tidak mahu mengganggu fokus ketika bekerja.
Steven yang sedang menaiki ambulan menggenggam penumbuk apabila panggilannya tidak diangkat. 'Please answer Raess!' Elyana yang sudah berluran dengan darah dipandang cemas. Mereka sekarang sedang dalam perjalanan ke hospital. Selepas sahaja Elyana dilanggar, Steven terus menelefon ambulan.
"What is it? Be fas-"
"Cik Elyana kemalangan! Kami dalam perjalanan untuk ke hospital!"Tengku Raess Aedden terbungkam. Tangannya digenggam kuat habis keluar segala urat di bahagian lengan dan lehernya.Wajahnya juga bertukar bengis.
Talian dimatikan lalu Raess terus belari keluar dari bilik mesyuarat. Semua pekerja hanya melihat tanpa berkata apa-apa. Siapa saja yang berani nak bersuara bila muka lelaki itu bertukar menjadi bengis? Macam minta dipendekkan nyawa aje.
"Make it fast Haz!"
Raess dengan pantas masuk ke dalam keretanya, hatinya berdegup laju. 'Please protect her for me ya allah.' mulutnya tidak berhenti berselawat. Haz yang sedang memandu itu kerling majikannya sekilas. Jujur selama hampir 7 tahun dia bekerja bersama Raess, ini kali pertama dia melihat majikannya cemas seperti itu. Kereta terus dipandu dengan kelajuan maksima.
Steven yang sedang mundar-mandir di hadapan pintu bilik pembedahan itu terus berdiri tegak apabila ternampak kelibat Raess yang sedang berjalan menuju ke arahnya dengan laju. Bibir diketap kuat. 'Mampus-
*bukk
aku..' sambungnya di dalam hati. Cakap kuat-kuat nanti takut bertambah pesakit icu hari ini.
Tengku Raess Aedden pandang steven yang sudah terjelupuk di atas lantai akibat terkena tumbukannya itu dengan tajam. Baju steven dicengkam kuat lalu steven ditenung garang sebagai tandanya untuk meminta penjelasan.
Steven hanya menundukkan kepalanya. "Dia nak melintas jalan, saya tak sempat nak kejar kereta tu dah langgar dia."
Raess melepaskan baju Steven lalu dia menumbuk dinding. Kuat. "Sial!" Ternaik bahu Hazrie akibat terkejut dengan bunyi tumbukan itu.
Mata Raess terpejam lalu nafasnya menjadi laju. Dia menenangkan diri untuk mengelak dari menjadikan Steven dan Hazrie sebagai bahan untuk melepaskan amarahnya. Tempat duduk terus diambil.
"Raess" Kepala raess mendongak melihat si pemanggil. Dia terus berdiri apabila melihat ibu bapa Elyana yang sedang menuju ke arahnya dengan cemas. Tengku Hadi juga mengikut mereka dari belakang.
Tengku hadi mengajak ibu bapa Elyana untuk makan bersama tengah hari tadi, setelah mereka mendapat mesej dari Raess bahawa Elyana mengalami kemalangan, mereka terus bergerak ke hospital bersama-sama. Puan Shifa sudah menangis tersesak-esak di samping Tuan Elriss.
"Macam mana dengan el?" soal Tuan Elriss. Raess pandang mereka lalu kepala digeleng perlahan. "They're still in the room. Dari tadi tak ada apa-apa info lagi." Dari mendengar nada suara Raess, Tengku Hadi dapat rasa yang anak lelakinya itu sedang tidak baik sahaja. Pasti lelaki itu berasa bersalah.
Tengku Hadi terus memeluk Raess, erat. Belakang badan anak lelakinya itu digosok perlahan. "Its okay, she's strong. Insyaallah, semuanya baik-baik sahaja."
Raess hanya mengeluh berat.Dia risau jika ada perkara yang serius berlaku lagi lagi apabila mendengar apa yang diceritakan oleh Steven sebentar tadi. Saat pintu bilik pembedahan dibuka, semua orang memberi perhatian penuh pada doktor lelaki itu. Doktor izhaq. Sepupu kepada Tengku Raess.
"How is she?" Doktor Izhaq mengeluh berat. "Her condition is not that good. Hentakan di kepalanya agak kuat dan berlaku banyak pedarahan. Minta maaf, kami harus komakan pesakit."
Puan Shifa sudah terduduk. Semua orang tertunduk mendengar berita itu. Kecederaan di bahagian kepala bukanlah satu perkara yang ringan. Banyak perkara boleh terjadi.
Raess terus melangkah pergi dari situ. Dia perlu menenangkan dirinya. Surau dituju lalu dia mengambil air wuduk. Akibat rasa amarah yang melampau, dia menjauhkan diri dari orang lain. Dia tidak mahu menempiaskan amarahnya pada orang lain.
2 bulan kemudian,
tit...tit...tit...
"Urgh"
Mata dibuka perlahan-lahan. Cahaya yang menembusi matanya itu buatkan dia silau dan susah untuk mencelikkan matanya. Bilik yang sunyi itu dipandang pelik. Bau ini. Ugh dia cukup tidak suka bau ubat-ubatan.
"Aku dekat mana ni?" saat dia mahu mengangkat kepalanya, mata Elyana terpejam akibat terasa sakit yang amat. Kepalanya kembali di sandarkan pada katil. Pintu yang terbuka dari luar itu buatkan Elyana tersentak. Saat melihat pasangan yang dia sangat kenali di hadapan muka pintu itu, matanya mula berkaca.
"Mommy... daddy..."
Mata Puan Shifa membulat melihat anak perempuannya yang sudah menyedarkan diri. "El! ya allah" Puan shifa terus memeluk Elyana erat. Rindu. Sangat rindu. Puan Shifa bersyukur akhirnya doa dia dimakbulkan oleh Allah. Setiap hari puan Shifa berdoa supaya anaknya sedar dari koma dan kembali sihat seperti biasa.
Mereka berdua menangis sambil berpelukan. Dah jadi drama air mata. Tuan Elriss hanya tersenyum manis , dia berdiri di sebelah Elyana lalu kepala anaknya dikucup sayang. "Alhamdulillah"
"Makan la lagi sayang."
"Taknak, El pening kepala la, rasa macam nak muntah." Elyana menolak suapan dari puan Shifa. Kepalanya masih terasa pening. Kata doktor, itu perkara biasa kerana dia tidak sedarkan diri dalam masa yang lama. Dua bulan? dia juga seperti tidak percaya yang dia hanya terbaring di atas katil ini selama dua bulan.
"Sekejap lagi Raess datang. Dia baru saja selesai meeting tadi." kata tuan Elriss. Dia masuk ke dalam bilik selepas selesai bercakap dengan seseorang di telefon.
"Kesian dekat dia abang, mesti dia penat. Nurse tu ada cakap, semalam dia yang jaga El sepanjang malam. Lepas itu, pagi tadi dia terus pergi kerja."
Elyana dalam keadaan separa sedar. Matanya sudah layu, tapi dia masih terdengar perbualan ibu bapanya.
Dahinya berkerut mendengar nama itu.
"Raess?"
"Siapa tu?" bisiknya di dalam hati sebelum matanya kembali tertutup.
YOU ARE READING
[C] 𝐈𝐭'𝐬 𝐘𝐨𝐮!
RomanceElyana lyra ♡ Tengku Raess aedden . . .COMPLETED [ 19 OCTOBER 2024 ]