24| Kecewa

665 48 12
                                    

Imbas kembali.

      Khafi terjah ruang privasi Naail. Selamba dia masuk dengan sebelah tangan di dalam kocek seluar. Setibanya di tepi kasur, helaian kertas A4 bercetak hitam putih Khafi lempar ke atas papan kekunci komputer riba Naail. Tanpa diundang oleh si tuan bilik, Khafi daratkan punggungnya pula di hujung kaki si abang. Dia bersila santai.

Naail yang sedang berbaring sambil mengampu komputer riba dengan perutnya itu terganggu dengan Khafi yang agak kurang ajar. Tanpa mahu melihat, Naail campak kertas yang diberikan Khafi ke hujung katil sana.

"Jangan kacau aku Khafi. Kalau hang bosan pi kacau adik sana. Aku ni tengah sibuk... shush shush." Halau Naail sambil ditunjuk ke pintu biliknya. Otak dia tengah serabut teruk dengan tesis pelajarnya yang hauk, tak ada masa dia nak melayan Khafi yang sengaja datang menambah beban masalahnya.

Khafi menghiraukan arahan Naail. Dia ambil kertas kerja miliknya yang dibuang oleh Naail tadi lalu kertas itu disua tepat ke muka Naail, sekaligus menghalang Naail dari membaca bahan kerjanya di skrin komputer riba.

"Berhenti la kejap, baca apa yang aku print ni." Khafi mendesak.

Naail menderam kesal. Kertas dirampas dari pegangan Khafi. "5 minutes. Terang dekat aku apa benda hang print ni." Mahu tak mahu Naail terpaksa berhenti dari kerjanya seketika. Cermin mata yang terlorot di tolak ke atas.

Masih tak mahu menelah kertas itu, dia meminta penjelasan Khafi.

Masalah betul dapat adik yang suka memaksa seperti Khafi. Kalau tak diikut kehendaknya dia pula kena tempias nanti. Memang nasibnya sebagai abang kena tahan sabar dengan perangai adik-adik ke?

Kenapa la mak lahirkan adik-adik yang banyak ragam seperti Khafi dan Niyaz? Sorang kaki memaksa dan harus mengikut telunjuknya dan sorang lagi suka melawan.

Habis dia? Terpaksa pasrah dan jadi babu adik-adik?

"Tu research aku Naail, baca la."

Naail hela nafas panjang. Malas-malas dia dekatkan kertas itu agar dapat dibaca tulisan yang agak kecil biarpun Naail rasa nak gumpal dan buang kertas itu.

Malam ni Naail emosi dan rasa nak marah bila dengar perkataan research. Research pelajarnya pun tak kelar-kelar lagi dia baca dan betulkan, ini kan pula research mengarut dari Khafi.

Tapi keluhan Naail berakhir apabila dia teringat akan sesuatu. Terus dahi yang ditumbuhi jerawat pasir itu berkerut.

"Research kepala otak hang. Sejak bila hang sambung belajar gila." Kertas digulung dan kepala Khafi diketuk.

Khafi berdecit. Dia tepis kertas dari kepalanya.

"Baca la cepat Naail. Benda penting tu. Satu hari aku cari maklumat pasal tu." Marah Khafi, ditariknya komputer riba Naail lalu diletak ke meja tepi katil. Mahu Naail beri tumpuan penuh padanya.

Naail terpaksa menurut. Separuh badan bersandar ke kepala katil. Naail teliti lembaran kertas yang terdapat tulisan dan gambar rujukan yang mungkin Khafi ambil dari laman sesawang.

Naail tekun membaca. Dari satu perenggan ke satu peranggan dan berakhir di perenggan penutup di mana Khafi simpulkan semua fakta yang diberikan dan memberi pendapatnya sendiri berkenaan topik yang sedang dibahaskan.

Setelah itu, Naail serahkan kertas itu kepada Khafi.

"So? Apa tujuan hang terang dekat aku pasal benda ni?" Kaca mata yang bertenggek di batang hidung Naail lepaskan dan selit di kolar baju tidurnya.

"Untuk adik," balas Khafi.

Naail cepat-cepat berdehem bila dia hampir terlepas tawa setelah mendengar jawapan Khafi.

MANUSKRIPTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang