1

1 0 0
                                    

KACA mata yang melorot, ditolak menggunakan jari tengahnya biar terletak kemas di batang hidung. Buku di tangan, dibaca penuh khusyuk.

"Ni ke bilik dorm kakak?"

Nuralya Huba Syafiqah menganggukkan kepalanya. Buku tadi ditutup kemas dan dimasukkan ke dalam tote bag yang sejak tadi tergantung elok di bahunya.

"Kalau nak cari Naail, bilik Naail dekat tingkat bawah. Bawah dorm kakak." Serius nada suara lelaki itu.

Huba mengangguk ceria kepada Naail Haiyan Shaiq, adik lelakinya. "Cukuplah ibu dengan ayah bebel dekat akak dari Eresetta sampai sini. Naail tak payah bebel dekat akak."

Naail jungkitkan keningnya sebelah. Bila masa dia bebel? Dia baru bagitahu kedudukan bilik dia, tu pun kata bebel ke?

Tapi Naail hanya senyap dan membiarkan kakak sulungnya itu membebel sendiri. Biarpun hanya diam, dia tetap tangkas membantu kakaknya itu mengemas barang-barang yang dibawa dari rumah.

Bagasi-bagasi dibawa masuk, kemudian cadar tilam dan bantal dia pasangkan untuk Huba. Barang-barang Huba, dia susunkan dan simpankan.

Huba hanya duduk di atas kerusi yang tersedia bersama set meja, melihat adik lelakinya itu menguruskan segalanya.

"Naail patut biarkan akak kemas barang akak sendiri. Jangan terlalu ikut apa yang ayah dan ibu suruh. Diaorang suruh Naail tengok-tengokkan akak saja, bukan jaga sampai macam ni sekali." Huba lepaskan keluhan.

Dia terpaksa biarkan Naail buat semuanya, sebab adik lelakinya yang seorang tu biarpun pendiam, tapi dia takkan membenarkan sesiapapun yang menggangu kerjanya.

Lirik pandangannya saja sudah cukup untuk mengguris perasaan gadis berhati lembut seperti Huba.

Naail lagakan dua telapak tangannya, menepis habuk yang ada di permukaan kedua tangan. "Ibu ayah bagi tanggungjawab dan amanah pada Naail," balas Naail.

Huba mengeluh lagi. Niatnya belajar sehingga ke luar negara untuk melepaskan diri daripada kepompong yang dicipta oleh keluarganya. Ibu, ayah dan Naail tak pernah membiarkan dia membuat segala apa pun dengan sendiri. Selalu saja membiarkan dia hanya melihat dan memanjakan dirinya.

Sebagai anak sulung, harga dirinya tercalar. Anak sulung lain pandai berdikari, walhal dia cadar katil pun adik yang pasangkan.

"Naail dah siap kemas. Naail pergi dulu."

Huba mengangguk dan bingkas bangun untuk menghantar Naail sehingga ke pintu. Setelah bayang Naail hilang dari radarnya, pintu ditutup rapat dan tubuh dia baringkan ke atas katil.

Dua katil kosong yang terletak di dalam bilik itu, dia tenung. Dia bakal ada dua teman sebilik yang dia tak tahu entah dari mana asal mereka.

Huba tak ada masalah untuk membuat kawan. Sikapnya yang ceria dan banyak mulut membuatkan dia sentiasa ada teman biarpun di tempat baru.

Tapi kini dia di negara asing. Dia pun tak tahu tentang gaya hidup masyarakat di sini, dan tidak tahu bagaimana penerimaan orang terhadap dirinya.

Entahlah. Malas pula dia mahu fikir.

Matanya dikatupkan rapat, membiarkan diri dibalut lena.

MATANYA yang tadi terpejam, terus saja terbeliak besar bila pintu dibuka dari luar.

Tubuh yang tadi berada dalam posisi baring, kini terus tegak duduk menghadap pintu.

Seorang gadis berwajah asia terpacak di depan pintu.

"Oh, hello. I'm Han Euna. I'm your roomate." Gadis itu senyum nipis kepada Huba.

"Hello! I'm Nuralya Huba. You can just call me Nura." Sengaja dia memilih nama Nura sebagai nama panggilannya di sini kerana rata-rata masyarakat di Korea Selatan ini tidak tahu cara untuk menyebut nama Melayu-Arabnya.

Euna menganggukkan kepalanya sekali sebelum bergerak memilih katilnya.

Kebiasaanya, bilik dorm univeristi di Korea Selatan menempatkan seorang atau dua orang sahaja di dalam satu bilik bersama satu bilik air. Tetapi di Eresseta-Korean International University menempatkan tiga hingga lima orang di dalam satu bilik yang sama, bersama 2 bilik air.

Walaupun bilik itu besar dan luas, tapi sayang kerana tiada dinding yang memisahkan ruang katil dan penyusunan katilnya tak ubah seperti asrama sekolah yang meletakkan katil secara berselang-seli.

Huba hanya memandang Euna dari katilnya. Dapat dia rasakan Euna seperti tidak mudah bergaul jadi dia tak mahu mengganggu gadis itu dengan sebarang perbualan.

Terus saja Huba menghampiri almari, mencapai pakaian dan tuala mandi sebelum bergerak masuk ke dalam tandas.

Dia mahu keluar jalan-jalan, melihat bumi Korea Selatan ini.

Você leu todos os capítulos publicados.

⏰ Última atualização: May 19 ⏰

Adicione esta história à sua Biblioteca e seja notificado quando novos capítulos chegarem!

Tafhim's Huba 🎀Onde histórias criam vida. Descubra agora