PROLOG

4 2 0
                                    

TELEFON pintarnya terlepas daripada tangan dan akhirnya jatuh menyembah lantai.

Matanya membundar, tangannya sedikit menggeletar dan bibirnya yang sedikit terbuka.

Telefon pintar tadi cepat-cepat dia ambil dan sedikit demi sedikit kakinya melangkah ke belakang sebelum dia terus lari dari ruang tangga kecemasan itu.

Belum sempat dia boloskan diri melepasi pintu, lengannya ditarik dari belakang.

"Cinta..."

Huba pejam matanya rapat, tak mahu melihat gerangan di depannya.

"Cinta..." Kali ni, terselit getaran gusar.

Huba tarik nafas dalam. "Lepaskan tangan saya."

"Lepas tu, apa? Kau nak lari lagi?"

"Suka hati sayalah!" jerkah Huba kuat, bersama wajahnya yang berubah berang. Matanya mencerlung ke arah lelaki di depannya itu.

"Is that how you talk to you husband, cinta?"

Huba tergelak sinis. "Is this how you treat your wife, Tuanku Almeer Tafhim?"

"Apa? Mind to tell me about how I treated you? Even after what you did to me, here I am still waiting for you." Tenang saja nada yang digunakan oleh Tafhim.

Huba senyum senget. "Awak tunggu saya sebab awak tu bangga diri. Awak yakin yang saya akan balik pada awak setiap kali saya tinggalkan awak."

"No. I wait for you because you are my wife."

"Then let me go, Tafhim. Let me go."

Tafhim's Huba 🎀Where stories live. Discover now