B A B 15

14 5 0
                                    

Aku berjalan turun dari tangga untuk menuju ke dapur. Satu per satu anak tangga aku turun dengan berhati-hati. Semalam, aku telah discharged dari hospital. Alhamdulillah, kepalaku masih berbalut untuk menjaga area kepala. Sekolah pula memberikan aku masa seminggu untuk rehat di rumah. Maklumlah, baru lepas terhentak ke bumi.

Aku juga terkadang pelik. Bagaimana aku masih boleh hidup? Aku jatuh dari tingkat paling tinggi tetapi aku masih hidup? Benarkah ini aku? Atau aku hanya sekadar roh yang berjalan-jalan di muka bumi? Bagaimana seorang manusia mampu menahan hentakan dari tingkat 9 hingga ke bumi?

Mustahil.

Atau,

Ada sesiapa sambut aku?

Mustahil juga sebab daya graviti amat kuat. Orang yang menyambut pasti akan tercedera juga.

Seingat aku ketika aku jatuh, pandanganku sudah gelap. Aku pitam di udara. Ya, mungkin ada yang menyambutku. Tapi siapa?

Anak tangga terakhir sudahku jejak. Kaki mengorak langkah ke dapur. Tubuh memusing ke arah kiri untuk masuk ke dapur. Kaki terhenti. Satu susuk tubuh janggal ditatap oleh mata.

Siapa tu?

Seorang lelaki berbadan besar, berambut putih sedang berada di singki sambil mencuci pinggan mangkuk. Rupanya dari belakang seakan-akan dirinya sudah melampaui umur 60-an. Baju yang dipakainya berwarna putih kotak-kotak hitam dan seluar jeans berwarna biru tua.

Dada tercungap ketakutan. Siapa dia? Apa dia buat? Pencuri? Perompak?

Tak mungkin pencuri mahupun perompak.

Kepala aku sakit. Sakit melihat susuk tubuh itu. Aku memicit kepala yang dibalut. Mata aku semakin kabur dan terkadang tidak. Aku berkelip satu saat demi satu saat.

Sekejap susuk tubuh orang tua kelihatan, sekejap satu susuk tubuh perempuan kelihatan.

Apa sudah jadi padaku?

Siapa pulak perempuan itu?

Perlahan-lahan. Kedua-dua susuk tubuh itu berpaling menghadap aku. Semakin lama, muka mereka dipamerkan menghadap aku. Sedikit demi sedikit sisi mereka aku dapat lihat. Orang tua berjanggut putih, perempuan berkulit putih dan licin.

Ha-

Hani?

A-

Atok?

Aku pitam.

°°°

"Aargghhh!" Aku terbangun dari tidur. Dari baring aku duduk. Pertama sekali aku dapat lihat diriku kini di atas sofa ruang tamu.

"Astaghfirullah." Aku beristighfar sambil menyapu muka dengan telapak tangan.

"Emily, awak okay?" Badanku terhinjut sedikit selepas disapa oleh Hani yang baru muncul dari dapur.

Aku takut. Kaki dilipat lalu lutut bertemu dengan dada. Aku merangkul kaki seeratnya. Dapat aku rasa bibir bawahku menggeletar.

Ya, sejuk. Mengapa?
Aku sudah berada di Syurga ke?

Hani melabuhkan punggung di sebelahku.

"Emily, awak pitam tadi ni. Siapa suruh turun? Kan saya kata jangan turun sebab awak tak larat lagi. Tengok sekarang awak dah pitam."

'Aku, pitam? Tadi tu bukan mimpi?'

"Ta-tadi awak basuh pinggan ke?" Soalku ingin tahu. Berani bertanya.

PARANOIAWhere stories live. Discover now