B A B 7

45 14 3
                                    

KEESOKAN harinya, aku masih di sini. Ya, memakai baju sekolah, rambut kusut masai, rumah seperti sangkar biawak. Entah bila malam, entah bila aku tidur pun aku tidak tahu.

Aku termenung memandang dinding. Menanti ketibaan suara yang lunak itu. Tetapi, suara itu seakan menghilang secara tiba-tiba.

Saat aku susah beginilah, ia hilang. Rumahku kini tunggang-langgang. Bingkai gambar bersama aku dan ibu ayahku pecah berkecai akibat dicampak ke lantai. Sofa dan meja di ruang tamu terbalik, lantai penuh dengan sampah serta kaca-kaca yang bertaburan.

Aku menyusutkan rambut. Air mata masih menitik tetapi semakin berkurang. Hati terasa panas membara. Ya, marah sama ibu dan ayahku.

Hari ini hari Sabtu. Tidak tahulah bagaimana aku mahu bekerja pada pukul 3 petang nanti. Boleh ke aku bekerja dalam keadaanku begini?

Pasti, kerja aku akan jadi tunggang-langgang seperti keadaan rumahku sekarang. Aku menjerit, meraung, melalak seorang diri di dalam rumah ini. Rasa seperti orang sawan.

Aku cuba menenangkan diri namun gagal. Setiap kali aku teringat wajah ibu dan ayahku, aku pasti akan mencampakkan apa-apa barangan ke lantai. Tidak kisah samada kaca atau tidak, sifat amarah di dalam hati ni kian membara.

Aku berjalan ke hulur hilir sekeliling ruang tamu ini. Kaca atau tidak, aku pijak sahaja. Biarlah sakit di kaki ini. Berdarah tapak kaki ini sekalipun, hati aku masih tidak dapat bertenang. Aku tidak akan maafkan ibu dan ayah aku.

Kata hati, sejak bila pula ibu dan ayah aku ambil berat tentangku? Sejak bila pula mereka peduli tentang peperiksaan aku? Aku syak, tentu sekolah yang memberitahu hal ini pada kedua orang tuaku.

Dasar!

Aku duduk pula di sudut ruang tamu sambil bersandar ke dinding. Lutut dirapatkan ke dada. Kemudian ku menekup muka.

"Apa patut aku buat sekarang? Masa depan aku, gelap! Aku kesunyian, keseorangan, aku dah give up dengan hidup. Patutkah aku bunuh diri saja? Tetapi berdosa.

Habistu macam mana? Ya Allah, kenapa kau uji aku macam ni? Aku kehilangan keluarga, segala-galanya! Minda aku kosong saat ini. Aku perlu aku buat? Kalaulah ada seseorang yang boleh tolong aku tika ini-"

BAM!

Bunyi petir menyambar. Aku tahu, Tuhan marah akan aku. Aku sedar, aku adalah pendosa yang sering lakukan dosa. Dosa besar terutamanya. Aku tidak solat, mengaji pun tidak. Bersedekah? Lagilah tidak.

Jangan kata sedekah, puasa pun aku tidak buat. Yelah, ada ibu aku hidangkan makanan sahur?

Tidak!

Aku mahu belajar tentang agama. Namun, siapa sahaja boleh bantu aku? Ibu dan ayah? Never! Rakan-rakan? Aku tidak punya rakan. Cikgu? Cikgu pun benci sama aku.

Jadi siapa?

Aku mengangkat muka. Kelihatan pintu stor di sebelah tangga terbuka sedikit. Angin barangkali.

Entah mengapa, hatiku terdetik mahu masuk ke dalam bilik stor tersebut. Sudah lama rasanya aku tidak masuk ke situ.

Aku bangun lalu berjalan dengan perlahan mendekati pintu bilik stor itu dan menguaknya perlahan. Suis lampu dipasang.

Ting!

Bilik stor tersebut berselerak penuh dengan kotak-kotak kosong. Aku perhati tiap inci sudut bilik ini. Pasti ada sesuatu di dalam bilik ini, kalau tidak hati tidak akan terdetik untuk masuk ke dalam bilik ini.

Bilik ini sempit. Jadi aku terpaksa menjengket sedikit untuk lalu melepasi kotak-kotak tersebut. Dengan badanku yang bersaiz begini, memang sukar rasanya. Aku tiba di hujung sudut bilik.

Aku terlihat sehelai kertas A4 di atas meja tulis manakala sebatang pensel kemas terletak di sebelah kertas. Aku memandang sekeliling.

Aneh, bilik bersepah dan berhabuk tetapi kertas dan pensel seakan baru diletakkan beberapa saat sebelum.

Aku duduk di atas kerusi dan mencapai pensel tersebut. Aku melukis sesuatu di atas kertas A4 itu. Entah mengapa tiba-tiba sahaja tangan ini teringin untuk melukis.

Sebentuk wajah dilukis olehku. Cantik malah ayu berseri wajah yang dilukis. Namun, persoalannya-

Wajah siapa aku sedang lukis ini?

Wajah ini tiba-tiba terlintas di benak fikiran. Tanpa melengahkan masa, aku melukis sempurna wajah tersebut. Matanya yang bulat, pipinya yang merah, bibirnya yang mungil, tudungnya cantik dihiaskan manik-manik kecil yang cantik.

Bolehlah aku tenangkan diri sedikit apabila aku melukis ini.

Tidak dinafikan lagi, aku amat berbakat dalam bidang melukis.

Setelah siap melukis, aku merenung lukisan tersebut. Aku mengangkat kertas A4 itu selaras dengan mukaku.

"Gambar siapa aku lukis ni?" Soalku sendiri.

"Cantik juga aku lukis."

"Tapi macam ada yang kurang-" Kataku lagi. Aku berfikir apa lagi yang kurang?

"Ouh ya." Aku tahu apa kekurangan gambar tersebut. Nama.

Di bucu sudut kertas A4 tersebut, aku menulis nama 'Hani'.

"Hani." Ujarku.

"Cantik juga nama ni. Sesuai dengan wajahnya." Ujarku lagi.

Aku meletakkan kepala di atas meja dengan berlapikkan lengan. Aku masih tenung gambar tersebut. Kalaulah 'Hani' ini wujud, sudah pasti aku tidak keseorangan.

"Jangan mimpilah, Emily." Ujarku kepada diriku sendiri.

°°°

Please, accompany me

PARANOIAWhere stories live. Discover now