B A B 9

46 15 2
                                    

SAMBIL mengemas, kami berdua berborak-borak untuk mengisi kekosongan. Banyak juga perkara yang aku baru tahu.

"Siapa nama awak tadi?" Soal Hani.

"Saya Lara Emilia. Panggil je Emily." Jawabku ringkas sambil menggantung beberapa frame gambar di dinding. Hani mengangguk sambil memuncungkan mulutnya.

Aku tergelak kecil. Comel saja Hani ni. Kalau mahu dibandingkan dengan aku, jauh betul bezanya.

Lagi satu, aku dapat rasakan Hani adalah seorang yang alim. Dari segi pemakaiannya pun sudah jelas lagi bersuluh.

Dia memakai tudung labuh hingga menutupi dada, bahu dan punggungnya. Serta, dia memakai baju kurung bewarna putih kebiruan. Cantik.

"Hani, umur awak berapa?" Tanyaku. Dari kecantikan mukanya, aku beranggapan dia lebih muda dariku.

"Saya 16 tahun." Jawabnya.

"Ouhh kita sebayalah!" Kataku teruja. Tidak sangka pula kami sebaya. Riak wajahnya juga mempamerkan reaksi terkejut.

Akhirnya, ruang tamu selesai dibersihkan oleh kami berdua. Aku mengucapkan ribuan terima kasih pada Hani atas bantuan dia. Kalau tidak, pasti masalah aku tidak selesai hingga maut menjemput.

Kami berdua duduk di atas sofa. Penat tapi amat menyeronokkan. Aku memandang Hani di hadapanku. Tiba-tiba terlintas satu soalan di kepala.

"Awak sekolah kat mana? Teringin juga nak tahu." Tanyaku lagi. Kali ini, wajah Hani berubah. Aku tersilap kata ke?

"Saya tak bersekolah. Sebenarnya-" Kata-kata dia terhenti. Aku menanti sambungan kata-kata dia dengan fokus.

"Ibu dan ayah saya halau saya dari rumah atas sebab mereka tak tahan dengar nasihat saya. Ayah saya penagih dadah dan ibu saya pula bekerja di club malam. Jadi, saya selalulah nasihat supaya jangan lakukan perkara macam tu lagi sebab dadah membahayakan badan plus bekerja di club malam haram hukumnya. Disebabkan saya sering nasihat mereka, mereka halau saya dari rumah." Terang Hani panjang lebar.

"Kesiannya, hurm. Diorang patut bersyukur sebab dapat anak macam awak. Baik hati, sopan santun, jaga adab. Bukannya sisir awak macam tu saja. And, kenapa awak tak buat laporan polis?"

"Saya tak nak polis ada kena mengena dalam masalah saya dan keluarga saya. Lagipun, saya taknak ibu dan ayah saya masuk penjara. Walaupun mereka jahat, membuat perkara haram, tetapi mereka tetap ahli keluarga saya." Terang Hani lagi. Aku menjadi sebak tetapi Hani hanya menceritakan kisahnya dengan tenang.

Tiba-tiba aku teringat akan kedua ibu ayahku. Walaupun mereka jahat, tetapi mereka tetap darah dagingku sendiri.

"Eh? Ha nampaknya hujan dah berhenti. Saya minta diri dulu, ya?" Kata Hani lantas mengambil beg galasnya dan menuju ke pintu hadapan.

"Eh, sekejap. Kalau awak pergi, awak nak tinggal kat mana?" Soalku sambil memaut tangannya.

"Saya boleh sewa rumah kat tepi jalan tu."

"Tapi bahaya tau? Tak apalah awak boleh tinggal rumah saya. Seberapa lama pun, boleh." Ujarku. Hani kelihatan teruja mendengarnya.

"Boleh ke? Terima kasih, Emily. Saya terhutang budi sangat-sangat." Katanya lantas memelukku seerat-eratnya. Aku membalas pelukan dia.

"Mestilah boleh. Awak dah banyak tolong saya, tau?" Kataku sambil melepaskan pelukan. Dia tersenyum kecil. Ya Allah, indah sungguh ciptaanMu.

"Awak duduklah dulu, saya pergi buatkan air teh. Kesian awak tak minum dari tadi." Kataku. Belum sempat Hani membalas, aku segera ke dapur. Terdengar gelakan kecil darinya.

Aku membancuh teh panas di dapur. Seusai itu, aku kembali ke ruang tamu untuk menghidangkannya pada Hani. Dari jauhku sudah nampak Hani sedang duduk di sofa sambil membaca buku yang baru dikeluarkan daripada beg galasnya.

Aku meletakkan teh tersebut di meja tamu lalu duduk di sofa berhadapan Hani.

"Jemputlah minum." Pelawaku. Dia tersenyum kemudian meletakkan buku yang dibacanya bersebelahan dengan secawan teh tersebut.

Aku sempat melihat tajuk buku itu.

Izinkan Aku Mencari Tuhan

ZAS!

Seperti satu panahan petir menembus ke dalam hati ini. Tajuk buku tersebut sungguh menyentapkan hati. Izinkan aku mencari Dia..

"Emily? Kenapa termenung tu?" Soal Hani aneh.

"Eh, tak ada apa-apa. Cantik buku ni. Awak beli kat mana?" Kataku sambil memandang buku itu sekilas.

"Kat kedai tepi jalan tu. Saya baru beli semalam." Aku hanya mengangguk.

"Eh, saya baru ingat." Kataku teringatkan sesuatu.

"Rumah ni ada tiga bilik saja. Bilik ibu ayah saya, bilik stor dan bilik saya. Erm, awak tidur bilik saya sekali eh?"

"Boleh, saya tak ada masalah." Ujarnya kemudian minum seteguk teh. Aku mengangguk.

Tiba-tiba, ekor mata tertumpu pada jam di dinding. Aku melihat jam di dinding sekilas.

"Aduuuu!! Aku dah lambat!" Ujarku gelabah. Sekarang sudah pukul 2.50 petang. Aku terlupa aku harus pergi bekerja sekarang!

"Hani, saya dah lambat ni. Maaf, awak terpaksa tinggal rumah seorang diri sebab saya kena pergi kerja ni."

"Kerja? Awak kerja apa?"

"Saya baru ambil kerja kat 7 Eleven seberang sana. Err awak duduk rumah seorang diri tak apa ke?"

"Tak apa. Awak pergilah." Aku hanya mengangguk. Sejurus kemudian aku bergegas ke tingkat atas untuk membersihkan diri serta memakai pakaian sepatutnya.

Seusai kemudian, aku turun ke tingkat bawah. Hani sedang membaca bukunya di ruang tamu. Aku segera mencapai kunci di belakang pintu dan menuju ke arah Hani.

"Erm, ini kunci rumah. Kunci rumah betul-betul, tau? Saya minta maaf sangat-sangat." Kataku lagi.

"Ish, tak apalah. Saya tahu awak sibuk. Saya dapat duduk rumah ni pun, dikira bersyukur." Jawabnya ayu.

Aku memeluknya erat. "Terima kasih tau, Hani."

"Sama-sama, Emily."

°°°

I'm sorry

PARANOIAWhere stories live. Discover now