"Mencintai mu itu adalah anugerah Allah namun ku terpaksa melepaskan kerana kau bukan takdir ku"
"JOM !Abang kita pergi makan. Sayang sudah siapkan sarapan untuk Abang" tutur kata yang sopan dan lembut semestinya membuatkan para suami tersenyum mekar mendengar ucapan itu, Noah Qidran menoleh ke arah sang isteri yang setia menunggu dirinya .
"Ok jom" balasnya singkat. Dia jalan bersama-sama dengan isterinya menuruni tangga sambil memeluk lengan. "Hari ini sayang masak bihun goreng Singapore harap abang suka sebab sayang ada tambah banyak udang hehehe" gelaknya halus.
Sebagai seorang isteri semestinya dia inginkan rumah tangga yang harmonis ,sentiasa ceria gelak tawa tanpa perlu rasa kecewa mahupun derita. "Thank you Sayang. " Ucapnya lalu duduk menuangkan segelas air untuk suaminya.
"Ha'ah Abang sebelum Sayang terlupa, Adira ada minta Abang ke tempat dia shooting . Nanti balik kerja Abang boleh terus menginap dekat sana . Esok kan hari dia." Noah Qidran menghembus nafas kasar tanpa merenung wajah isteri pertamanya.
Dia fikir Nur Erdiana Tasha akan menjadi satu-satu permaisuri dihatinya namun ia silap wanita itu memaksa dirinya menikah lagi bukan kah poligami itu dihindar oleh kaum perempuan kenapa isterinya malah memilih untuk dimadukan. 10 tahun sudah mereka berumah tangga namun belum dikurniakan seorang anak manakala Siti Adira Leana baru mencecah 3 tahun tapi masih belum ada tanda-tanda isteri keduanya mengandung.
Kesuburan mereka telah mereka lakukan semuanya sempurna tiada cacat cela pun,telur mereka pun cantik sahaja namun kenapa mereka belum dikurniakan cahaya mata.
Dia tidak melihat sedikit pun kecewa atau cemburu yang isteri pertamanya tunjuk baginya itu luar biasa kerana mampu menyorok kan rasa itu. Noah Qidran berlaku adil kepada dua isterinya itu ,setiap orang diberi sama rata tak ada lebih ataupun kurang kerana dia ingin hidup tenang sahaja tanpa ada masalah rumah tangga.
Noah Qidran merupakan CEO disebuah syarikat terbesar ,tanpa semua orang tahu dia memiliki dua orang isteri . Seorang yang rajin,peramah,tegas orangnya tidak banyak bercakap. Dia sangat-sangat mencintai Erdiana namun gadis itu minta dirinya dibahagi dua sedang hatinya untuk Erdiana bukan Adira.
Selesai sahaja dia sarapan pagi dengan Erdiana, tangan nya dikucup lembut oleh sang isteri sangat mitahli ye . "Abang kerja elok-elok ok ,jangan terlalu hardworking sangat. Rehat nanti Sayang akan hantar Abang makanan ok. "
"Ye lah Abang tunggu. Abang pergi dulu,duduk dekat rumah ,kalau nak pergi mana bagitahu dulu, i love you Sayang " kedua belah pipi isterinya ia cium lembut,Erdiana mencium wajah suaminya berkali-kali.
"Assalamualaikum Abang,hati-hati tahu!"
"Waalaikumusalam,Sayang pun " terus kereta milik Noah Qidran meninggalkan halaman rumah ,dia perlu ke pejabat terlebih awal kerana dia merasakan akan banyak hal yang perlu ia hadapi. Keluarganya memiliki bisnis sendiri dan dia memilih sebagai CEO pasaran terbesar , memiliki beberapa buah pasaraya yang besar di semenanjung Malaysia ini. Dan 20 mini market di sebuah desa itu adalah cara dia membantu orang ramai.
••••
"Iya Akak ada bagitahu dekat Abang Noah nanti balik kerja dia akan datang ambil Adira ok"
'if macam tu ok lah Akak ,Dira naik Wulan jelah . Thank Akak bye!'
Panggilan ditamatkan serta merta tanpa salam , Erdiana mampu mengelengkan kepala melihat telatah madu nya itu . Disudut kecil Erdiana ingin bertanya bagaimana ada tanda-tanda kehamilan atau tidak.
Nampak dari gayanya Adira belum berisi ,dia lah yang memilih Adira sebagai madunya agar dia dapat merasa akan mengucup anak walaupun bukan dari rahim nya namun belum berbuah juga hasil cinta itu dari suaminya.
Atau dia perlu mencari cara lain untuk mendapatkan zuriat IVF sudah banyak kali ia lakukan tetap sahaja gagal dan Erdiana pernah keguguran 2 kali kerana rahimnya belum cukup kuat.
"Puan Diana ini ada pesanan dari depan, permisi ya Puan !" Erdiana memandang kosong pada parcel yang diambil oleh bibik nya itu dia membuka bungkusan tersebut
To Dr.Erdiana happy birthday to you
May god bless you ,semoga tahun ini Dr.dimurahkan rezeki dan mendapatkan zuriat. Ini ada hadiah yang tak seberapa dari kami semua harap Dr.tak kisah and sihat selalu
From: Group Pass AB
Erdiana meletakkan sepucuk nota itu diatas meja ,dia melihat beberapa helai baju bayi berwarna warni comel dia pernah dapat ini namun sayangnya belum ADA rezeki tetap ia simpan mungkin dia percaya akan ada hasilnya nanti.
Noah Qidran pernah menghadiahkan dirinya dengan kemewahan namun dirinya belum jugak mampu memberikan suaminya itu cahaya mata , ia merasa gagal menjadi isteri kepada suaminya itu . Pernah ia menyoal sang suami tentang hal ini namun suaminya tetap sahaja dengan lembut mengatakan.
"Andai kita tak diberikan keturunan tak apa , kita jalani hidup berdua ,boleh keluar bersama, dating sampai hujung nyawa"
Tidak kah suaminya tergugat melihat kawan-kawan sudah memiliki anak 1-4 orang dia seorang pun belum punya.
Kecewa dan mengharapkan Adira dapat memberikan ia bayi nanti.
THANK YOU FOR READING
YOU ARE READING
MRS NOAH QIDRAN | 32
Romance" Aku perlukan kau Eileen untuk buktikan dengan semua orang yang aku mampu ada keturunan" Ujar Noah Qidran dengan nada tegas "Kau dah ada 2 isteri Noah tapi kenapa aku yang kau nak kan. Cari perempuan lain yang boleh bagi kau zuriat aku bukan kilan...