BAB 10

60 3 0
                                    

           "Cinta dua darjat tidak melemahkan
seseorang untuk bersama"

      "SAYANG! kejab uncle ada sesuatu nak disampaikan dekat kamu"  Puan Sahara yang melihat anak gadisnya bersiap hendak pergi kerja ia panggil kerana abangnya ada sesuatu ingin katakan. Eileen mendekati kedua ibu bapanya serta pakcik nya yang tengah menunggu kehadiran dirinya "yes uncle ! "

    "Begini biar uncle berterus terang dengan Eileen sebenarnya uncle ada terlepas cakap sikit mengenai hubungan kamu dengan mustafa. Lebih tepat, sudi tak Eileen kahwin dengan seseorang. " Tuan Isa pun sudah tiba masanya anaknya menikah tidak salah berkenalan dengan lelaki lain kerana calon menantu yang dia harapkan rupanya tidak berguna sama sekali sungguh dia terkilan.

    Tuan Ivan tersenyum nipis melihat wajah anak saudaranya itu "Tapi Uncle ,Leen belum bersedia biar lah Leen membujang dulu .Leen plan nak tumpukan perhatian dekat kafe Leen terlebih dahulu ." Lembut sahaja Eileen menolak mungkin hatinya sudah tertutup rapat mengenai perkahwinan.

  Baginya andai ada jodoh, inshallah akan dipermudahkan kalau tiada dia tak ada masalah.

  Cukup lah dengan apa yang Mustafa buat dia sudah trauma tidak mungkin hatinya mudah menerima makhluk bernama lelaki didalam hidup nya lagi. Sekarang dia mahu memberi sepenuh perhatian pada pelanggan dan jualan nya di kafe biar semakin maju dan terkenal .

   "Uncle dan semua orang tahu yang Leen masih takut dengan apa yang telah menimpa kamu Leen , kalau macam tu baiklah Uncle hormat keputusan Leen supaya kafe kamu makin berkembang pesat amin. Isa ,Sahara aku balik dulu risau kalau isteri aku menunggu di rumah  . Assalamualaikum!" Tuan Ivan meminta diri lalu bersalaman dengan adik iparnya itu .

     "Leen betul ke dengan keputusan Leen,mami tak nak Leen tak ada perasaan dekat lelaki lagi lepas ni" Ujar Puan Sahara kalau boleh memang dia nak kan anak perempuan dia menikah dengan lelaki yang mencintai anaknya namun gara-gara Mustafa anaknya tidak berani untuk melanjutkan perkahwinan yang sepatutnya menjadi impian semua wanita.

  Dasar bodoh mustafa!

  "Makan masa sedikit mami,perasaan Leen dah hancur dengan perangai lelaki macam Mustafa , Leen ada meeting dengan pembekal  , kalau Mami ada apa-apa nak dipesan nanti mami telefon Elsa ye?"

"Leen minta diri dulu, Assalamualaikum!" Puan Sahara menitipkan pesan dan doa supaya anaknya terbuka hati menerima lelaki dan dimurahkan rezeki hari ini ,doa seorang ibu tiada bandingan. Eileen menaiki sebuah Mercedes Benz yang ia beli dengan hasil kerja nya Alhamdulillah apa yang dia mahukan dia usaha sendiri. Rezeki Allah itu luas dan dia bersyukur,Bila kita ada rezeki lebih perbanyakan sedekah dan ibadah.

E

ileen menuju ke sebuah rumah anak yatim terlebih dahulu setiap kali hari jumaat pasti dia akan singgah ke rumah anak yatim untuk ia beri makanan yang ia masak sendiri kalau tidak sempat mungkin dia akan pesan makanan dari luar dan dihantar ke Rumah Anak Yatim tersebut ,baginya berbagi rezeki kepada orang yang tidak memiliki keluarga dapat membantu dirinya juga. Semoga niat yang ia buat Allah suka dan dipuji amin. "ya Allah Cik Leen awak betul sampai,saya tak sempat nak kemas cawan lagi!" Gelak Puan Orked

Pengasas rumah anak yatim , dia mendirikan rumah ini khas untuk anak anak yang telah dibuang keluarga dan tiada tempat perlindungan ini adalah hasil duit hibah yang ia terima sewaktu suaminya meninggal dunia. Dia harap dapat salurkan sedikit untuk suaminya . Eileen mencium tangan Puan Orked sebaik sahaja ia sampai.

"Masih ada masa lagi kak Orked,saya pun tak tergesa-gesa. Jom lah saya tolong !" Dia buat rumah anak yatim macam rumah kedua dia,dapat dia rasa kebahagian dari gelak dan tawa budak-budak ini.

     "Ye ye Akak Leen dah sampai"

     "Hooreyyy"

    Mendengar riuh rendah anak-anak ini membuatkan bibirnya mengukir senyuman manis rasa bahagia tak terhingga.

   "Kak Leen !" Suara salah seorang anak yatim menyapa dirinya ia menunduk kepala ke bawah melihat gadis kecil yang ia panggil Ean datang kepadanya

  "Ean kenapa ni murung, awak tak sihat ke?" budak perempuan itu mengelengkan tanda tidak "Kak Leen,tolong pujuk Ibu Orked jangan bagi Ean dengan orang lain. Ean nak duduk sini dengan kawan-kawan Ean!" Eileen terdiam dia menoleh ke arah Puan Orked .

Mereka memandang satu sama lain dengan banyak erti.

"Ean , tugas Ibu Orked untuk jaga Ean dengan kawan-kawan bila dah tiba masanya Ean kena keluar untuk cari pengalaman dan kawan baru , Ean kena belajar lebih jauh supaya dapat jadi macam akak. Ean kata nak jadi tukang baking yang terkenal kan ini lah masanya. Kalau Ean bosan atau dapat cuti ajak keluarga baru Ean untuk ke sini semula kalau diorang tak bagi. Ean call Akak biar akak yang bawak Ean ke sini faham!" Panjang lebar Eileen memberi keterangan kepada Ean berharap gadis kecil itu faham.

"Kalau diorang cakap sibuk, Akak tampar diorang semua untuk Ean sebab buli adik akak yang comel ni" satu persatu anak yatim yang dekat dengan diri dia semuanya menjauh dan diambil oleh keluarga yang sudi menjaga.

Alhamdulillah so far belum pernah lagi dia dapat aduan tentang buli, pukul,seksa dari keluarga baru anak-anak yatim itu dia berharap tidak berlaku perkara buruk.

   "Janji yang Akak akan datang pada Ean semula"Eileen mengangguk tanda ia dan akan berusaha menunaikan tanggungjawab dia. "Jangan sedih lagi, jom kita ke dapur tolong ibu orked angkat bihun ke depan" senang pujuk.

Mereka semua tersenyum dengan gembira .

THANK FOR READING

MRS NOAH QIDRAN | 32Where stories live. Discover now