🔥 BAB 6 🔥

37 0 0
                                    

Lelaki berhoodies itu menikam meja yang berada dihadapannya dan dia menukar pakaiannya kepada pakaian biasa tetapi topeng mukanya menutup seluruh mukanya.

"Hahaha! Puas hati aku!" Ujar lelaki itu dengan suara yang begitu garau. Dia mengukir senyuman setelah puashati dia memukul Afeeq tempoh hari.
.
.
.

Pada keesokan paginya, Afeeq bersiap-siap untuk keluar membuat temujanji dengan pihak hospital untuk membuat rawatan. Dibelakang leher masih terasa sakit akibat pukulan oleh lelaki misteri itu.

Enjin kereta Honda Civic berwarna kuning itu dihidupkan sementara dia membetulkan bajunya.

Beberapa minit kemudian, dia meninggalkan halaman rumahnya.

Dalam leka dia memandu keretanya diatas lebuhraya, didalam fikirannya bermain kembali tragedi dimana dia dipukul oleh lelaki misteri itu setelah tamatnya majlis perkahwinannya. Begitu perit dirinya untuk hadapi tragedi itu.

"I don't care! Aku akan cari juga kau jahanam!" Ujar Afeeq. Stereng kereta itu dipukul hebat olehnya. Wajah tegangnya membuatkan kemerahan seluruh mukanya.

** Di Hospital**

Afeeq melangkah menuju ke hospital itu seorang diri. Suasana hospital ketika itu begitu ramai yang berpusu-pusu keluar masuk. Ada yang membawa bayi kecil bersama pasangan.

Dua jururawat yang lalu bertentangan dengan dirinya memandang dengan wajah yang begitu teruja.

"Weiii! Hensemnya abang polis tu." Kata jururawat itu dengan rasa teruja

"Aahlah! Tinggi pula tu. Tapi setahu aku, kalau hensem macam itu, tentu dah jadi milik orang."

"Kau ni kan! Suka bagi putus semangat aku."

Afeeq memasang telinga mendengar perbualan dua jururawat itu sedang berborak tentang dirinya. Dia hanya mengukir senyuman dan meneruskan langkahnya untuk bertemu dengan doktor.

"Maaf dik! Abang dah jadi suami orang." Bisik didalam hatinya.

"Terima kasih doktor. Saya pun dah risau dengan keadaan adik saya yang depressionnya semakin teruk."

"Tak ada masalah. Tapi jangan bagi dia duduk seorang diri. Suruh dia beraktivit ya."

Perbualan antara seorang temujanji dengan doktor itu dipandang sekilas oleh Afeeq yang masih beruniform. Dengan pantas dia bangun untuk gilirannya bertemu dengan doktor itu.

Setelah pesakit itu meninggalkan ruang itu, Afeeq dengan segera melangkah berhadapan dengan doktor itu.

"Eh! Inspektor Afeeq! Ada apa awak datang sini?" Tanya doktor itu.

"Doktor! Boleh tak doktor rawat saya. Belakang kepala saya sakit."

Membulat mata doktor lelaki itu mendengar kata-kata daripada Afeeq.

"Baiklah! Sila masuk." Afeeq melangkah masuk kedalam bilik doktor itu. Dia melabuhkan punggungnya diatas kerusi berhadapan dengan doktor lelaki itu.

"Ada apa masalah Inspektor?" Tanya doktor itu.

"Beberapa hari lepas, saya dipukul oleh seorang lelaki yang agak misteri. Jadi saya nak doktor periksa belakang leher saya ni."

Sekali lagi doktor itu terkejut. Siapakah yang berani memukul Afeeq Ilham. Dia menarik nafas apabila mendengar cerita itu.

"Ya Allah! Tergamaknya! Boleh! Jadi saya terpaksa x-ray belakang leher awak Inspektor."

Beberapa jam kemudian, setelah selesai ujian x-ray leher belakang Afeeq, keputusan X-Ray itu ditunjukkan kepada Afeeq. Sebegitu fokus dia memandang kearah X-Ray itu.

He's Mine MR PGA (Inspektor Afeeq Ilham)Where stories live. Discover now