"Apa?"
Ya Bal? Aku sendiri nampak abang kau ditikam dekat tasik tu!" Sapa kawan kepada Iqbal.
Iqbal Taufiq adalah adik bongsu kepada Inspektor Afeeq Ilham yang berkerja di sebuah klinik di Sabah. Dia seorang yang sangatlah panas baran dan dia tidak menyukai jika ada yang cuba melukai atau mencederakan keluarganya.
"Baiklah! Nanti apa-apa aku call kau balik!" Sapa Iqbal Taufiq dengan penuh rasa marah. Kedua-dua tangannya digenggam menjadi penumbuk setelah mendengar berita mengenai abangnya ditikam oleh seorang lelaki.
"Abang! Aku datang!" Dengan segera Iqbal meninggalkan tempat itu.
Di Hospital Tawau, Sabah.
Keadaan Afeeq kini masih didalam keadaan tidak stabil kerana kecederaan yang parah pada bahunya. Beberapa orang anggota bawahan bersama Syaakir menunggu diluar wad itu.
Fierhan menyilang tangannya dengan airmuka yang begitu tegang tetapi didalam hatinya begitu gelisah.
"Tuan! Bagaimana boleh jadi begini?" Tanya Hisham gelisah.
"Saya pun tak tahu Sham! Tiba-tiba saja ada orang serang Inspektor Afeeq awak sewaktu kitaorang berdua sedang tenangkan fikiran semalam."
"Ya Allah, agak-agak siapalah yang tikam tuan Afeeq?!" Dengan pantas Fierhan melangkah kearah mereka.
"Tuan! Saya rasakan, ini mesti kerja orang yang sama." Sapa Fierhan tegas. Syaakir dengan pantasnya mengerutkan dahinya.
"Maksud awak? Lelaki yang pukul tuan Afeeq awak didewan tempoh lalu?"
"Ya! Saya syak dia lah tuan."
"Assalamualaikum." Satu suara memberi salam dibelakang mereka. Syaakir,Fierhan dan Hisham menoleh kearah suara itu.
"Waalaikumusalam! Encik ni siapa?"
"Saya Iqbal Taufiq. Adik bongsu kepada Inspektor Afeeq Ilham." Mereka bertiga terkejut kerana lelaki itu adalah adik bongsu kepada Afeeq.
"Adik bongsu Inspektor Afeeq?"
"Ya tuan!"
"Apa yang awak buat disini?" Tanya Inspektor Syaakir tegas. Wajah lelaki itu dipandang serius.
"Saya datang untuk melawat abang saya. " Tegas saja suara Iqbal menjawab tanpa rasa berdebar sedikit pun.
"Baiklah, awak boleh masuk!"
Dengan segera Iqbal melangkah masuk kedalam wad itu dengan wajah tegang tanpa dia mempedulikan Syaakir dan anggota yang lain. Setelah dia membuka pintu, begitu terkejut dirinya melihat keadaan abangnya yang terlantar sehingga tidak sedarkan diri.
Dia mengenggam penumbuk dan didalam hatinya kini panas membarak. Dia mendekati abangnya dengan wajah tegang. Tangannya abangnya dipegang erat sambil memandang kearah wajah Afeeq.
"Abang! Aku datang. Aku datang kesini untuk melawat engkau." Sapa Iqbal dengan penuh tenang tetapi dihatinya kini begitu risau bercampur marah. Tangan yang digenggam dengan tangan abangnya diletakkan didadanya.
"Tak apa! Rehatlah dulu bang. Aku akan cari jahanam itu untuk menuntut balas dendam dan apa yang terjadi pada kau bang. Aku keluar dulu." Pintu itu ditarik sehingga Syaakir dan anggota lain memandang kearah Iqbal yang keluar yang tegang. Syaakir dan Fierhan hanya memandang serius kearah Iqbal.
"Tuan! Baran betul adik tuan Afeeq!" Kata Fierhan tenang.
"Ya! Sebaran baran Inspektor Afeeq, baran lagi adik dia." Sapa Syaakir tentang Iqbal.
YOU ARE READING
He's Mine MR PGA (Inspektor Afeeq Ilham)
Action!! Before nak baca story ni, sila baca He's Mine MR PGA yang first tu dulu!! Inspektor Afeeq Ilham(Insp PGA) & Eidatul Hayna (Cikgu Sekolah) He's Mine MR PGA ( Mr Redflag & Mrs Shying) adalah kisah dimana Inspektor Afeeq Ilham mempertahankan nama...