Bab 11

18 2 0
                                    

"ASSALAMUALAIKUM,—" Ismail jeda. Kata-kata yang dia sudah susun sebelum ini dan dipraktis beberapa kali sepertinya hilang lesap setelah matanya jatuh menatap wajah perempuan yang baru menjadi pasangannya, yang bakal menempuh hidup di dunia dan di syurga bersamanya. Perempuan yang perlu dia lindung selain ibu dan anak perempuannya.

"Waalaikumussalam, masuklah." Jemari Nafeesa digenggam sesama sendiri. Ismail yang berada di muka pintu dijemput masuk. Tangannya berpeluh tika ini. Jantungnya berdegup kencang. Wajahnya terasa bahang. Senyumannya dirasakan kekok. Tetapi yang pasti, hari ini, dan saat ini, terasa benar. Hari Nafeesa menjadi isteri. Sebagai seorang isteri yang baik, Nafeesa mengajukan soalan berbaur keprihatinan kepada Ismail.

"Encik Smile okay? Macam mana akad nikah tadi? Nervous tak? Tok kadi ada bagi ceramah panjang-panjang ke tadi? Ramai tak orang kat bawah?"

Ismail laju mengatup pintu bilik sembari tawa kecilnya meledak apabila Nafeesa tidak henti-henti menghamburkan soalan rawaknya. "Terima kasih, sekarang dah tak nervous dah." Ismail menyimpul senyum. Langkahnya diatur mendekati wanita rupawan jelitawan yang sedang duduk ayu di birai katil yang dihias cantik sekali oleh beberapa ahli keluarganya yang bertangan seni.

"Nafeesa atau awak atau sayang atau baby?" Ismail tersenyum nakal. Soalan itu diberikan secara tiba-tiba.

"Ap-apa? Untuk apa ni?" Gugup Nafeesa kembali datang. Ismail yang sedang mengambil tempat di sebelah kanannya dipandang sekejap-sekejap. Pura-pura tidak faham apa yang dikatakan oleh Ismail.

"Which one do you prefer, my dear?" Ismail merapatkan wajahnya. Mata mereka saling bertentangan. Ismail tengok Nafeesa, Nafeesa tengok Ismail.

Gulp. Liur ditelan. Tangan Nafeesa serba-salah menolak lembut wajah Ismail yang agak rapat itu. Degupan jantungnya tidak dikawal saat ini. Rasa macam nak meletup. Boom!

Tangan Nafeesa yang masih tergawang itu dicapai dan dibawa rapat ke bibirnya.

"Eek!" Nafasnya tertahan. Badannya kejung gara-gara terkejut akan gerak laku Ismail yang tidak disangka-sangka itu. Sebentuk cincin bertatahkan berlian disarungkan ke jari manis Nafeesa oleh si kacak Ismail.

"Cantik, macam isteri saya." Kepala mereka yang menunduk tadi kembali terangkat dan pandangan mereka kembali bersatu. Ismail senyum lagi. "Cantik," katanya lagi pada Nafeesa saat mata mereka saling merenung antara satu sama lain. Kepala Nafeesa kembali jatuh. Lelah dengan serangan Ismail yang bertubi-tubi mengganggu rentak degupan jantungnya sejak tadi.

"Encik Smile memang jenis flirty eh sebenarnya?" Tebak Nafeesa.

"Siapa Encik Smile? Saya ke? Tapi saya suami awak." Ismail sengih. Sengaja dia berkata begitu. "Kan sayang baby cinta hati belahan jantung kekanda?"

"No!" Terpejam mata Nafeesa tidak rela mendengar gelaran yang maha panjang diberikan oleh Ismail itu. Kedua-dua belah tangannya menutup telinga kiri dan kanannya.

"Awak panggil saya Encik Smile, saya panggil awak sayang baby cinta hati belahan jantung kekanda." Ismail bernegosiasi.

"Nafeesa. Panggil saya Nafeesa saja." Nafeesa merapatkan tangannya.

Ismail angguk kecil. "Dan Nafeesa kena panggil saya abang. Boleh?"

Nafeesa diam seketika, tidak menjawab soalan Ismail.

"Boleh tak sayang baby cinta hati belahan jantung kekanda?" Tangan Ismail bermain dengan hujung selendang yang dipakai Nafeesa sebelum beralih pada tangan kanan Nafeesa pula.

"B-boleh." Tergagap-gagap Nafeesa menjawab.

Tok. Tok. Tok.

"Dah sudah ke belum Ismail, Nafeesa? Tetamu semua nak tengok pengantin hari ni, lagi-lagi pengantin perempuan."

Mereka saling memandang pintu kemudiannya kembali pada pasangan mereka. Encik suami dan puan isteri itu tertawa kecil. Baru sedar bahawa mereka telah mengambil masa yang agak lama hanya untuk 'sesi sarung cincin dan tanda tangan surat dan dokumen nikah'.

"Tangan," pinta Nafeesa.

Ismail memberikan tangan kanannya. Nafeesa menggenggam tangan itu sedikit sebelum sebentuk cincin yang diambil dari kotak baldu berwarna merah disarungkan pada jari manis Ismail, seperti yang Ismail lakukan kepada jari manisnya tadi.

"Perfect," ucap Nafeesa. Senyumannya tidak dapat ditahan daripada terbentuk.

Ismail pula secara spontan mengukir senyum apabila matanya sejak tadi memerhati isterinya.

"Sekarang kita selfie!" Nafeesa mengeluarkan telefon pintarnya entah dari mana sebelum dia menghalakan skrin telefon ke arah mereka berdua, tanda ingin menangkap gambar mereka menggunakan kamera bahagian hadapannya.

"Satu, dua, tiga-"

Kchak!

Terbuntang luas biji mata Ismail. Wajahnya sedikit demi sedikit terasa hangat ekoran daripada kehangatan yang mula tersebar di pipi kirinya. Dia membawa pandangannya ke arah Nafeesa yang sedang sengih tidak bersalah itu.

"Hehe."

Tanpa kata, hanya senyum yang menghiasi wajah mereka berdua.

Smile!Where stories live. Discover now