BAB 32

948 61 1
                                    

Elyana tergelak melihat muka tidak puas hati Raess

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Elyana tergelak melihat muka tidak puas hati Raess. Kuzail dan noah yang sedang berjalan di belakang mereka dikerling sekilas. Mereka berdua sedang menari kecil sambil pegang ais krim di tangan masing masing. Faliq pula hanya tenang berjalan sambil kedua tangan dimasukkan ke dalam poket seluar

Elyana paling ke hadapan lalu dia tertawa kecil. Sebelum mereka keluar, Raess sudah terlebih dahulu melarang mereka bertiga untuk mengikutinya. Tapi apalah sangat amaran tu. Dia ingat senang ke nak tundukkan jejaka tampan bernama Noah dan Kuzail?

Saat Raess sudah bergerak bersama elyana, mereka hanya tenang mengikuti kereta raess dari belakang. Siap buka bumbung lagi. Sewaktu menunggu lampu isyarat, Raess paling ke sebelah kanan. dia mengetap bibir saat melihat mereka bertiga tersenyum manis sambil membuat jari peace.

Nak marah pun tak guna. Buang air liur sahaja.

Elyana berjalan mendahului mereka. Dia hanya fokus memilih barang keperluannya. Matanya terjatuh pada makanan ringan kesukaannya. 'Doritos' bibir terus dikemam saat dia teringat pesanan Raess.

'Take anything you want, but no fast food.'

Elyana mencebik. "No fast food." ulangnya dengan nada mengejek. "Berdosa ke tak eh kalau aku langgar arahan suami yang macam ni?" bibir digigit perlahan. Tangannya teragak-agak mahu ambil ataupun tidak.

"Hesy, tak apa kut. Ni macam benda kecil je." dia pun buat keputusan untuk tetap mengambil bungkusan doritos itu. Saat raess berjalan ke arahnya sambil menolak troli, Elyana terus menyorokkan doritos itu di belakangnya.

Raess perasan dengan wajah isterinya. Dia nampak apa yang Elyana lakukan sedari tadi kerana sudah lama dia memerhatikan gadis itu. Kepala digeleng perlahan. "Nak beli apa lagi?" soalnya tenang.

Elyana hanya beriak biasa. "Err barang basah." Raess angguk kepala lalu dia lepaskan pegangan pada troli itu. Dia berjalan ke arah Elyana lalu berhenti tegak dihadapan isterinya. Elyana telan liur yang terasa kelat.

Raess jenguk ke sebelah kanan lalu Elyana juga gerakkan badannya mahu menghalang Raess dari ternampak bahan terlarang dibelakangnya.

"Sorok apa dekat belakang tu?" soal Raess. Sepasang mata Elyana naik memandang panahan mata Raess. "Tak ada apa." jawab Elyana tidak jujur. Akan ku pertahankan doritos ini!

Elyana tergamam saat Raess menarik badannya ke dalam pelukan lelaki itu. Badannya mengeras. Dia tidak melawan dan saat tangan Raess bergerak mengambil bungkusan doritos itu dari genggaman dia pun dia tidak perasan.

"Ekhem" deheman dari seseorang menyentakkan Elyana lalu dia terus menolak badan Raess kebelakang.

"Tahu baru kahwin, tapi cuba sabar sikit. Ni dekat dalam mall tahu, tempat awam. Kau kena jaga perasaan orang yang single. lagi-lagi kita orang ni." perli Noah.

It's You!Where stories live. Discover now