HARI ini merupakan hari pertama Dara mulakan kerja di Rezeki Holding. Sama seperti semalam, dia lebih selesa mengenakan pakaian yang nampak biasa-biasa. Cukup blouse biru tua dipadankan dengan slack hitam, dan rambut dibiar lepas.
Sedang Dara sibuk meneroka ruangan pejabat, haruman minyak wangi mewah menyapa rongga hidung Dara. Senyuman terukir sebaik melihat figura yang baru menapak masuk.
"Sorry, lambat! Kereta saya buat hal pagi ni. Terpaksa minta tolong Si Haris hantar."
Dara diam. Dia tidak tahu kenapa ringan mulut Atiya bercerita dengan dia. Dia hanya pekerja baharu. Belum kenal sepenuhnya salasilah keluarga mereka. Siapa Haris pun Dara tidak kenal.
"Dia orang dah tunjukkan dekat mana bilik Dara?" Pelik bila Dara hanya berdiri tegak dengan beg masih tergantung di bahu.
"Belum lagi." Ujar Dara dengan senyuman.
"Kan semalam saya dah pesan." Ada kerutan di wajah Atiya. Dia sempat berpesan pada pekerjanya supaya mengosongkan satu ruangan meja untuk Dara.
"Bukan macam tu. Dia orang memang nak tunjukkan pada saya, tapi saya nak sendiri nak tunggu Cik Atiya." Dara terlebih dahulu bersuara bila wajah Atiya berubah merah sedikit.
Barulah Dara diperlihatkan senyuman Atiya.
Sebenarnya, Dara yang berbohong. Kehadiran dia tidak disambut baik oleh pekerja bernama Suraya. Layanannya dingin. Dara disuruh menunggu sehingga Atiya sampai, kemudian ke mana Suraya menghilang pun Dara tidak tahu.
Panjang umur. Suraya yang dia sebut-sebutkan di dalam hati muncul tepat pada masanya. Buat pertama kalinya Suraya melemparkan senyuman. Bebeza benar perwatakkan perempuan ini ketika Atiya ada.
"Sorry. Tadi saya turun ke park. Ada document yang tertinggal dalam kereta."
Serentak Dara dan Atiya melihat fail hitam yang dipeluk Suraya.
"Laporan kewangan tahun lepas?" Duga Atiya.
"Ya, Cik Atiya."
Dara perasan ada raut tidak senang di wajah Atiya. Tapi dia tidak berhak untuk ikut campur. Orang baru, buat cara macam orang baru. Itu lebih aman.
"Tak sia-sia syarikat ada pekerja macam awak. Patutlah jualan syarikat semakin naik."
Bukan main kembang Suraya apabila dipuji. Sebaliknya bagi Dara, pujian itu berhelah. Penuh beracun. Cepat Dara mengusir semua firasat jahat di dalam kepala dia ketika ini.
"Oh, ya. Dah kenal dengan staff baru? Dara...Dia akan menggantikan tempat awak tak lama lagi. Nanti tak perlulah awak workaholic, sampai kena bawa kerja balik ke rumah."
Sekali lagi, Dara dipertontonkan wajah gelap Suraya yang tersembunyi disebalik senyuman kekoknya. Dara mula rasa tidak selesa. Dia memilih untuk bubar saja dari perbincangan antara ketua dan pekerja itu.
"Dara!" Belum sempat Dara angkat kaki, nama dia disebut.
"Ya, Cik Atiya." Sahut Dara laju.
"Awak masuk dalam. Jumpa saya. Dan Su...Nanti kalau Haris datang, pesan saya balik sendiri."
"Cik Atiya balik dengan siapa?"
Jangan kata Atiya saja tidak selesa dengar soalan tersebut. Dara juga merasakan hal yang sama. Dara merenung Atiya yang nampak berat mahu menjawab soalan Suraya.
"Saya balik dengan Dara hari ni."
Rahang Dara hampir cecah lantai. Mana Atiya tahu dia memandu hari ini? Semalam pun, dia mengambil grab car untuk mengetahui selok belok ke sini. Pagi ini pun, Dara sampai awal lima belas minit.

YOU ARE READING
Perangkap cinta
RomanceSekali terjerat, selama-lamanya akan terperangkap. Kisah cinta Dara dan Haris. Mampukah Haris bikin Dara terjerat sekaligus menjadi suri hatinya. "Saya ni bukanlah banyak duit. Makan pun bawa bekal. Kalau awak nak makan, ini saja saya mampu bagi."...