EMAK sengaja membentuk pakatan sendiri tanpa sebarang kempen. Lihat sajalah, emak sudah meraih undian majoriti kaum kerabat Dara. Lebih dari separuh berpihak pada emak.
Bukan Dara tak tahu makna di sebalik senyuman emak. Apa lagi lirikan emak lebih kerap terhala pada lelaki di sebelah m. Kecantikkan dia pun berjaya ditewaskan oleh kekacakkan orang sebelah.
Ketika Dara sedang berperang dengan perasaan sendiri, ada satu suara yang memberi arahan. Arahan yang gagal dipatuhi sejak lima minit yang lalu. Dia masih teragak-agak untuk menurut.
"Apa nak dimalukan? Haris dah jadi suami Dara."
Ya.
Lelaki itu telah selamat menjadi suaminya sejak dua puluh minit yang lalu. Sekarang Haris berada sebilik dengannya setelah selesai upacara batal air sembahyang. Sekarang, dia perlu menurut kehendak jurugambar yang mahu mengambil gambar mereka berdua untuk diabdikan sebagai kenangan. Bukan bergambar macam dalam buku tahunan sekolah diri sebelah menyebelah tanpa sebarang senyuman. Perlu ada juga sentuhan fizikal.
Emak pula secara sukarela menjadi pembantu jurugambar tidak berbayar. Emak yang riuh menyuruh Dara bergaya itu dan ini. Semestinya, anggota tubuh dia gagal dengan cemerlang untuk menurut perintah. Haris? Lelaki itu hanya diam menunggu aksi dari pihak perempuan.
"Cepat Dara. Semua orang tengah tengok kita. Atau awak tak kisah kalau mereka semua berkampung dalam bilik ni bersama kita sampai malam?" Bisik Haris.
Rengusan Dara meletus. Perlahan cuma.
"Okey...Awak jangan lebih-lebih pula." Dara akhirnya mengalah.
"Ya Allah! Sempat lagi bisik-bisik. Nak berbisik tunggu malam nanti."
Satu suara menyapa berjaya mengubah suhu wajah Dara.
"I told you..."
Tangan Haris sudah mulakan kerja, dan impaknya seluruh tubuh Dara automatik mengeras.
Bila merasakan pergerakkan tangan Dara untuk sampai dibahunya terlalu lambat, Haris sedia membantu. Dia mencapai ke dua belah tangan Dara lalu di daratkan bahunya. Dan tangan dijatuhkan semula pada pinggang isterinya.
"Kerja senang, tak sampai seminit pun." Ujar Haris dengan bibir senget.
Jelingan Dara yang pertama muncul. Kalau dia tahu begini kejadiannya, awal-awal dia akan menentang keras untuk mengupah jurugambar.
"Tak cantik! Jauh sangat. Pengantin perempuan pun tak senyum."
Komen jurugambar buatkan sepasang bibir Dara mengetap.
Tanpa sempat Dara bersedia, Haris terlebih dahulu menarik dia rapat. Hampir saja wajahnya tersembam dalam dada bidang lelaki ini. Mujur sepasang tangannya turun melekat di dada Haris sebagai penghalang bibirnya meninggalkn cop mohor pada baju putih gading milik lelaki itu.
"Tolong senyum..." jurugambar masih belum berpuas hati dengan kerjasama pengantin perempuan.
Teguran itu untuk Dara. Dari tadi dia yang kekok mengukir senyuman. Dia yang payah untuk bekerjasama. Sedangkan Haris itu sudah lama bersedia. Biarpun senyuman Haris itu hanya tipis. Itu pun sudah menyerlahkan aura lelaki yang telah bergelar suaminya.
"Kiss or smile? Pilih salah satu untuk saya laksanakan sekarang."
Ugutan Haris berjaya bila Dara automatik merekah senyum. Cukup lebar. Itu bukan bererti dia kalah. Dia hanya mengelak berlakunya kejadian tidak diingini. Terutamanya kejadian yang tidak elok untuk tontonan umum.
"Good!"
Sikit lagi heel Dara ingin mencari kaki Haris kalau bukan ada berpuluh-puluh pasang mata yang sedang memerhati.
Seharian berkepit dengan Haris itu menyesakkan sangat dada Dara. Telapak tangan dia juga sentiasa berpeluh bila Haris langsung tidak mahu melepaskan tangannya. Terkadang Haris itu diluar kawalan bila tangan lelaki itu akan naik berada dipinggangnya. Puas dia menyiku perlahan perut Haris. Malah lelaki itu hanya memandang dengan sebelah kening naik tinggi. Tiada langsung rasa bersalah. Seolah-olah memberi soalan 'apa' kepadanya semula.
Sepanjang majlis resepsi pula, hanya Dara yang rajin membalas senyuman semua tetamu. Berbeza dengan Haris yang lebih selesa menayang muka biasa. Cukup dengan sepasang mata yang tersenyum. Itulah tipikal Hilman Haris yang orang lain anggap sombong nak mati.
Dara mampu menghirup udara sejenak bila Haris sedang menyapa sekumpulan rakan sekerjanya. Dikesempatan inilah dia memandang sekeliling. Tercari-cari kelibat seseorang yang dia nanti-nantikan kemunculannya.
"Dara..."
Dara menoleh sisi. Dia terbata. Bukan orang ini yang dicari. Tumpuan Dara dicuri tangan kecil yang dipimpin. Bibir si kecil itu melemparkan senyuman.
"Salam auntie..."
Anak kecil itu menurut. Semakin teruk rasa terkejut Dara. Dia tidak menjangka bakal berjumpa dengannya di sini. Di majlisnya sendiri.
"You nampak cantik."
Diam. Kemudian, Dara menjeling kiri dan kanan. Dapat dirasakan peluh mula tumbuh bak cendawan.
"Patutlah you tolak bila I nak kita berbaik semula."
Naim tak patut ungkit kisah silamnya di sini. Di majlisnya. Bahaya! Boleh mengundang fitnah.
"Sera. Anak I."
Dara tunduk. Ada senyuman diukir buat anak kecil yang mendongak memandang ke arahnya.
"Hai, Sera." Sapa Dara. Biarpun dia memberi layanan dingin terhadap Naim, namun dia masih ramah menegur anak lelaki ini. Anak kecil ini tak bersalah.
"Sera diri dengan auntie, papa ambilkan gambar."
Besar bukaan mata Dara. Naim bukankah sepatutnya meminta kebenaran untuk bergambar dengan dia? Tapi bila Dara terpandang wajah gembira Sera, dia kuburkan niat untuk menolak. Apatah lagi mereka berada di dalam majlis. Kalau Dara memberi layanan dingin, itu bakal menarik perhatian semua tetamu.

YOU ARE READING
Perangkap cinta
RomanceSekali terjerat, selama-lamanya akan terperangkap. Kisah cinta Dara dan Haris. Mampukah Haris bikin Dara terjerat sekaligus menjadi suri hatinya. "Saya ni bukanlah banyak duit. Makan pun bawa bekal. Kalau awak nak makan, ini saja saya mampu bagi."...