Daripada lagu balik kampung, sekarang dah bertukar jadi lagu 'mengantuk mengantuk nak tidur mana'. Awal-awal semua terpekik gembira, akhirnya Gee dan Diane dah belayar jauh entah kemana. Tinggal lah Vick yang masih setia memandu, Hardy yang berfungsi sebagai co-pilot tapi lebih memilih merenung jalan dan Astra yang menghadap telefon ditangan.
Astra menjeling Diane yang sedap tidur dibelakang sambil melanjur kaki, dia sorang dah conquer dua seat. Lepas sedap makan nasi ayam penyet, Diane minta tukar tempat duduk, rupanya itu lah niat dia. Astra mengerling Hardy melalui cermin hadapan, langsung tak nampak mata. Mana taknya dah kalau cermin mata hitam duk bertenggek dekat hidung. Entah tidur ke entah jaga.
Sesekali gadis itu mengeluh. Antara rindu dan sakit hati, dia lagi sakit hati. Mengenangkan Hardy yang tak jujur, mahu saja dia tumbuk-tumbuk lelaki itu bagi lumat. Terfikir dibuatnya kenapa Hardy tak jujur dari awal. Kalau ada yang bertanya, takkan Astra tak perasan langsung Hardy dengan RH tu orang yang sama, jawapannya tak. Astra tak pernah berbual dengan Rom Hardy secara dekat, dengar lagu dia pun jarang.
Rumit betul lah.
"Astra rajin tengok Tiktok?" Suara Vick mengejutkan Astra, mungkin video yang dimainkan oleh Astra terlalu kuat. Mana tak nya kalau dah 10 kali 'dengarkan lah disepanjang malam aku berdoa' duk lalu dekat FYP. Astra kembali menegakkan tubuh.
"Eh takde lah, sekali-sekali je." Balasnya separuh berbisik.
"Oh, follow siapa je?"
"Astra banyak follow streamers, youtubers, gaming. Kadang-kadang dorang banyak jugak buat content."
Vick membuat bibir bentuk O sambil mengangguk faham.
"Ni Hardy pun suka main game jugak. Apa game kau main tu bro?"
Kalau tentang itu, Astra pun tahu Hardy main apa.
"Apex Legends." Jawab Hardy pendek. Sah, memang Hardy adalah RH. Lain kali pilih lah nama elok sikit. PhantomNinja ke, BlazeReaper ke, LuvBoy919 ke. Ini RH. RH, dah tentu tentu itu inisial nama Rom Hardy. Bodohnya lah Astra ni, macam mana boleh tak perasan.
"Haa Apex Legends. Abang pun tak faham sangat. Abang tengok je. Haa boleh la Astra main dengan Hardy." Vick ketawa dihujung ayatnya. Entah apa yang kelakar pun Astra tak tahu.
"Oh Okay." Balas Astra tak teruja. Siapa nak main game dengan Hardy? Astra dah block dekat semua tempat. Biar padan muka dia.
"Astra ambik course apa?" Tanya Vick lagi. Astra syak Vick ni mengantuk, dengan Hardy yang tak banyak bercakap lagi lah mengantuk kawan tu.
"MassCom. Dah sem 3 sama macam Diane."
"Oh, Abang ramai kawan budak MassCom."
Yela abang, tak tanya pun.
"Dulu Abang dengan Hardy ambil Film studies. Last-last sorang jadi penyanyi sorang jadi manager. Kira sama la tu."
"Tu yang kuat berlakon tu." Perli Astra separuh berbisik.
"Haa?"
"Oh tak, Mesti pandai berlakon jugak."
Vick tertawa besar "Mana pulak berlakon. Kitaorang duduk belakang kamera je."
Hardy mesti pandai berlakon. Tu yang tiptop bab-bab menipu.
"Hardy ada je dapat tawaran berlakon, muka komersial tapi semua dia tolak." Sambung Vick lagi.
"Kenapa tak terima je tawaran tu? Tengok muka memang macam pandai berlakon." Naaahh tu dia. Perlian sedas. Satu sepakan percuma daripada Astra.
"Tak pandai berlakon." Hardy berjaya mengelak. Sepakan tadi tersasar.
YOU ARE READING
RomAntics
ChickLit*Light Adult Romance Kpop? Not bad. Ballad? Boleh lah. Rock? Mehhhh. Dugem? LOL. Game? YES. Bagaimana kalau si Rockers baru nak naik bertemu dengan si gadis pendiam yang suka bermain permainan online? adakah kita bikin romantis bikin paling romantis...