🎵.𖥔 ݁09. ˖🎶๋࣭ ⭑

473 45 3
                                    

Kediaman Keluarga Kim. 2009

⭑⚝💜BERAPA BANYAK✮⋆˙💿

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

⭑⚝💜BERAPA BANYAK✮⋆˙💿

Pintu gerbang rumah agam terbuka perlahan ketika pembantu rumah yang bertugas menyambut ketibaan tuan muda mereka petang itu. Mereka menundukkan badan sedikit sebaik sahaja remaja tinggi lampai beruniform sekolah itu melangkah masuk.

"Selamat pulang, tuan muda. Selamat datang, Cik Ji Eun..."

"Hai, Makcik SangHee," sapa Arona sambil berjalan seiring dengan Hajoon ke dalam rumah tu. "Maaf sebab mengganggu."

"Ibu dengan ayah dah balik ke?" tanya Hajoon ketika pembantu kat situ mula ambil bekas makanan dengan blazer dari dia.

"Belum, tuan muda. Menurut Tuan Hyung Joon, beliau mungkin akan pulang lewat sebab urusan kerja, sementara Puan Besar baru je keluar pukul 2 petang tadi," beritahu Makcik SangHee.

"Kalau macam tu, sediakan makan malam macam biasa ya. Jangan pedas untuk Ji Eun," arah Hajoon selamba.

Arona kat sebelah buat muka sebab nada yang Hajoon guna tu. Tak kira la berapa lama dia berkawan dengan Hajoon, dia tetap belum biasa dengan sisi Hajoon yang ni. Bukan main lagi lagak Hajoon sebagai tuan muda ya. Mujur la lelaki ni tak guna intonasi yang sama kat dia tiap kali diorang luangkan masa. Kalau tak, memang tak hingin dia berkawan dengan Hajoon ni.

"Terima kasih untuk kerja kerasnya," ucap Arona awal-awal.

"Sama-sama, Cik Ji Eun..."

Lepas tu, diorang berdua menuju ke arah tangga nak naik tingkat atas. Sambil jalan tu, Arona pandang-pandang sekeliling. Ni dah kali keenam dia jejak kaki ke rumah istana keluarga Kim Hajoon. Ya... si braty ni memang anak orang berada yang berpengaruh. Bukan setakat ada ibu bapa yang kaya, malah datuk nenek dengan saudara mara lain pun bukan calang-calang latar belakangnya.

Cuma sebab Hajoon tak tunjuk sangat, jadi orang lain anggap Hajoon ni dari keluarga biasa-biasa je. Termasuk la Arona sendiri, dia sendiri tak tahu Hajoon anak orang kaya sampai la Hajoon sendiri yang mengaku.

"Kau tak sunyi ke duduk rumah sebesar alam ni sorang-sorang?" borak Arona ketika Hajoon bawa dia ke bilik belajar lelaki tu. Awalnya diorang ke situ nak buat kerja sekolah sama-sama. Sebab Hajoon enggan pergi ke bilik belajar tempat pelajar lain biasanya study prep, Hajoon ajak ke rumah dia je.

"Sebab itu aku ada kau..." beritahu Hajoon masa buka pintu.

"Kau ingat aku takde kerja lain? Nak menghadap kau 24/7 seharian? Aku pun ada kerja part time yang kena pergi..." ujar Arona sambil tanggalkan beg dari badan, terus duduk atas kerusi meja belajar sebesar meja makan kat tengah ruang tu.

"Berapa kau-"

"Ah-ah... stop right there. Aku tahu apa kau nak cakap," tegah Arona dengan tegas kat Hajoon.

"Aku belum cakap apa-apa lagi," dengan muka tak bersalah, Hajoon duduk kat kerusi berhadapan dengan Arona.

"Kau ingat aku tak tahu," cemik Arona menyampah.

"Memangnya apa aku nak tanya kat kau?"

"Kau mesti tanya berapa banyak aku dapat dalam sejam untuk kerja part time aku tu kan? Kenapa? Kau nak bayarkan sebagai ganti aku luangkan masa dengan kau?" naik turun mata Arona pandang Hajoon.

"Kenapa? Tak boleh ke?"

"Memang tak boleh la jawabnya. Kau ingat aku ni apa? Suka hati je. Lagipun duit yang ada kat kau ni datang dari siapa?"

"Ayah dengan ibu aku..."

"Jadi duit tu duit siapa?"

"Ayah dengan ibu aku tapi dah jadi milik aku lepas diorang bagi kat aku."

"Yelah... tapi duit tu hasil dari siapa?"

"Ibu dengan ayah aku..."

"See... kau sendiri tahu pasal tu. Dan sewenang-wenangnya kau nak guna duit orang lain untuk kesenangan kau..." tegur Arona sambil tunding jari kat permukaan meja tu tegas-tegas.

"Tak boleh ke?" masih tak mengerti, Hajoon tanya dengan riak suci tak bersalah dia.

"Of course not. Ni dengar apa aku cakap. Kita ni kaya ke miskin ke, kalau bila nakkan sesuatu, kena usaha sendiri dengan guna hasil kerja keras sendiri. Bukan guna pengaruh atau kemampuan orang lain. Termasuk la kau...."

Sekejap Hajoon terdiam kat situ. Pandang Arona dengan renungan dalam dan tak berkelip. "Jadi maksud kau, kalau aku nak beli sesuatu atau dapatkan sesuatu kena dari hasil kerja aku sendiri? Macam kau? Kerja part time untuk bayar tuisyen dengan kelas tambahan kat akademi walaupun ibu bapa kau mampu bayarkan untuk kau?"

"Of course. Itu kita namakan sebagai self dependent. Lebih kurang macam independent, tapi lebih kepada bergantung pada kemampuan diri untuk survive. Belum bebas buat keputusan lagi tapi tidak bergantung harap pada sesiapa. Faham tu?" tambah Arona.

Lantas Hajoon pun tersenyum. "Mm. Aku faham," angguk dia, pandang kagum kat Arona. Buat dia makin nak berkawan lebih lagi dengan gadis ni. Itu bermakna, kalau dia guna duit sendiri dengan usaha sendiri, Arona akan bersama dengan dia lebih lama.

"Bagus. Jom mula belajar. Aku kena masuk kerja pukul 5 nanti. Kita ada masa dua jam setengah lagi," beritahu Arona lepas keluarkan beberapa buah buku dari beg dia.

END OF FLASHBACK

END OF FLASHBACK

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
54. My Celebrity BoyfriendTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang