Arona Sweet 25 tahun, seorang siswazah sepenuh masa tahun akhir peringkat ijazah. Major Fashion Designer di Universiti Seoul. Kehidupan dia normal seperti orang lain. Cuma bezanya, dia ada rahsia yang kalau boleh taknak ada sesiapa tahu.
Tapi itula...
¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.
๋࣭ ⭑⚝💜Jinhyuk Undurkan Diri ✮⋆˙💿
Scritch!
Scritch!
Bunyi pensel dilukis pada atas kertas sketching.
Pensel warna, pensel drawing, pen makenikal, Marker berwarna, pembaris, helaian cebisan kain perca dan beberapa lagi peralatan melukis bersepah atas meja kerja.
Sambil tekun membuat sketching di dalam drawing blok, Arona duduk di bangku meja kerja dalam bengkel.
Waktu itu keadaan lengang. Hanya terdapat tiga orang pelajar sahaja termasuk Arona di situ. Manakala yang lain masih belum selesai menghadiri kuliah mereka. Seoyung ada bersama, namun gadis itu sudah terlena atas sofa di penjuru bengkel.Tertidur sejak masuk ke situ lagi. Kata Seoyung, dia kepenatan kerana berjaga hingga lewat malam semata hendak menyiapkan kerja menjahit untuk permarkahan.
Ketika kepala yang bersanggul itu tunduk mencoret drawing block, satu kelibat muncul dari tepi tidak lama kemudian.
Melangit di sampingnya. Membuatkan bayang ikut menyelubungi kertas lukisannya itu.
"Ehem!"
Arona tersentak. Kepalanya berpaling ke sisi sebelum bertemu dengan dada bidang seseorang. Dan bila matanya naik ke atas, sepasang mata sedang merenungnya. Perlahan-lahan keningnya pun terangkat.
"Senior Jinhyuk..." panggil Arona terkejut dan kekok dia rasakan. Masakan tidak, situasi dimana dia meninggalkan Jinhyuk sendirian semasa keluar makan tempoh hari masih bermain dalam fikiran dek berasa serba salah dan segan. Sudah tentu la dia akan berasa kekok bila berhadapan semula dengan Jinhyuk.
"Busy?" senyum Jinhyuk dengan manis. Sehinggakan matanya ikut tersenyum.
Kemesraan Jinhyuk tidak pernah gagal membuatkan Arona berasa serba salah dan janggal. Kalau orang lain mungkin akan tangkap cinta akan Jinhyuk. Tapi bukan dia. Yalah..disebabkan orang yang diminatinya bukanlah Jinhyuk, maka perasaan yang dirasai lebih kepada hormat semata bukan suka. "Senior perlukan apa-apa ke?" Arona sedaya upaya cuba tidak kelihatan kekok.
"Kalau kamu tak busy... Saya cuma nak tanya sesuatu. Boleh kita bercakap sekejap?" tunjuk Jinhyuk ke balik bahu. Merujuk agar Arona keluar dari bengkel itu.
Ini mesti tentang post dia bersama Hajoon ni. Arona pun mengangguk.
Sambil menghadap antara satu sama lain, Arona bersandar di dinding sementara Jinhyuk berdiri di hadapannya.
" Apa yang senior nak tanyakan tu?" Arona yang terlebih dahulu bertanya memandangkan Jinhyuk yang ingin bercakap dengan dia.
Jinyuk di situ merenung tatapan Arona bersama perasaan berkecamuknya. Dia benar-benar tidak ingin mendengar bait kata yang bakal dituturkan oleh Arona. Tetapi dia perlukan kepastian agar rasa kecewanya tidak terasa sakit lebih dari yang dia sedang alami.
"Kamu tahu bukan tentang perasaan suka saya pada kamu, Rona."
"Mm."angguk Arona.
"Dan kamu sudah tahu yang saya menyimpan perasaan ini sejak lama dulu."
Arona mengangguk lagi. Dia tahu kemana perbualan mereka akan pergi. Untuk itu Arona tidak berniat hendak berkata lebih, kerana dia akan berikan peluang kepada Jinhyuk untuk meluahkan segalanya kepada dia sekarang sebelum dia beri kata putusnya nanti.
"Saya bukan nak menyibuk, tapi betul ke kamu ada teman lelaki?Saya...saya sukakan kamu, Arona. Selama ini saya hanya mendiam diri kerana saya tahu kamu tidak merasakan perkara yang sama. Tapi bila saya lihat kamu bersama orang lain, saya jadi...cemas."
"Senior-"
"Tak adalah...saya tahu kamu sudah menjelaskan kepada saya dari awal sewaktu kamu menolak perasaan saya...tapi bukan ke sepatutnya kamu berikan saya peluang memandangkan kamu sendiri tidak bersama dengan sesiapa?"
"Senior Jinhyuk..."Arona mengeluh letih. Dia sendiri tidak tahu hendak menjelaskannya bagaimana memandangkan identiti Hajoon sendiri perlu dia lindungi. Hendak tak hendak dia perlu kekal low profile mengenai perhubungannya dengan lelaki itu. "Saya tak tahu nak cakap bagaimana lagi. Senior tahu yang saya hargai senior sebagai seorang rakan dan juga senior yang saya hormati . Jadi mana mungkin saya akan berikan harapan pada senior sedangkan saya tahu saya tak dapat balas perasaan senior tu."
Berkerut kening Jinhyuk bila dengar.
"Maafkan saya senior. Soal sama ada saya mempunyai teman lelaki atau tidak. Jawapannya tidak. Saya tiada teman lelaki buat masa sekarang ni. Tetapi sama ada saya menyukai seseorang ataupun tidak. Jawapannya ya. Saya ada seseorang yang saya sukai. Sejauh mana perasaan saya tu?Sejak saya berusia 16 tahun lagi sehingga sekarang. Lelaki sama yang saya sukai juga menyukai saya. Kami berdua berhubungan baik sehingga sekarang jadi saya memang tidak dapat menerima perasaan senior itu."jelas Arona dengan berhemah supaya kata-katanya tidak menyakiti senior baik dihadapannya ini.
Berkaca-kaca mata Jinhyuk sejurus itu. Leher dan telinga ikut merona kemerahan ekoran perasaan sedih yang mulai berombak dalam dada. Walaupun dia sudah dapat mengagak akan jawapan itu dari Arona, namun begitu dia tetap terkedu dengan kenyataan itu.
"Jadi saya langsung tiada peluang?"soalnya dengan nada terketar-ketar kecewa.
"Terima kasih sebab jujur, senior. Saya hargai perasaan senior terhadap saya tu. Tapi saya benar-benar tidak dapat membalas perasaan senior tu dan saya harap kita masih boleh terus menjadi sahabat.."balas Arona.
Sambil tersenyum sedih, Jinhyuk pun mengangguk akur. Tiada apa-apa yang dapat dia lakukan memandangkan peluangnya sejak awal lagi memang tidak pernah wujud pun.
"Saya faham tu, Rona. Sudah tentu, kita tetap boleh berkawan seperti biasa. Terima kasih kerana sudi mendengar."
"Saya pun begitu. Terima kasih kerana memahami, senior."
"Saya cuma nak kamu tahu, bahawa betapa pentingnya kamu buat saya, walaupun kita mungkin hanya boleh kekal sebagai sahabat."
Senang mendengar ucapan itu, Arona menarik senyuman lega sambil mengangguk ceria. "Saya tahu, dan saya sangat menghargainya. Senior pun dari awal lagi baik dengan saya, dan itu pun sudah memadai."
"Kita boleh terus saling menyokong, kan? Walaupun perasaan saya mungkin tidak pernah berubah, saya akan sentiasa ada untuk kamu."kata Jinhyuk.
"Ya, kita akan terus jadi sahabat baik."
"Baguslah kalau begitu. Jika ada apa-apa yang kamu perlukan atau jika kamu mahu katakan, jangan segan-segan untuk menemui saya."berat hendak menerimanya, tetapi Jinhyuk memilih untuk mengundurkan diri. Yalah, soal hati dan perasaan ni tidak boleh dipaksa.
"Mm. Saya akan ingat tu."senyum Arona berterima kasih kepada Jinhyuk kerana akhirnya mahu mengundurkan diri dari terus berharap padanya.
Selepas ini dapatlah dia bernafas dengan berlapang dada setiap kali bersama Jinhyuk. Tiada lagi perasaan serba salah atau kekok.
¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.