🎵.𖥔37.݁ ˖🎶๋࣭ ⭑

359 31 0
                                    

๋࣭ ⭑⚝💜BAYANG-BAYANG MEDIA✮⋆˙💿

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

๋࣭ ⭑⚝💜BAYANG-BAYANG MEDIA✮⋆˙💿

Beberapa hari kemudian,

Arona duduk di sudut biliknya, matanya terpejam rapat sambil menggosok dahi yang terasa berdenyut. Berita mengenai gambar dia dan Kim Ha Joon berpelukan yang telah tersebar luas buatkan dia tertekan dan merumitkan kehidupannya. Meskipun bilik itu tenang, fikiran Arona dipenuhi kekalutan dan risau.

Sebagai seorang pelajar, Arona tidak mempunyai pengurus atau penasihat untuk membantunya.Jadi dia bingung tidak tahu hendak membantu situasi ni agar tidak menjadi lebihp serius. Dan paling penting tidak akan menjejaskan reputasi Kim Ha Joon nanti.

Sudahlah Kim Ha Joon susah payah membina kerjaya lelaki itu sebagai selebriti. Takkan la hanya kerana dirinya ini segala usaha tu musnah. Memang tak boleh diterima la! Dia korbankan masa remaja dan dewasa dia semata untuk menemani Hajoon. Kalau gara-gara gambar mereka aje semuanya musnah, dia lebih sanggup botakkan kepala untuk itu.

Dengan tekad, dia memutuskan untuk menghubungi Kim Ha Joon.

Dia menghubungi telefon Kim Ha Joon, dan selepas beberapa deringan, suara Kim Ha Joon kedengaran di hujung talian, penuh dengan nada keletihan.

"Hey Sweetie..."

Arona menggigit bawah bibir. Telefon dicengkam erat sebaik suara itu menyapa telinga.

"Dah lewat malam ni, kau belum tidur lagi ke?"suara Kim Ha Joon kedengaran rendah dan dingin.

"Kau free ke sekarang?"

"Baru aje selesai meeting dengan XOS dan management. Kenapa?Kau tak apa-apa kan?"

"Ada sesuatu yang aku nak katakan pada kau.."kata Arona dengan nada tegas.

"Kalau mengenai skandal kita, kau tak perlu risau. Aku dah uruskannya dengan peguam aku. Jadi rehat la Arona. Tak perlu kau peningkan kepala mengenai hal ni."Hajoon beritahu dengan nada seakan memujuk.

Tapi ianya sedikit pun tidak memujuk dia. Arona menghela nafas dalam-dalam. "Aku tak boleh biarkan kau seorang aje yang tanggung semua ni. Kalau bukan disebabkan aku, kau takkan tersepit dalam situasi ni."

"Sweetie-"

"Aku rasa kita perlu mempertimbangkan untuk memutuskan hubungan kita."

"Apa? Kau bercakap tentang memutuskan hubungan kita?Aku tak salah dengar kan?" Kim Ha Joon tidak percaya. "Sweetie, ini terlalu drastik! Kita hanya menjadi pasangan kekasih. Bukan melakukan hal yang salah. Kenapa perlu sampai ke situ pulak perginya?"

Arona merasakan kemarahan dan kesedihan bercampur baur dalam suaranya. "Aku tahu. Tapi aku taknak disebabkan hubungan kita, kau yang dalam masalah. Macam mana kalau kau kehilangan kerjaya kau atau meletakkan kau ke dalam situasi yang sulit?Aku taknak kau dibenci dengan peminat apa lagi team XOS kau semata kau nak pertahankan aku."

Kim Ha Joon berdiam seketika, kemudian berkata dengan nada marah. "Sweetie, aku tak fikir memutuskan hubungan kita adalah penyelesaian yang terbaik. Aku sedia maklum tentang risiko semua ni dan aku dah bersedia dari awal. Kau sepatutnya faham, bukan menjadikannya lebih rumit dengan keputusan seperti tadi !"

"Memang aku faham, malah aku dah beritahu kau lebih awal tentang risiko relay kita ni dari awal lagi kan?" Arona membalas dengan nada tegas. "Aku taknak hubungan kita menjadi beban bagi kita berdua. Jika memutuskan hubungan adalah jalan untuk mengelakkan lebih banyak spekulasi, maka kita patut pertimbangkannya..."

Kim Ha Joon terdiam sejenak, nafasnya kedengaran berat di hujung talian. "Sweetie, listen. Aku faham sekarang adalah masa yang sukar untuk kau, tapi memutuskan hubungan bukanlah cara yang aku ingin ambil."

Arona merasakan jantungnya berdegup kencang. "Kim Ha Joon, ini bukan tentang apa yang kita inginkan lagi. Ini tentang realiti yang kita hadapi sekarang. Kalau kau tak uruskan hal ni dengan cepat, situasi ini akan menjadi lebih buruk. Aku perlu kita memutuskan hubungan untuk melindungi kita berdua."

Kim Ha Joon menjawab dengan tegas, "Tidak. Aku takkan bersetuju dengan keputusan kau ni. Tidak kira apa pun keadaannya, aku takkan memutuskan hubungan kita. Aku tahu ini sukar, tapi aku percaya kita boleh atasinya bersama-sama. Aku takkan membiarkan media atau sesiapa pun menggangu hubungan kita."

Arona terasa seperti dipukul dengan kenyataan itu. "Ha Joon, kenapa kau ni keras kepala? Ini bukan tentang kita lagi, ini tentang reputasi dan masa depan kau. Tak boleh ke kau faham!"

"Aku tahu apa yang aku katakan, dan aku takkan ubah fikiran aku."balas Kim Ha Joon dengan nada yang tegas. "Aku tahu kau risau, tapi memutuskan hubungan kita bukan la jalan penyelesaiannya. Aku akan cari jalan lain. Jadi aku minta kau untuk beri aku masa dan bersabar sikit aje lagi. Okay Sweetie?"

Arona berasa tertekan dan marah. Dia taktahu hendak berkata apalagi pada Hajoon. Lelaki ini memang begitu tekad dan nekad. "Aku taknak aku jadi punca reputasi kau rosak Hajoon...tak boleh kau dengar kata aku ni?"

"Sweetie, sayang. Bawa bertenang please. Aku tahu kau risau. Tapi aku takkan biarkan kita berpisah hanya kerana keadaan sekarang. Kau kena bersabar."tegas Kim Ha Joon. "Aku nak kau fahamkan dulu niat aku ni dan jangan terburu-buru buat keputusan."

Arona terasa berat hati tetapi dia tahu dia tidak boleh memaksa Kim Ha Joon untuk menerima keputusannya ini. Lagipun dia pun enggan berpisah dengan Hajoon. "Aku takut. Tak apa ke kalau kita teruskan relay ni?"soalnya perlahan begitu kerisauan. "Aku taknak kau tertekan apalagi susah hati Hajoon.."

"Tak apa Sweetie. Aku tak apa-apa. Faham?Jadi berhenti risau. Semuanya dalam kawalan. Kita takkan break up okay."

"Okay..."

Kim Ha Joon menghela nafas panjang. "Terima kasih, aku tahu ini bukan mudah untuk kau hadapi, jadi aku akan uruskannya secepat mungkin supaya kau tak risau."

Arona memutuskan panggilan dengan perasaan bercampur baur. Walaupun mereka belum mencapai keputusan akhir, dia tahu mereka perlu mencari jalan keluar yang lebih baik tanpa menjejaskan hubungan mereka. Arona merasakan keperluan untuk memikirkan langkah seterusnya dengan lebih mendalam, dan dia berharap bahawa mereka dapat menemukan penyelesaian yang dapat menenangkan keadaan tanpa mengorbankan apa yang mereka miliki.

 Arona merasakan keperluan untuk memikirkan langkah seterusnya dengan lebih mendalam, dan dia berharap bahawa mereka dapat menemukan penyelesaian yang dapat menenangkan keadaan tanpa mengorbankan apa yang mereka miliki

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
54. My Celebrity BoyfriendWhere stories live. Discover now