Bab 62 ✨

19 14 0
                                    


Sudut pandangan sebelum Intan dan pemanah-pemanah lain tiba

Akhirnya tiba juga setelah beberapa lama perjalanan menuju kearah hutan yang luas itu dengan kuda sebagai kenderaan mereka. Di situ, ternampak kelibat pemberontak-pemberontak yang sedang menunggu dengan angkuh sekali.

“Akhirnya tertulus juga eh! Assalamualaikum raja dan kamu sekalian! Haha!” ujar ketua pemberontak itu semua sambil ketawa sinis. Baginda mendengus melihat keangkuhan ketua pemberontak itu.

“Apa? Berdosa tahu tak jawab salam aku? Tak takut ke?” ejek Jalil. Pengikut-pengikutnya turut ketawa mendengarkan apa ketua mereka katakan. Sebaliknya, Shah sudah memerah mukanya menahan amarahnya yang sudah membuak-buak.

“Hoi! Tak pernah dengar ke boleh jawab salam dari hati? Lagipun iblis laknatullah macam kau ni tak helok lah untuk kami jawab salam dari kau, berdosa! Mengata orang, dia lagi berdosa!” jerit Shah.

Balasan dari Shah itu mengundang kemarahan dari pemberontak-pemberontak itu. Laliu mereka sudah ingin kedepan hendak menyerang mereka namun ditahan oleh ketua mereka.

“Diamlah! Ni, aku nak tanya….mana anak kau? Puteri entah nama dia, mana dia?” soal Jalil dengan marah sekali. Baginda mengeluh, “Kau hanya berdendam dengan aku saja Jalil…tak payah berdendam dengan anak aku juga!”

“Eh mestilah! Dia kan hasil anak dari kau dengan Kaseh! Aku tak mahu ada waris yang akan meneruskan takhta tu termasuk kau!” mencerlung tajam mata Jalil. Memang jahanam dia ni!

Raja Mahapuri melihat kearah Shah lalu tersengih sebab betullah tekaan dia yang itu. Lalu apabila baginda hendak membalas balik, tiba-tiba ada yang mencelahnya dari arah belakang.

Sudut pandangan selepas Intan dan pemanah yang lain tiba

Setelah mereka tiba di situ dengan kuda mereka, kini mereka di belakang angkatan-angkatan belah pihak mereka. Senyap-senyap Intan menyusup di antara kuda angkatan untuk maju kedepan manakala pemanah-pemanah wanita yang lain hanya tunggu arahan dari belakang.

“Eh mestilah! Dia kan hasil anak dari kau dengan Kaseh! Aku tak mahu ada waris yang akan meneruskan takhta tu termasuk kau!” Jelas terdengar di telinga Intan semakin dia menghampiri ayahandanya itu.

“Hoi!” Hanya dengan satu jeritan dapat membuatkan baginda dan barisan di depan menoleh kearahnya malah juga pemberontak-pemberontak yang lain lebih-lebih lagi si Jalil itu.

Shah terkejut dengan kehadiran buah hatinya yang berada di sebelahnya ketika ini sambil tersenyum kearah pihak musuh. Intan menoleh sekejap kearah Shah lalu mengenyitkan matanya barulah dia pandang semula kedepan.

“Assalamualaikum!” Intan tersenyum riang yang membuatkan mereka di situ sudah meremang badan. “Laah, tak jawab berdosa?  Takut dengan saya ke? Saya kan perempuan je”

Jalil sudah meneguk air liur, terkesan dengan wajah tidak takut Intan itu. “Aku tak takut lah! Kau diamlah perempuan! Kenapa kau tak ikut mati macam mak kau hah?! Mulut--”

“Kau tak ada hak nak cakap macam tu dekat anak aku! Kau—” kata baginda dicelah oleh Intan yang sudah menaikkan tangan kanannya. “Kau! Kau siapa nak cakap macam tu fasal mak aku?! Jangan berani sebut fasal mak aku dengan mulut kau yang iblis tu! Serang!”

Maka terjatuh lah tangan Intan itu menandakan kumpulan memanahnya untuk melepaskan anak panah. Strategi ini sudah dibincangkan sebelum mereka tiba di kawasan hutan tersebut.

Dengan itu, bermulalah peperangan antara pemberontak-pemberontak itu dengan angkatan-angkatan bersama rakyat negeri Manwura.

‘Percayalah bahawa jika kita bertempur di jalan Allah, inshaallah kemenangan akan berpihak di jalan kita’

________________________

vote dan komen jika mahu ❤️

________________________

Hikayat Cinta Paspuri [C]Where stories live. Discover now