Chapter 10

44 0 0
                                    

Di dalam perjalanan mereka mahu ke sekolah Intan tidak berhenti berbual dengan Sara sambil melihat suasana yang indah di kampung awal pagi itu.

"Sara, aku nak tanya kau ni. Tapi kau janganlah marah aku pulak." Omel Intan di belakang Sara.

"Hm. Apa dia." Ujar Sara yang fokus mengayuh basikal.

"Kau dengan Haziq ada apa-apa ke?" Ujar Intan secara tiba-tiba.

Sara yang mendengar itu membrek secara mengejut hampir membuat mereka berdua jatuh dari basikal.

"Aku...dengan dia. Intan lambat lagi aku nak dengan jatan keparat tu, kalau boleh aku tak nak jumpa dia langsung." Omel Sara yang bengang dengan pertanyaan Intan.

"Ish relaxlah, kau ni pun aku tanya je. Kan, reaksi kau macam aku tanya benda yang salah pulak." Ujar Intan dalam nada tidak puas hatinya.

"Memanglah tak salah tapi cara kau tu. Tanya macam aku ni ada hubungan dengan dia, eh memang tak dan tidak pernah aku dengan dia. Never and ever end of this discussion." Ujar Sara menjeling Intan sekilas dan mengayuh basikalnya kembali.

Intan di belakang berasa sangsi dengan kelakuan Sara. Dia senyum jahat dan bisik perlahan di telinga Sara.

"Aku rasakan, Haziq tu sepadanlah dengan kau. Dia tu dahlah pandai, hensem, anak orang kaya pulak tu. Aku setuju kalau kau dengan dia ialah kau kan cantik, pandai nombor satu dalam kelas, seorang pengawas pujaan ramai pulak tu. Lepastu dahlah baik mesti korang berdua sepadan ."

Sara buat-buat tak dengar apabila Intan cuba untuk membodeknya. Macamlah dia tak tahu cara dia cakap pun terang-terang nak bodek dia. Nasiblah dapat kawan macam ni.

Sesampainya mereka di sekolah Sara dengan Intan menjalankan tugas mereka sebagai pengawas. Tugas Sara dan bersama pengawas yang lain menjaga pagar sekolah sehingga waktu perhimpunan bermula sedangkan Intan pula dia ditugaskan untuk menjaga pintu  belakang sekolah sama juga ditugaskan bersama rakan pengawas yang lain.

Pada jam 6.20 pagi

Sara membetulkan kot pengawasnya sambil itu matanya melilau melihat murid yang masih ingin masuk ke dalam sekolah. Setelah dia memastikan tiada lagi murid ingin masuk ke dalam sekolah itu dia pergi ke tepi pagar untuk menutup pintu itu.

"Nampaknya harini aku tak payahlah jaga lama sangat pagar buruk ni." Ujar Sara yang sudah senyum keriangan.

Tetapi senyum Sara mati apabila melihat gerangan seseorang yang sangat dibenci olehnya iaitu Haziq Khaled. Apabila motor Haziq berhenti di tempat motor Dan dia berjalan ke arahnya. Mereka berdua senyum sahaja tapi ada makna disebalik senyuman itu.

"Kenapalah kena jumpa dia. dahlah lambat dia boleh buat pulak jalan macam tu je, Kenapa nasib aku malang." Ujar Sara dalam hati.

"Kenapalah aku jumpa dengan minah sewel ni lagi, kenapa nasib aku malang sangat." Ujar Haziq dalam hatinya.

Haziq meneruskan perjalanan untuk masuk ke dalam sekolah tetapi dia sebelum sempat dia masuk ke dalam sekolah.

"Maaf tapi kau tak boleh masuk, sebab kau dah lambat. Kau tahu tak sekarang dah pukul berapa, bawak." Bebel Sara sambil itu mencatat di buku notanya.

Haziq yang tidak sempat mahu mengucapkan apa-apa terus disekat oleh Sara.

"First of all, I don't need your name and your class, I already wrote it down. Thank you for making my work easier for me and also you have to stand on the stage that is the rule because you late and you have to follow it" Ujar sara sambil itu dia senyum memandang Haziq yang sudah kelihatan bengang denganya itu.

MUSUHKU SUAMIKU [OG]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora